Friday 15 February 2019

PELAJAR DIAJAR JUJUR, MENTERI TIPU SIJIL


Pelajar sama ada di sekolah atau universiti diajar bersikap jujur, sebaliknya ada menteri sekarang yang menipu sijil.
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus berkata, tipu sijil merupakan sikap tidak amanah yang tidak sepatutnya berlaku.
Sebaliknya kata beliau sekarang ada pula menteri yang tipu sijil akademik.
“Buanglah. Macam mana di sekolah atau universiti kita mengajar anak murid supaya jujur sebaliknya sekarang ada menteri tipu sijil,” katanya pada kuliah perdana di Medan Ilmu hari ini.
Kebelakangan ini tular di media massa beberapa pemimpin Pakatan Harapan dikaitkan dengan memalsukan sijil akademik.
Terbaru Menteri Besar Johor Dato’ Osman Sapian dilapor mengakui beliau tidak menamatkan pengajian di UPM.

No comments:

Post a Comment