Monday 18 February 2019

KENYATAAN DR MAHATHIR MERUPAKAN PERANG SARAF BELIAU BERTUJUAN PECAHBELAH HUBUNGAN UMNO- PAS


Kenyataan Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa PAS tidak akan menyokong UMNO lagi hanya merupakan perang saraf untuk  memecahbelahkan hubungan kedua-dua parti tersebut.

Ia juga bertujuan mengelirukan jenteran kedua-dua parti UMNO dan PAS yang sedang berkerjasama dalam kempen PRK DUN Semenyih.
Bagaimanapun, kami yakin jentera UMNO dan PAS malah pengundi di Semenyih tidak mudah terpegaruh dgn strategi perang saraf  orang tua itu.
Bagi kami berpendapat bahawa PH dan penipuan memang tidak dapat dipisahkan.  Mereka telah menipu manifesto PRU 14, pemimpin-pemimpin mereka telah menipu sijil kelayakan akademik dan di PRK Semenyih ini mereka akan terus menipu pengundi-pengundi sebagaimana semasa PRU 14..
Justeru itu, kami meminta agar cukup-cukuplah mereka memperlekehkan kebijaksanaan jentera UMNO – PAS dan  para pengundi di Semenyih.
Lagipun sudah terbukti daripada kenyataan oleh beberapa pemimpin PAS yang telah menafikan kenyataan daripaa Dr Mahathir termasuk Menteri Besar Terengganu yang turut hadir dalam perjumpaan dengan Perdana Menteri bersama Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang beberapa hari lalu.
MB Terengganu (Ahmad Samsuri Mokhtar) telah membuat kenyataan bahawa perjumpaan mereka hanya membincangkan soal pentadbiran dan tidak melibatkan isu politik.
Perbincangan hanya tertumpu lebih kepada soal MTEN (Majlis Tindakan Ekonomi Negara), royalti minyak serta hubungan kerajaan negeri Terengganu dan Kelantan dengan kerajaan Pusat.
Selain itu kami melihat bahawa kenyataan Dr Mahathir itu telah menggambarkan ketakutan yang amat sangat PH dengan kerjasama UMNO – PAS  di Semenyih setelah kemenangan besar BN di PRK Cameron Highlands hasil kerjasama kedua-dua parti

No comments:

Post a Comment