Tuesday, 26 February 2019

[VIDEO] KERAJAAN YANG DIBINA ATAS FITNAH DAN PENIPUAN TIDAK AKAN BERTAHAN LAMA - TOK MAT

SEMENYIH, 26 Feb – Kerajaan yang didirikan atas dasar fitnah tidak akan bertahan lama kerana apa yang mereka fitnahkan selama ini bakal menjerat diri mereka sendiri dan rakyat tentunya dapat melihat dengan jelas perkara tersebut satu persatu terserlah hari ini.
Serentak itu, Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) mengajak pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menolak kerajaan yang ada hari ini dengan mengundi calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi bagi menunjukkan protes kepada perkara berkenaan.
“Inilah rupa kerajaan yang ditubuhkan atas fitnah… Kerajaan yang tidak akan lama. Begitu ramai dulu sokongan rakyat kepada mereka tapi hari ini Allah swt terbalikkan balik apabila orang mula marah dan mula memaki hamun mereka.

“Maki hamun yang BN dapat dulu sekarang mereka pula yang dapat. Orang yang sama memaki hamun kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dia sokong. Saya baru balik kenduri rumah saudara di Palong Tiga… dikerumun orang FELDA… mereka mengadu macam-macam. Ada yang mengadu dapat RM300 lebih hari ini… sekarang FELDA dah teruk… menyesal mereka. Begitu juga dengan FELCRA.

“Inilah rupa kerajaan yang ditubuhkan di atas fitnah dan Allah swt akan menterbalikkan. Apa yang baik… baik, yang tidak baik akan dibagi balik. Begitu tinggi sanjungan kepada Perdana Menteri kita sebelum PRU-14, hari ini apa dia cakap orang tidak percaya dah.
“Jangan dibiarkan kerajaan ini kerana inilah kerajaan yang naik melalui fitnah dan orang yang selalunya atau mendapat apa-apa melalui fitnah tidak akan lama. Allah swt akan membalasnya balik. Jangan tidak percaya… Allah swt dah berjanji, kalau buat baik dibalas baik, kalau buat tidak baik dibalas tidak baik. Jadi peganglah itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program Santai Malam Bersama Tok Mat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Pajam. Turut serta Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan pimpinan UMNO serta barisan kepimpinan PAS yang lain.
Dalam kesempatan tersebut, beliau turut mengimbau kembali bagaimana fitnah dan tuduhan yang dilemparkan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika BN menerajui negara sebelum ini dalam usaha mereka menghasut rakyat.
“Dulu tuduh SPR adalah suruhanjaya yang tidak adil, dikuasai kerajaan dan boleh dimanipulasi oleh kerajaan. Sehinggakan dulu ada mengatakan tuduhan bahawa bilik gelaplah… lampu ditutuplah… 40,000 (orang) Bangladesh dibawalah dan macam-macam lagi.

“Itu semua tuduhan-tuduhan liar dan fitnah-fitnah yang dilemparkan, segala adu domba yang dilakukan oleh mereka untuk menghasut pengundi supaya membenci kerajaan. Yang lain-lain tidak payah cakaplah. Buat BERSIH 1, BERSIH 2, BERSIH 3, BERSIH 4, Bersih 5 mengatakan bahawa SPR ini adalah satu suruhanjaya yang dikongkong oleh BN dan tidak akan menang.”
Tambahnya lagi begitu juga tohmahan terhadap hutang negara yang dijaja kononya RM1 trilion.
“Saya duduk sebagai anggota Majlis Kewangan Negara. Tidak pernah jumpa RM1 trilion itu. Yang saya tahu hutang kerajaan Malaysia RM685 bilion. Ini disahkan oleh Bank Negara dan Bank Negara mengeluarkan kenyataan rasmi setiap enam bulan. Mana datangnya ini… tetapi mereka tidak pula sebut pada ketika yang sama rezab negara kita ada berapa ratus bilion,” tegasnya lagi.

No comments:

Post a Comment