Friday, 15 February 2019

PRK SEMENYIH : PILIH CALON BN UNTUK LUAHAN TIDAK PUAS HATI PENGUNDI TERHADAP KERAJAAN PH

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pengundi di Dewan Undangan Negeri(DUN) Semenyih perlu menjadikan PRK kawasan tersebut sebagai referendum kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang gagal melunaskan janji-janji mereka yang ditawarkan pada pilihan raya umum yang lalu.
Menurut beliau kepercayaan kepada BN dengan membuat pilihan terhadap calon yang diketengahkan parti, Zakaria Hanafi membolehkan  perasaan tidak puas hati mereka kepada kerajaan PH yang mentadbir negara hari ini.
“Kita jangan pening-pening kepala. 8,000 majoriti tidak ada benda kerana di luar sana orang mula gelisah, rakyat dah mula menyampah kerana terlalu banyak yang dijanjikan. Kepada semua penduduk DUN Semenyih, kita berharap jadikan PRK DUN Semenyih ini sebagai satu referendum terjemahan perasaan tidak puas hati kita terhadap ketidak cekapan kerajaan PH mentadbir negara dengan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh mereka.
“Kepada jentera parti kita sama-sama bekerja kuat dan bertawakkal. Tidak ada yang mustahil PH menang pun atas dasar fitnah dan menipu orang ramai pada PRU yang lalu. Jadi kita muafakat elok-elok insya Allah akan bawa berkat. Kita sedarkan orang ramai bahawa kerajaan PH hari ini menang pada PRU-14  atas asas  fitnah dan akhirnya mereka berjaya namun hingga ke hari ini terkial-kial tidak tahu apa nak buat,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pengumuman Calon BN, di ‘Command Center’ di sini, hari ini.
Turut serta dalam majlis berkenaan pimpinan UMNO serta rakan-rakan pimpinan BN serta pimpinan utama  daripada Pas.
Mohamad seterusnya mengingatkan jentera parti agar tidak memandang rendah kepada orang lain sebaliknya  semua pihak sama-sama berganding bahu dan bekerja kuat  berjumpa seramai mungkin pengundi di DUN Semenyih.
“Pengundi dan masyarakat di sini sedang menunggu kedatangan dan penjelasan kita. Jelaskan sebaiknya supaya mereka terbuka minda. Mereka sekarang ini sudah berasa tidak senang…rakyat duduk dalam resah gelisah dengan apa yang berlaku di dalam negara hari ini. Yang penting kita mesti jujur dan ikhlas.  Jadi kita perlu pelbagaikan strategi kita untuk menghadapi perkara ini,” tambahnya.
Dalam ucapannya itu juga beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan-rakan komponen BN serta parti Pas yang memberikan mandat kepada UMNO untuk bertanding mewakili BN bertanding di DUN Semenyih.
Pada masa yang sama Mohamad turut menjelaskan pemilihan calon yang dibuat telah mengambil kira pelbagai pandangan dan pelbagai aspek dan pemilihan calon untuk DUN berlainan dnegan calon untuk bertanding di kawasan Parlimen.
“Calon untuk parlimen kita mesti memilih orang yang  ada kriteria  tertentu dan di Parlimen untuk menggubal undang-undang. Mereka bertugas untuk membahaskan undang-undang tetapi untuk menjadi calon DUN kita tidak memerlukan roket saintis.  Yang penting kita perlukan  orang yang boleh bersama dengan masyarakat.
“Orang yang boleh sampai kenduri kahwin, pergi sakit pening orang dan sama-sama mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat serta penduduk setempat. Jadi inilah calon kita Zakaria Hanafi

No comments:

Post a Comment