Monday, 4 February 2019

JIKA PH RASA PERJUANGAN MEREKA BETUL, MENGAPA GENTAR KERJASAMA UMNO DAN PAS?

Jika Pakatan Harapan (PH) merasakan perjuangan mereka benar dan rakyat percayakan mereka, mengapa takutkan kerjasama UMNO dan PAS?.
PH sebenarnya ibarat takutkan bayang-bayang sendiri.
Mereka sedar apa yang mereka lakukan.. penipuan demi penipuan yang mereka tabur tidak mampu ditutup selamanya. Sebab itu belum sampai setahun rakyat sudah mula membenci mereka.
Sebab itu bila UMNO menjalinkan kerjasama dengan PAS mereka rasa cemas, gentar dan gelabah. Mereka takut bila Melayu dan Islam bergabung. Dulu, mereka bersusah-payah memecah-belahkan umat Islam dan kini bila umat Islam kembali  bersatu mereka tidak boleh terima.
UMNO dan PAS adalah parti Islam terbesar di negara ini dan Islam itu sendiri menuntut penyatuan apatah lagi dalam keadaan politik masa kini untuk kita menegakkan syiar Islam dalam negara ini.
Sebagai blok pembangkang, mana mungkin ada pula yang membangkang kerana sudah pasti sebagai pembangkang kesatuan untuk bersama itu adalah asas yang cukup besar untuk dipraktikkan.
Inilah satu kerjasama sebagai satu entiti pembangkang. Memang bila dua parti ini dapat wujudkan kerjasama, ada pihak yang takut, cemburu dan cemas.. kerana ia akan menimbulkan cabaran yang cukup besar kepada kerajaan hari ini.
Sebab itu PH berasa kecut perut sebab bila ada pilihan raya tidak ada lagi pertembungan antara UMNO dengan PAS.
Kepada mereka yang terlalu risaukan kerjasama UMNO dan PAS sepatutnya mereka berfikir, sekiranya parti yang berlainan agama dan idealogi seperti PPBM dan DAP pun boleh bekerjasama, inikan pula parti Melayu Islam yang menghadap kiblat yang sama. 

No comments:

Post a Comment