Monday, 4 February 2019

BERAT SUNGGUH TUDUHAN SAUDARA MELAYU YANG MUDAH LUPA, KERANA IMBUHAN PERIBADI TELAH MENAFIKAN KEBENARAN

Pandangan seorang pemimpin dari parti pemerintah yang mengatakan kerjasama UMNO dan PAS sebagai berbahaya untuk sebuah negara majmuk adalah pandangan yang jumud serta rasis.
Soalnya, adakah individu tersebut sememangnya seorang Melayu yang mudah lupa apabila sudah selesa mendapat pangkat sebagai pemegang dana pendidikan negara bagi pihak kerajaan PH.
Ingatlah saudara, setiap makhluk Allah mahupun organisasi ada tarikh luputnya. Kesabaran orang Melayu jangan diuji kelak tidak dapat dibendung bak tsunami ICERD ekoran daripada kebangkitan ummah.
Bercakap biarlah berfikir jangan menjadi seperti anjing menyalak bukit. Apa hak kamu menuduh UMNO yang memajukan negara ini dan membantu rakyat selama 61 tahun sebagai merbahaya. 
Begitu juga dengan tuduhan gabungan UMNO dan PAS sebagai merbahaya untuk masyarakat berbilang kaum. Namun pada hakikatnya PH yang dikuasai oleh DAP itu adalah lebih berbahaya untuk keharmonian negara ini, terutama yang melibatkan kepentingan Melayu dan Islam.
Bagi negeri Kelantan dan Terengganu yang dikuasai oleh PAS, pernahkah saudara mendengar orang Cina dan India ditindas hingga hidup susah di kedua-dua negeri itu?
Begitu juga di Pahang dan Perlis ditadbir oleh Barisan Nasional (BN), pernahkah saudara terdengar orang bukan Melayu hidup menderita dari sudut ekonomi dan sosial ?
Bukan itu sahaja, malahan terdapat segelintir pihak yang menghantar ‘posting’ nakal di media sosial di negeri Pahang untuk menyakitkan hati orang Melayu.
Adakah dengan itu anda katakan bahawa kononnya UMNO dan PAS yang merbahaya. Amat berat sungguh tuduhan yang saudara buat itu.
Oleh itu kami berharap ia ditarik balik dengan segera sebelum ia mencetuskan keresahan antara kaum dan agama. Berfikirlah saudara sebelum nasi menjadi bubur. –

No comments:

Post a Comment