Thursday, 7 February 2019

MEMALUKAN !!!!…. TIMBALAN MENTERI LUAR WAJAR LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Pendedahan mengenai status sijil ijazah Universiti Cambridge YB Senator Datuk Marzuki Yahya yang didakwa palsu sebelum diubah kepada nama universiti lain yang tidak diiktiraf oleh mana-mana badan akreditasi pendidikan adalah amat memalukan negara.
Sambil menafikan kenyataan tersebut bermaksud seseorang itu harus berkelayakan tinggi jika ingin menjadi ahli politik namun jelas beliau sebagai seorang Timbalan Menteri Luar yang menjadi ‘wajah’ Malaysia di mata dunia, tindakan Marzuki yang cuba memalsukan status akademik mempamerkan tahap integriti seorang pemimpin.
Bagaimana seorang pemimpin yang mempertaruhkan moral dan etikanya mampu bertindak selaku perunding utama mewakili Malaysia dalam pelbagai perjanjian antarabangsa akan dihormati oleh negara luar?
Kami sebagai rakyat juga kecewa dengan kenyataan beberapa pimpinan tertinggi PPBM yang mempertahankan dan menganggap tindakan Marzuki tidaklah seburuk mencuri wang rakyat, seolah-olah PPBM menghalalkan penipuan dan perbuatan memalsukan sijil akademik.
Seterusnya kami juga mempersoalkan apakah ini nilai perjuangan PPBM yang kononnya berjuang atas prinsip integriti, moral yang tinggi dan amalan tadbir urus yang baik?*
Justeru itu kami sebagai rakyat Malaysia menggesa agar YB Senator Datuk Marzuki untuk mengambil tanggungjawab moral bagi melepaskan jawatan secara terhormat demi kredibiliti sebuah kepimpinan.
Sebagai pemimpin parti yang kononnya berjuang atas prinsip integriti, beliau harus mengotakan apa yang kononnya diperjuangkan oleh parti PBBM.
Kelayakan akademik Marzuki mula menjadi sorotan umum selepas suatu laporan polis dibuat terhadap dakwaan beliau telah berbohong berhubung mendapatkan ijazah dari University of Cambridge di United Kingdom.
Beliau menjelaskan semalam ijazah pentadbiran perniagaannya diperolehi daripada Cambridge International University yang dikatakan berpengkalan di Amerika Syarikat.

No comments:

Post a Comment