Monday, 14 August 2017

13HB OGOS 2017 : HARI PPBM MAHATHIR DIKEBUMIKAN

Walaubagaimanapun, debat hari ini menjadi huru hara apabila soalan tentang peristiwa Memali dibangkitkan oleh hadirin. Ini adalah satu debat ‘Nothing to Hide’ dan tetapi Mahathir cuba untuk menjadikannya debat ‘Something to Hide’ dengan menyembunyikan kebenaran. Mahathir masih lagi mengatakan beliau berada di negara China semasa peristiwa Memali berlaku walaupun Tun Musa Hitam telah mendedahkan bahawa Mahathir menyembunyikan dirinya di pejabatnya di Kuala Lumpur dan tidak berada di negara China sehingga ke esokan harinya.

Item berita berikut menggambarkan semuanya. Dan anda boleh lihat video huru hara di siniDebat Nothing To Hide 2.0 Bertukar Menjadi Huru Hara Apabila Peristiwa Memali dibangkitkan.




Pagi ini banyak mesej diterima bertanyakan mengapa Perdana Menteri Najib Tun Razak tidak akan menghadiri majlis debat Tun Dr Mahathir Mohamad tentang  1MDB. Pertama sekali, tiada siapa menang debat itu. Kita telah lihat sebelum ini banyak debat yang dianjurkan banyak pemimpin kerajaan dan pembangkang berakhir dengan tiada apa-apa tercapai serta membuang masa.
Penyokong kerajaan akan balik ke rumah mengatakan mereka menang debat itu sementara itu penyokong pembangkang akan balik ke rumah mengatakan mereka menang debat itu. Kedua-dua pihak akan mengisytiharkan mereka menang debat dan siapa yang percaya apa yang mereka percayai sebelum debat bermula akan terus mempercayai apa mereka percaya sehingga debat berakhir.
13 Ogos 2017: hari terakhir kejahatan yang memalukan untuk Mahathir apabila beliau terpaksa berundur dengan mengejut daripada majlis beliau sendiri.
Sekiranya anda fikir debat akan menukar pemikiran sesaorang bermakna anda lebih dungu daripada wajah yang anda kelihatan. Sekiranya anda mengadakan debat bertajuk Mana satu merupakan ayat-ayat sebenar yang diturunkan oleh Tuhan, Kitab Injil ataupun Kitab Al Kuran?” adakah anda fikir orang Islam akan murtad ke agama Kristian setelah debat itu, ataupun orang Kristian akan bertukar agama dan menganut agama Islam? Itulah realitinya.
Kedua-dua pihak akan mengatakan pihak yang satu lagi kalah dan akan bercakap macam orang berjudi. Tiada apapun akan akan berubah. Untuk semua maksud dan tujuan, debat adalah satu pelencongan ego untuk bercakap besar dan berpura-pura bahawa anda menang. Dan anda hanya memuaskan hati penyokong anda yang mana telah menyokong anda sebelum bermulanya debat dan terus menjadi penyokong anda sehingga akhir debat.
Oleh itu mengapa mereka mahu Najib berebat dengan Mahathir hari ini? Apakah yang mereka harap untuk capai? Atau adakah mereka rancang untuk menyerang Perdana Menteri? Adakah ada orang membawa senjata hari ini dengan niat untuk menembak mati Najib sejurus dia naik ke pentas? Apa langkah keselamatan mereka lakukan? Atau adakah senjata telah diseludup terlebih dahulu apabila mereka menyediakan dewan?
Najib akan jadi bodoh sekiranya menghadiri debat hari ini. Dan Raja Putra Kamaruddin (RPK) sudahpun menulisnya semalam dalam artikelnya bertajuk  Mahathir Will Be Shamelessly Shadowboxing Tomorrow atau Mahathir Akan Tidak Tahu Malu Bertinju Dengan Bayang (Shadowboxing) Esok. Dalam artikel itu RPK berkata:
Actually Mahathir tak malu. What he does not seem to realise is that Najib is a Prime Minister while he (Mahathir) is no longer a Prime Minister. So Mahathir is not of the same level and status as Najib. In fact, Mahathir has absolutely no status whatsoever. He is not a Member of Parliament while Najib is. He is not a party president while Najib is. Mahathir not only has no status to debate Najib, he also has no status to debate the other 221 Members of Parliament as well because he holds absolutely no position. 
Mahathir memenangi debatnya dengan meninggalkan kerusi kosong di dewan
Seorang Tok Guru terkenal timba kena cari telaga, bukan telaga cari timba. Itu bermakna anda harus mendapatkan mereka mempunyai pengetahuan tentang sesuatu, bukannya mereka yang ada pengetahuan mendapatkan anda. Dalam kase ini Mahathir ingin mendapatkan maklumat tentang 1MDB oleh beliau harus pergi dan menemui Namemahjib, bukannya Najib harus pergi dan menemui beliau. Mahathir  faham disebaliknya, mungkin beliau ingat beliau masih lagi Perdana Menteri Malaysia.
Walaubagaimanapun, debat hari ini mencetuskan huru hara apabila persoalan tentang Memali dibangkitkan. Debat ini adalah debat ‘Nothing to Hide’  dan namun itu Mahathir cuba menyembunyikan kebenaran untuk menjadikannya debat ‘Everything to Hide’. Mahathir masih mengaku beliau berada di negara China apabila berlaku peritiwa Memali walaupun Tun Musa Hitam telah mendedahkan bahawa Mahathir telah bersembunyi di pejabatnya di Kuala Lumpur dan tidak berada di negara China melainkan hari yang berikutnya.
Majlis hari ini semata-mata majlis PPBM sahaja. Tidak terdapat orang Umno atau PAS ketika itu. Sekiranya Najib telah menghadiri majlis tersebut, dengan itu tempat itu akan dibanjiri dengan penyokong UMNO dan PAS. Malah dengan hanya penyokong  PPBM debat tersebut telah menjadi huru hara. Bolehkah anda fikirkan apa yang akan berlaku sekiranya ada penyokong UMNO dan PAS dalam kumpulan seramai 1500 orang itu?
DAP terus memberi tahu kaum Cina bahawa Mahathir telah berubah, beliau seorang lelaki yang sudah berubah, dan sebagainya. Syarat pertama untuk berubah ialah mengakui jenayah atau dosa anda dan memohon pengampunan termasuk mengakui tidak akan mengulangi lagi. Malah Mahathir enggan mengakui jenayah dan dosanya melainkan tindakan undang-undang berserta bukti diambil terhadap beliau.  Oleh itu apakah perubahan atau pembaharuan yang dikatakan oleh DAP itu? Yang sebenarnya adalah jelas bahawa DAP tidak ikhlas kepada ahlinya sendiri. Dan inilah apa yang mengecewakan banyak orang hari ini dan membuatkan keseluruhan tempat itu huru hara. Perubahan pada diri Mahathir hanyalah, dahulu beliau membenci  DAP dan sekarang beliau benci UMNO dan ‘mencintai’ DAP.
Mahathir, ditolak dan berundur setelah slipar hinggap di mukanya kerana beliau tidak malu.
Huru hara hari ini hanya merupakan satu pengalaman tentang apa yang dijangkan akan berlaku pada pilihan raya akan datang. DAP dan Pakatan Harapan telah menyebarkan kebencian sudah begitu lama. Dan ini ada akibatnya. Dan hari ini ialah satu contoh akibatnya.
Adakah anda fikir yang bermain dengan kad kebencian tidak ada sebarang akibatnya?  Hari ini terlalu banyak kebencian dan tetapi ia masih di antara penyokong PPBM dan penyokong PPBM. Apa yang anda fikir akan berlaku hari ini seandainya Najib hadir dan 5,000 penyokong UMNO datang dengannya untuk menghadapi 1,500 penyokong PPBM?
Izinkan kami beritahu anda apa yang akan berlaku. Pertama Melayu dari UMNO dan Melayu dari PPBM akan bertempur sehingga ada kematian dan kecederaan. Kemudian huru hara akan merebak di jalan raya dan sebahagian Melayu yang amat geram akan mengambil kesempatan terhadap ahli DAP (majoriti kaum Cina). Memandangkan ia telah melibatkan kaum Cina , dan kemudian 13 Ogos 2017 akan menjadi 13 Mei 1969 fasa dua.
Dan sekiranya anda fikir tidak mungkin ia akan berlaku, bolehlah anda kemudian suruh PPBM untuk menganjurkan debat  Nothing To Hide 3.0 dan cabar Pemuda UMNO bahawa sekiranya mereka betul anak jantan dan punyai telur, hadirkan diri dengan penuh kekuatan.  Dan mungkin hari itu banyak kaum Cina akan lari ke Sigapura untuk beberapa hari mencar perlindungan, takut berlaku kekacauan, dan akan kembli ke Malaysia hanya apabila keadaan kembali reda.
Percayalah kami tentang ini. Dan mengapakah anda fikir DAP sokong debat hari ini  Nothing To Hide 2.0? Baiklah, itu adalah kerana DAP mahu melihat Melayu lawan Melayu seperti mana matlamat mereka yang telah didedahkan oleh Superman Hew, “Use Malay to Screw Malay”. Ini supaya mereka boleh nilai bagaimana teruknya Melayu berpecah dan sama ada ia dapat membantu Pakatan Harapan pimpinan DAP dalam pilihan raya umum akan datang. Tetapi disebaliknya, apa yang DAP saksikan hari ini ialah hari pengkebumian PPBM dan ditalkinkan.
Inilah apa yang anda dapat apabila anda bermain dengan api.
Ya, 13 Ogos 2017, hari PPBM dikebumikan dan ditalkinkan. PPBM sudah habis. Ia hanya mempunyai 29,000 ahli dan semuanya serupa dengan apa yang anda saksikan hari ini. Adakah anda fikir kaum Cina berani mengundi Pakatan Harapan setelah megetahui bahawa PPBM sebahagian daripada gabungan dan Melayu  PPBM seperti mereka yang anda lihat hari ini?
Kaum Cina tahu bahawa apa yang mereka lihat hari ini ialah apa yang mereka akan lihat pada pilihan raya umum akan datang. Hakikatnya, banyak kaum Cina mungkin tidak malah keluar mengundi dan disebaliknya pergi bercuti pada minggu pilihan raya umum akan datang.
PPBM bukan sahaja membunuh diri hari ini. Mereka juga bunuh Pakatan Harapan yang dipimpin DAP. Sekarang kaum Cina tidak pasti sama ada Tsunami Cina satu idea yang baik, sesungguhnya sekiranya apa yang mereka telah lihat hari ini ialah apa yang mereka akan lihat pada malam hari mengundi  pada PRU-14. 
Tahniah PPBM. Anda mencapai apa yang UMNO tidak boleh capai. Anda telah mempamirkan bahawa politik kebencian mempunyai akibatnya. Dan kaum Cina tidak mahu terima akaibat itu sekiranya inilah bagaimana PPBM bermain politik.
*****************************************************

No comments:

Post a Comment