Wednesday, 16 August 2017

SIKAP MAHATHIR PUNCA KEKECOHAN FORUM ‘NOTHING TO HIDE’

Forum Nothing To Hide 2.0 anjuran Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan sahaja meledak kekecohan yang memalukan Tun Dr. Mahathir Mohamad tetapi membuktikan sebenarnya banyak perkara yang cuba diselindungkan bekas Peradana Menteri itu.

Keadaan itulah yang mendorong kepada tercetusnya kekecohan selama setengah jam kerana walaupun bertemakan nothing to hide yang bermaksud tiada apa mahu disembunyikan. Mahathir dilihat tidak menjawab dengan jelas setiap persoalan yang dilihat cuba untuk menyembunyikan sesuatu sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati mereka yang hadir.

Malah, bekas Perdana Menteri yang mentadbir negara selama 22 tahun itu juga langsung tidak menyentuh mengenai isu kekayaan keluarganya, miskipun perkara itu dipersoal banyak pihak, termasuk oleh exco ARMADA PPBM sendiri baru-baru ini.

Sedangkan isu kekayaan keluarga khususnya anak-anak beliau menjadi buah mulut serta persoalan banyak pihak, tetapi bagi Mahathir, kekayaan luar biasa tersebut seolah-olah bukan isu kepadanya kerana bekas Perdana Menteri itu yang salah hanyalah Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebenarnya, bibir-bibir panas tersebut mula timbul apabila penyokong beliau sendiri bertindak mengganggu soalan daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila sering kali kedengaran “isu lama”, “sudah dijawab” ketika persoalan mengenai bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipenjarakan kerana kes liwat itu dibangkitkan.

Bahkan apabila salah seorang peserta yang dikenali sebagai Fariz Hadi bertanyakan soalan mengenai Anwar dan apakah beliau sedia untuk meminta maaf kerana memenjarakan bekas timbalannya itu, Mahathir bukan sahaja tidak menjawab tetapi memilih pusing cerita.

Mahathir ditolak dan pulang ke rumahnya, meninggalkan

kerusi dewan yang kosong dan mukanya kena kasut.
Kepada Mahathir, persoalan sedemikian walaupun penting khususnya buat penyokong Anwar tetapi hanya bertujuan memecah-belahkan Pakatan Harapan, sedangkan dakwaannya, Ketua Umum PKR tersebut sendiri tidak pernah menuntutnya supaya memohon maaf atas insiden pada 1998 itu.

“Saya jumpa dengan Anwar, yang peliknya dia tidak tanya soalan itu. Anwar tidak tegur saya buat aniaya kepada dia atau tidak. Itu perkara lama, kalau kita nak ungkit perkara lama, sampai sudah tak habis. Saya jumpa Anwar banyak kali, Anwar tak minta pun saya minta maaf”, kata Mahathir dalam forum tersebut.

Kemuncaknya apabila Mahathir mempertahankan tindakan polis dalam tragedi Memali pada 1985 menyebabkan kemarahan peserta forum tidak dapat dibendung sehinggalah terjadinya aksi baling kasut, mercun suar dan kerusi kepada bekas Perdana Menteri itu.

Mohamad Taufikn Abas Exco ARMADA PPBM yang
bertanyakan soalan tragedi Memali kepada Mahathir.
Individu yang bertanyakan itu pula adalah Exco ARMADA PPBM sendiri, Mohamad Taufik Abas, dan bukannya ahli UMNO sebagaimana dituduh Pakatan Harapan.

Langkah mengaitkan UMNO itu bukan pelik kerana sememangnya itulah alasan berzaman pembangkang setiap kali timbul isu yang memperlihatkan kelemahan mereka di mata rakyat.

Sedangkan, insiden tersebut mungkin dapat dielakkan jika Mahathir lebih bertanggungjawab ketika memberkan jawapannya dan lebih terbuka untuk bercakap mengenai kekayaan keluarganya, selain soal hubungannya dengan Anwar kerana kemarahan penyokong Anwar kepadanya masih membara. 

No comments:

Post a Comment