Wednesday, 16 August 2017

FORUM ‘EVERYTHING TO HIDE’ : SENDIRI CARI PASAL, JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN.

Forum ini kecoh bukan kerana UMNO tetapi disebabkan kegagalan Mahathir menjawab secara telus apa yang berlaku dalam peristiwa Memali. Beliau tidak telus kepada salah seorang hadirin yang menyoalnya dan cuba untuk berdolak dalik. Memandangkan ini merupakan forum ‘Nothing To Hide’ maka sudah tentu hadirin tersebut mengharapkan jawapan yang telus bukannya berdolak dalik seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu yang mengubah forum itu menjadi forum ‘Everything To Hide’. Itulah yang menyebabkan kekecohan, dan hadirin yang menyoalnya bukanlah ahli UMNO, malah ahli ARMADA PPBM.

Seperti diduga pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan menghala serangan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO apabila tercetusnya kekecohan di forum ‘Nothing To Hide’ anjuran ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kelmarin.

Mereka cuba menggambarkan seolah-olah kekecohan yang tercetus sudah dirancang bagi memburukkan Pakatan Harapan. Tetapi soalannya siapa yang menghadiri forum tersebut dan siapa yang menganjurkannya?

Bukankah yang hadir itu terdiri daripada ahli-ahli ARMADA? Bukankah sebelum ini dalam sayap PPBM itu sememangnya sudah wujudnya perasaan tidak puas hati kepada kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi parti tersebut? Kronologi kemelut dalam ARMADA terhadap Tun Mahathir bukan baru dan telah bermula sejak 10 Jun 2017 dan berlarutan sehingga kini (kronologi kemelut tersenarai di bawah).

Oleh itu kenapa tidak pasal-pasal UMNO disalahkan apabila forum yang kononnya bertujuan untuk membolehkan Mahathir menjawab segala tuduhan mengenai kekayaan anaknya menjadi kecoh.

Forum ini kecoh bukan kerana UMNO tetapi disebabkan kegagalan Mahathir menjawab secara telus apa yang berlaku dalam peristiwa Memali. Beliau tidak telus kepada salah seorang hadirin yang menyoalnya dan cuba untuk berdolak dalik. Memandangkan ini merupakan forum ‘Nothing To Hide’ maka sudah tentu hadirin tersebut mengharapkan jawapan yang telus bukannya berdolak dalik seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu yang mengubah forum itu menjadi forum ‘Everything To Hide’. Itulah yang menyebabkan kekecohan, dan hadirin yang menyoalnya bukanlah ahli UMNO, malah ahli ARMADA PPBM.

Justeru itu tidak payahlah Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali menuding jari terhadap UMNO.

Sebagai seorang pemimpin kanan sebuah parti, Mohamed Azmin tidak harus menjadi ‘batu api’ atau ‘tukang fitnah’ dengan menuduh Najib menggunakan pendekatan gangsterisme bagi mencetuskan huru-hara dalam forum berkenaan. Selain menjadi ‘batu api’ atau ‘tukang fitnah’ keseluruhan sikap beliau dilihat kebudak-budakan (mengejek-ejek orang yang tidak disukai) yang mana tidak mencerminkan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin kanan parti dan juga Menteri Besar. Beliau dilihat sebagai seorang Menteri Besar yang tidak ada kelas atau ‘low class’.

Selain itu, perbuatannya itu bukan sahaja memalukan kebanyakkan rakyat Selangor yang berbudi bahasa, malah menghina D.Y.M.M Sultan Selangor yang menganugerahkannya darjah Datuk Seri dan melantiknya sebagai Menteri Besar. Masakan Baginda telah tersalah anugerah dan telah tersalah lantik beliau untuk memimpin rakyat serta menerajui negeri Selangor.

Sepatutnya Mohammed Azmin membiarkan dahulu polis menjalankan siasatan bagi mengetahui siapa dalang sebenarnya. Lagipun selama ini sepanjang Mahathir mengadakan road show ke seluruh negara untuk menabur fitnah terhadap Perdana Menteri dan kerajaan semuanya berjalan lancar, tiada gangguan dan tiada kekecohan.

Melontar hujah dengan menuduh apa yang berlaku sebagai usaha untuk menutup mulut Mahathir bukan sahaja melucukan, malah menampakkan kejahilan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan terutama Mohammed Azmin untuk mengakui kelemahan sendiri.

Kalaulah kata-kata Mahathir boleh mengancam kerajaan, sudah pasti sejak awal lagi usaha menutup mulut bekas Perdana Menteri itu dilakukan dan bukannya menanti Forum Nothing To Hide diadakan.

Sebagai contoh, Skandal Forex Bank Negara Malaysia. Saipakah yang mula mendedahkannya? Yang mula mendedahkannya ialah bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Murad Khalid dalam satu sidang media, bukannya Najib, walaupun beliau mengetahuinya.

Begitu juga skandal-skandal yang lain seperti Skandal BMF (1983), Skandal Maminco-Makuwasa (1985-1986), Skandal Perwaja (2002), Skandal Projek Penswastaan yang memperkayakan anak dan kroninya (1981-2003), Skandal Penswastaan MAS, menyalahguna kuasa terhadap PETRONAS, walaupun Najib mengetahuinya, tetapi dia masih belum mendedahkannya lagi.

Bersengkongkol dengan membayar media pemfitnah asing
Sarawak Report untuk memfitnah Najib dan 1MDB.
Begitu mulianya hati Najib, walaupun beliau telah difitnah serta dihina oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya, hingga mereka sanggup membayar pemfitnah-pemfitnah media asing terutama Sarawak Report dan lain-lain media dalam mewujudkan kononnya isu 1MDB. Bukan itu sahaja, malah beliau difahamkan telah membayar kuasa asing melalui Yayasan Clinton untuk dibayar kepada Jabatan Keadailan Amerika Syarikat (DOJ)untuk mencemarkan nama baik Najib dan 1MDB.

Yang pentingnya disini bagaimana Mahathir mendapat begitu banyak wang untuk membayar pihak-pihak tertentu dalam melaksanakan konspirasi untuk menjatuhkan Najib. Ini bukan sedikit, jikalau bukan beratus juta mungkin berbilion ringgit. Mana beliau dapat wang sebegitu banyak itu, sekiranya beliau tidak menyalah guna kuasa dengan menjarah kekayaan negara melalui skandal-skandal tersebut di atas termasuk yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sekarang.

Membayar Loreta Lynch Pendakwa DOJ melalui Yayasan Clinton untuk

untuk mengundang campur tangan asing serta memburuk-burukan Najib,
1 MDB dan negara.
Sekiranya Najib mahu, sudah lama skandal-skandal tersebut didedahkan untuk menutup mulut Mahathir dan sudah lama beliau dipenjarakan kerana salah guna kuasa.

Lagipun sekarang Mahathir tidaklah sehebat ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Sebenarnya Mahathir seorang yang tak tahu malu. Apa yang beliau tidak sedar ialah bahawa  Najib ialah Perdana Menteri sementara beliau (Mahathir) tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri. Oleh itu status Mahathir tidak setaraf dengan Najib. Hakikatnya, Mahathir secara mutlaknya tidak mempunyai sebarang status
Bersengkongkol dengan parti DAP yang anti Melayu dan

Islam untuk memecah belahkan Bangsa Melayu.
dalam kepimpinan negara ini, hanya sebagai tukang sibuk. Beliau bukan Ahli Parlimen mahupun ahli DUN mana-mana negeri, sementara Najib adalah Ahli Parlimen Pekan.
 Beliau bukan presiden parti sementara Najib ialah Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional. Mahathir bukan sahaja tiada status untuk berdebat dengan Najib, beliau juga tidak ada status untuk berdebat dengan seramai 221 orang Ahli Parlimen yang lain sebab beliau tidak memegang sebarang kedudukan dalam kepimpinan negara. Beliau hanyalah tukang sibuk dan pembelot untuk memecah belah Bangsa Melayu serta rakyat Malaysia. Berdasrkan sejarah Malaysia, beliaulah seorang bekas Perdana Menteri pertama yang menyalah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah dengan memperkayakan diri dan anak-anak, mengkhianati negara dengan bersengkongkol serta mengundang campur tangan kuasa asing dan memecah belah Bangsa Melayu dengan bersengkongkol dengan parti DAP yang anti Melayu dan Islam.

Bak kata seorang Ahli majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa, Dr.Mahathir sendiri pilih untuk dilayan buruk dalam isu forum ‘Nothing to Hide’ itu. Oleh itu rakyat tidak lagi memandang bekas Perdana Menteri itu sebagai seorang negarawan kerana beliau sendiri yang tidak mahu menunjukkan sikap sebagai seorang negarawan.
Dendam kesumat dan perasaan benci yang mendalam terhadap Najib menyebabkan beliau sanggup menggadikan kedudukan dan prinsipnya sebagai Negarawan. Dengan itu beliau tidak layak dikebumikan di Makam yang dikhaskan untuk Negarawan di Masjid Negara. 
Oleh itu jangan cuba meracuni fikiran rakyat melalui cara memfitnah termasuklah mengaitkan UMNO dalam kes kekecohan tersebut. Faktanya, apa yang berlaku ialah kemuncak kemarahan ahli-ahli ARMADA PPBM terhadap Dr. Mahathir.
Sebelum ini ada antara mereka sudah melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan Mahathir meneraju parti itu dan turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendesak siasatan dijalankan untuk mengetahui bagaimana anak-anak bekas Perdana Menteri itu boleh kaya-raya.
Kalaulah kepimpinan PPBM bijak (malangnya mereka semuanya dungu belaka), mereka sudah pasti boleh menjangkakan forum itu boleh mencetuskan kekecohan berikutan kemelut dalaman. Tetapi disebabkan hati yang hitam dan bernanah dan mahu menjadikan ia sebagai platfom untuk memaki hamun Perdana Menteri dan UMNO seperti mana dilakukan oleh Mahathir dalam ucapan beliau di forum berkenaan, akhirnya mengundang padah, bak kata orang, bagaikan senjata makan tuan.
Justeru, janganlah salahkan orang lain kerana kekecohan itu tercetus berikutan pertembungan antara ahli-ahli AMANAH PPBM sebuah parti yang ditubuhkan atas dasar dendam dan nafsu seorang pemimpin.
Berikut adalah bukti yang menunjukkan kronologi kemelut dalaman ARMADA PPBM yang bukan berpunca daripada punca luaran :
Muhammad Hafiz Azhar
10 JUN 2017. Exco ARMADA PPBM Muhammad Hafiz Azhar mendakwa ahli-ahli sayap semakin hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti yang tidak berintegeriti dan menyalah guna kuasa. Pelbagai soalan diajukan ahli-ahli peringkat akar umbi mengenai kekayaan luar biasa anak-anak Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga skandal Nika Ghee dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhiyiddin Yassin tidak dijawab.


Mohamad Taufik Abas
13 JUN 2017. Exco ARMADA PPBM, Mohamad Taufik Abas desak kepimpinan tertinggi PPBM supaya telus dalam perjuangan tanpa menjadikan individu tertentu yang ikhlas menganggotai parti sebagai mangsa seterusnya mengelakkan dominasi pihak berkepentingan peribadi.


Abd. Wahazir Abd. Wahab
15 JUN 2017. Exco ARMADA PPBM Abd. Wahazir Abd. Wahab pertikai kelayakn Dr. Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh.











16 JUN 2017. 200 ahli ARMADA PPBM umum keluar parti itu di Melaka.
Syed Saddiq Abdul Rahman
20 JUN 2017. Ketua ARMADA PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman dakwa tiga exco yang serang Dr. Mahathir dan Muhyiddin dipercayai bersengkongkol dengan pengendali blog, Raja Petra Kamaruddin.









20 JUN 2017. Exco ARMADA PPBM, Mohamad Taufik Abas, serah bukti kepada SPRM berhubung dakwaan salah guna kuasa dan rasuah melibatkan Dr. Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
13 JULAI 2017. Exco ARMADA PPBM, Muhammad Hafiz Azhar menggesa Dr. Mahathir serta Muhyiddin menggunakan forum Nothing to Hide 2.0 sebagai platfom membersihkan nama dan menjawab segala persoalan yang dibangkitkan ahli parti di pringkat akar umbi.
13 OGOS 2017. Forum Nothing to Hide 2.0 kecoh selepas ahli-ahli ARMADA PPBM tidak berpuas hati dengan jawapan Dr. Mahathir berhubung tragedi berdarah Memali.



No comments:

Post a Comment