Tuesday, 22 August 2017

KIT SIANG TERDESAK CUBA MENGAITKAN ISU 1 MDB DENGAN SKANDAL FOREX BNM UNTUK MEMPERTAHANKAN SEKUTU BARUNYA YANG BELIAU BENCI SELAMA 22 TAHUN.

Sekarang akhirnya Kit Siang baru tahu bahawa Pakatan Ali Baba merupakan satu idea yang tidak baik. Beban yang dibawa Mahathir akan terpaksa ditanggung bersama oleh DAP dan Pakatan Harapan dan kaum Cina telah menyalahkan Kit Siang terhadap masalah ini. Ini membuktikan bahawa Kit Siang seorang strategis politik yang tidak cekap dalam umur yang sudah tua. Masalah Kit Siang ialah beliau suka memperkecilkan kebolehan Najib dan beliau fikir boleh makan Najib. Sekarang akhirnya terbukti bahawa Najib merupakan seorang sifu politik dan memerangkap Kit Siang dengan seluarnya terlondeh.

Berikut adalah kenyataan Kit Siang yang jelas terdesak:

The Barisan Nasional government is losing credibility by treating royal commissions of inquiry (RCIs) as political power play, DAP’s Lim Kit Siang said today over news that Putrajaya was ready to set up an RCI to probe the Memali incident some 30 years ago.
The party’s parliamentary leader called it a “farce” for the government to hold RCIs out of vengeance against former prime minister Dr Mahathir Mohamad, instead of pursuing the glaring issue of scandals involving 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
If Malaysia has come to the stage when even the formation of RCIs can become a political power play, the government concerned has lost all authority, credibility and legitimacy and should be replaced.
“By all means have RCIs into Bank Negara foreign exchange losses thirty years ago, or into the Memali tragedy more than 30 years ago, but if there is no RCI into the elephant in the room, the 1MDB scandal, then all these RCIs are reduced to a farce and gross abuses of power,” Lim said in a statement today.
*******************************************************
Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid, akan akhirnya mampu mendedahkan apa yang telah berlaku terhadap Skandal Forex BNM.
Lim Kit Siang sedang terdesak. Tun Dr Mahathir Mohamad menganjurkan satu forum  Nothing to Hide 1.0 untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan memakan diri dengan tercetusnya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap bencana forex Bank Negara berjumlah AS$13 bilion (anggaran RM130 bilion nilai hari ini ). Kemudian Mahathir menganjurkan forum Nothing to Hide 2.0 dan juga memakan diri dengan akan wujudnya RCI pembunuhan semasa tragedi Kampung Memali. 
Sekiranya mereka terus menganjurkan Nothing to Hide 3.0, Nothing to Hide 4.0Nothing to Hide 5.0, dan lain-lain., kemudian akan ada RCI terhadap tebus keluar (bailout) RM2 bilion terhadap anak lelaki Mahathir, skandal Perwaja, skandal Menara Berkembar Petronas, dan banyak lagi. Dan sekiranya ini berlaku Kit Siang akan kelihatan seperti seorang Chinaman bisu kerana membuat Mahathir sebagai ‘Top Dog’ (Ketua Anjing) Pakatan Harapan.
Kit Siang berpura-pura bahawa beliau mengalu-alukan RCI bencana forex Bank Negara dan pembunuhan di Memali. Beliau tidak boleh berkata disebaliknya memandangkan beliaulah yang telah mendesak sebelum ini selama 20 tahun untuk RCI ini ditubuhkan. Tetapi ketika itu beliau mahu RCI ini supaya beliau boleh jatuhkan Mahathir dan berharap dalam proses itu juga dapat menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional.
Kit Siang tidak lagi mahu RCI bencana AS$13 bilion Bank Negara dan pembunuhan di Memali kerana ia akan memudaratkan Pakatan Harapan
Tetapi Kit Siang tidak lagi mahu menjatuhkan Mahathir sebab sekiranya Mahathir dijatukan maka ia akan melibatkan DAP dan Pakatan Harapan dan ia tidak melibatkan Umno and Barisan Nasional. Kit Siang hanya mahu RCI sebagai senjata politik terhadap Umno dan Barisan Nasional. Dan itulah sebabanya mengapa hari ini  Kit Siang mengatakan bahawa RCI tidak harus digunakan sebagai senjata politik terhadap Mahathir — sebab dahulu Kit Siang juga mahu menggunakan RCI sebagai senjata politik terhadap Mahathir semasa Mahathir merupakan musuh DAP.
Melayu mengenali ini sebagai senjata makan tuan. Kit Siang mahu RCI sebagai satu senjata menentang Mahathir, Umno dan Barisan Nasional. Tetapi beliau tidak mahu  RCI sebagai satu  senjata menentang Mahathir, DAP dan Pakatan Harapan. Oleh itu  Kit Siang berpura-pura bahawa beliau tidak menentang sebarang RCI terhadap bencana forex Bank Negara bernilai AS$13 bilion atau pembunuhan Memali seperti dikatakan, tetapi mereka hanya menentang RCI tidak diadakan terhadap isu 1MDB.
Tetapi sebelum itu PAC telah pun menyiasat 1MDB. Tidak ada penyiasatan PAC terhadap bencana forex Bank Negara atau pembunuhan di Memali. Oleh itu mengapa  Kit Siang masih perlu RCI terhadap 1MDB? Dan adakah DAP bukan ahli PAC yang menyiasat? Dan pernahkah Tony Pua dan Tan Seng Giaw, ahli PAC yang mewakili  DAP, tidak pernah bercakap sejuta perkataan tentang 1MDB dan apakah penemuan  PAC hasil siaatan tersebut?
Tony Pua merupakan solo RCI dan telah banyak bercakap tentang 1MDB yang tidak memerlukan RCI yang lain
Apakah maklumat baru yang RCI boleh temui, yang PAC telah tidak temui dalam isu 1MDB? Dan apakah maklumat baru kepada pihak awam yang mana tidak diliputi oleh Tony Pua dan Tan Seng Giaw dan tidak dimaklumkan kepada pihak awam? Hakikatnya, malah sekiranya RCI ke atas 1MDB diadakan, semua yang perlu buat ialah menemu bual hanya Tony Pua seorang dan itu akan mencykupi. Tony Pua telah bercakap terlalu banyak tentang 1MDB dan tentang apa yang PAC temui yang tidak setanding dengan 20 orang saksi lain dibandingkan dengan Tony Pua seorang.
RCI diperlukan hanya sekiranya maklumat cuba disembunyikan dan kebenaran tidak didedahkan (seperti kase bencana forex Bank Negara bernilai AS$13 bilion dan pembunuhan di Memali). Dalam kase 1MDB, PAC telah menemui kebenarannya dan tidak ada yang tersembunyi dan Tony Pua dan Tan Seng Giaw telah menandatangani laporannya. Dan banyak orang DAP dan PKR, telah bercakap tentangnya dengan panjang lebar dan tiada perkara baru untuk ditemui dan tiada perkara baru untuk dibincangkan.
Hakikatnya, hari ini Bank Negara cuba untuk merahsiakan dan dibuat secara tertutup terhadap penyiasatan RCI supaya rakyat Malaysia tidak tahu tentang kebenaran disebalik bencana forex Bank Negara bernilai AS$13 bilion itu. Dalam lain perkataan, mereka mahu penyiasatan RCI diklasifikasikan kerahsiaannya supaya tidak seorang pun akan tahu apa yang sedang berlaku.

Memali mungkin satu operasi untuk penghapusan atau pembunuhan dan bukan untuk menahan Ibrahim Libya
Mengapa mereka mahu ini? Mengapa mereka mahu penyiasatan RCI terhadap bencana forex Bank Negara bernilai AS$13 bilion diklasifikasikan kerahsiannya supaya tidak seorang akan tahu apa yang sedang berlaku?
Adakah penyiasatan PAC terhadap 1MDB satu rahsia? Adakah Tony Pua, Tan Seng Giaw, dan banyak lagi orang DAP dan PKR, tidak mendedahkan butiran terhadap penyiasatan PAC terhadap 1MDB? Mengapakah mereka mahu penyiasatan terhadap 1MDB diumumkan kepada awam tetapi penyiasatan terhadap bencana forex Bank Negara bernilai AS$13 bilion dirahsiakan?
RCI terhadap bebcana forex Bank Negara bernilai AS$13 bilion dan RCI terhadap pembunuhan di Memali sudah tentu banyak memudaratkan Mahathir. Kemudaratan ini akan berkait dengan Kit Siang, DAP dan juga Pakatan Harapan. Dan adalah Kit Siang yang membuat kepuiusan menjemput Mahathir menghadiri konvensyen DAP pada 4hb Disember 2016 supaya mereka boleh mempamirkan kewujudan muka Melayu dalam DAP. Ini merupakan satu penipuan untuk menarik pengundi Melayu. Hakikatnya, parti DAP adalah parti rasis anti Melayu.
Musa Hitam mendedahkan bahawa Mahathir berada di Malaysia dan bukan berada di negara China apabila tragedi berdarah di Kampung Memali berlaku dan mereka telah berbohong di Parliamen
Itu dengan biasa menukar Pakatan Harapan daripada Pakatan Harapan pimpinan DAP menjadi Pakatan Ali Baba. Tetapi Kit Siang fikir ini baik sebab untuk melawan mesej Perdana Menteri Najib Tun Razak semasa perhimpunan Umno sehari sebelum itu bahawa pilihan raya akan datang adalah pertandingan antara Pakatan Harapan pimpinan DAP dan Barisan Nasional pimpinan UMNO.
Sekarang akhirnya Kit Siang baru tahu bahawa Pakatan Ali Baba merupakan satu idea yang tidak baik. Beban yang dibawa Mahathir akan terpaksa ditanggung bersama oleh DAP dan Pakatan Harapan dan kaum Cina telah menyalahkan Kit Siang terhadap masalah ini. Ini membuktikan bahawa Kit Siang seorang strategis politik yang tidak cekap dalam umur yang sudah tua. Masalah Kit Siang ialah beliau suka memperkecilkan kebolehan Najib dan beliau fikir boleh makan Najib. Sekarang akhirnya terbukti bahawa Najib merupakan seorang sifu politik dan memerangkap Kit Siang dengan seluarnya terlondeh.

Biasanya sesaorang akan mengakhiri kerjayanya pada aras tertinggi kerjayanya.  Mahathir mengakhiri kerjaya keduanya semasa sedang merangkak dan Kit Siang sedang mengikuti dan menyertai Mahathir terus ke dalam longkang. Ini serupa dengan kase  Muhammad Ali. Setelah mengakhiri kerjayanya di peringkat tertinggi, Muhammad Ali membuat keputusan untuk kembali semula ke kerjayanya dan kalah. Mahathir lakukan yang sama. Beliau bersara dan balik semula kepada kerjaya terakhir yang serupa. Dan Mahathir juga akan kalah, seperti Muhammad Ali.

Menukar Pakatan Harapan kepada Pakatan Ali Baba merupakan kesilapan besar Kit Siang, di mana DAP akan membayarnya dengan harga yang mahal pada pilihan raya akan datang.



No comments:

Post a Comment