Tuesday, 1 August 2017

UNTUK GENERASI MUDA: SIAPA DIA ANWAR IBRAHIM?

Kini kita dapati banyak daripada mereka generasi muda memilih Pembangkang, sebab mereka mendakwa bahawa hanya Anwar Ibrahim seorang sahaja yang boleh “selamatkan” negara ini.
Persoalan pertama disini daripada apa yang sebenarnya anda mahu Anwar “selamatkan” negara dan daripada mana?
Hanya sekiranya ia terdapat beberapa bentuk penindasan atau ketidak adilan atau orang didera dan mati kelaparan baru memerlukan serta membenarkan sesaorang untuk “selamatkan” negara ini. Oleh itu orang muda yang dianggap lebih bijaksana dinasihatkan supaya tidak mudah terikut-ikut serta tertipu dengan agenda mereka-mereka yang kecewa dan gila kuasa untuk meraih sokongan daripada anda. Mereka boleh kata apa pun demi untuk mempengaruhi anda. Tetapi hakikatnya negara ini tidak mempunyai sebarang masalah kritikal untuk “diselamatkan”. Negara terus aman dan damai, rakyat cukup makan, bebas bergerak, bebas bersuara dan bebas segala-galanya. Yang bermasalah ialah mereka yang kecewa untuk berkuasa  oleh kerana terlalu kemaruk kuasa. Hanya orang yang gila serta bebal mahu kononnya negara ini perlu “diselamatkan”. Oleh itu anda orang muda tidak harus terpalit dengan sindrom gila dan bebal seperti mereka mempunyai kepentingan diri sendiri dan bukannya kepentingan rakyat, kerana anda adalah harapan masa depan negara.  
Di sini, dalam Malaysia, kurang daripada 0.6 peratus rakyatnya di bawah kadar kemiskinan, turun daripada 1.7 peratus pada 2012, sementar purata pendapatan isi rumah telah meningkat berterusan malah setelah mensesuaikan kadar inflasi.
Sebagai contoh, pada 2014, purata pendapatan isi rumah meningkat kepada  RM6,141 sebulan daripada RM5,000 pada 2012.
Berbandingkan beberapa negara lain, seperti Amerika Syarikat, kita menikmati  kemudahan perubatan hampir percuma dan kebanyakkan rakyat dapat makan tiga kali sehari. Dengan itu kita harus bersyukur dengan nikmat yang diberi Allah subhanatalla. Mengikut para alim ulamak sekiranya kita tidak bersyukur Allah akan menarik semua nikmat yang telah diberi dan menurunkan bala. Lihatlah contoh beberapa negara Islam di Timur Tengah dan Afrika seperti Iraq, Syria, Palaestin, Yaman, Libya, Sudan dan lain-lain. Mereka dijajah dan ditindas oleh orang lain, bergaduh dan berbunuh sesama sendiri, berlaku kebuluran dan pelarian ke negara lain dan bermacam-macam masalah lagi. Ini adalah akibat mereka tidak bersyukur terhadap nikmat Allah yang telah diberi melalui kekayaan hasil minyak mereka dan terus bersengketa antara mereka.
Dengan itu, apa yang kita perlu “selamatkan”, dan daripada siapa? Sepatutnya orang muda harus berfikiran waras untuk menyelamatkan negara ini daripada mereka-mereka yang kecewa untuk melunaskan agenda kepentingan peribadi mereka. Ini adalah bagi mengelakkan negara ini menjadi seperti di negara-negara Islam di Ttimur Tengah dan Afrika itu.
Untuk mereka yang telah lupa apakah personaliti sebenar Anwar semasa dia berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri daripada 1993 – 1998, eloklah kita imbas kembali ingatan kita ketika itu. Mungkin ada sebahgian orang muda ketika itu masih lagi menuntut atau jikalau sudah habis menuntut baru sahaja menjinakkan diri dalam alam politik dan masih mentah dan belum matang dan mudah terikut-ikut dengan apa yang rakan lain buat.  
Anwar sudah tentu bukanlah lelaki yang dia gambarkan hari ini dan tidak kecuali isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kononnya “Kak Wan” yang mudah didekati yang anda lihat hari ini.
Tetapi lepas itu lagi, tanya diri anda, adakah saekor harimau bintang mampu membuang bintang atau tompok hitamnya?
Berbalik semula kepada Anwar, semasa dia menjawat Menteri Pelajaran antara  1986 hingga 1991, adakah bukan dia siapa yang melarang sekolah satu aliran dibina di atas tanah dikhaskan untuk sekolah bantuan penuh kerajaan?
Adakah bukan Anwar siapa yang mendesak dalam perlantikan pengetua dan pembantu kanan sekolah Cina daripada kalangan mereka yang bukan boleh berbahasa Mandrin disebalik bantahan daripada MCA dan persatuan pendidikan Cina?
Mendiang Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik berbalik pada 2008, dengan jelas menyatakan bahawa Anwar ialah anti Cina.
Saya menghadapi masa yang sukar semasa Anwar menjawat jawatan Menteri Belia Dan Sukan, Menteri Pelajaran, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
Saya bole kata sekiranya anda percaya dia, dia akan makan anda hidup-hidup. Adakah anda fikir dia akan berubah setelah bertahun dipenjara,” Dr Lim telah dipetik sebagai berkata.
Sebagai kaum India, adakah anda benar-benar fikir Anwar berminat dalam kebajikan anda?
Dia hanya berminat untuk memperolehi undi kaum India tetapi bukan sebenarnya berminat untuk menyelesaikan isu kaum India,” kata P. Uthayakumar pemimpin Hindraf.
Dia menyatakan bahawa Anwar gagal memberi respon kepada Hindraf dalam banyak hal.
Berbalik semula semasa Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, saya teringat kembali keadaan yang mengejutkan berlaku terhadap wartawan yang ditugaskan untuk meliputi dia yang terpaksa melaluinya dengan hanya mendapat sedikit kenyataan daripada dia. Dengan kata mudah dia amat sombong dan bongkak terhadap wartawan tempatan.

Wartawan tempatan dilayan sebagai sampah, sementara dia bersedia dengan besar hati ditemu bual oleh media asing.

Saya ingat satu ketika apabila seorang wartawan telah secara harfiah telah ditarik daripada pentas semasa satu sidang media dengan Anwar semasa bergerak terlalu rapat dengannya ketika itu dia Timbalan Perdana Menteri. 

Pengiring peribadi Anwar ketika itu amat kejam dan tidak teragak-agak menggunakan sebarang kekerasan untuk menghalang wartawan tempatan daripada berada terlalu rapat dengan dia. 

Dia sudah tentu tidak mudah didekati ketika itu, tetapi kononnya mengalukan-alukan sesaorang sebagaimana yang dia ditunjukkan sekarang.

Dan isteri dia pula, Dr Wan Azizah, sesungguhnya dia seorang yang “untouchable” pada ketika itu.

Malah dia bukan sahaja tidak akan melihat anda, bahkan tidak ingin bercakap dengan anda. Wartawan malah tidak boleh merapati dia dalam lingkungan sebatu.

Hanya bahawa baru sekarang dia menjadi dikenali dengan “Kak Wan” dan selalu tersenyum dan mudah didekati.

Sebagai seorang wartawan yang memulakan kerjaya dalam awal sembilan pulohan, percayalah kami, Anwar akan sekali lagi akan mengeluarkan taringnya semula sebagaimana dia pernah lakukan apabila dia berkuasa dan yang anda minat “Kak Wan” akan juga kembali semula kepada siapa dia seperti dahulu.

Musuh selalunya bersatu apabila mereka menghadapi satu musuh yang sama dan inilah apa yang tepat berlaku sekarang.
Rakyat Malaysia cepat lupa dan banyak orang sudah lupa bentuk penghinaan Mahathir lakukan terhadap Anwar sebelum mereka bersatu kononnya untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Waspada terhadap ilusi ini, hanya seperti sesumpah selalu bertukar warna, supaya mereka …. jangan kita tertipu.

No comments:

Post a Comment