Thursday 17 August 2017

ADAKAH PPBM AKAN TERKUBUR?

Mahu tidak mahu mereka perlu menang dalam pilihan raya umum akan datang. Sekiranya gagal, PPBM akan berhadapan dengan cabaran yang sangat getir. Sungguhpun begitu sejarah telah membuktikan corak politik yang digunakan oleh PPBN ketika ini sukar bertahan lama.

Akhbar Sin Chew Daily bertarikh 13 Ogos 2017 menyiarkan artikel tentang sejauh mana kelangusangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden dalam arena politik tanah air. Ini memandangkan parti itu adalah serpihan daripada UMNO.

Menerusi artikel PPBM boleh kekal lama? yang disiarkan dalam Sudut Ppandangan, penulisnya, Wan Saiful Wan Jan yang juga Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) telah membuat perbandingan dengan membabitkan beberapa parti sebelum ini bagi mendapatkan gambaran lebih jelas tentang ramalan masa depan PPBM.

Presiden UMNO Pertama
Berdasrkan sejarah politik Malaysia, parti serpihan UMNO pertama telah ditubuhkan oleh pengasas UMNO sendiri iaitu Datuk Onn Jaafar. Meneliti sejarah silam UMNO, permulaan perjuangan serta kebangkitan parti itu adalah akibat beralkunya perubahan system di zaman British apabila kerajaan penjajah ketika itu mengambil keputusan menubuhkan Malayan Union sekitar tahun 1946.

Orang Melayu kemudian melantik Datuk Onn Jaafar yang ketika itu bertugas sebagai Pegawai Daearah Batu Pahat untuk menjadi pemimpin mereka. Ekoran keengganan British membatalkan Malayan Union, orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus melakukan tentangan.

Akhirnya, pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru dalam Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau Perkembar (UMNO) telah menyaksikan UMNO ditubuhkan secara rasmi.

Secara rasmi juga, Onn dilantik sebagai Presiden UMNO pertama. Di bawah kepimpinan Onn, UMNO bangkit menentang Malayan Union. Berikutan penentangan itu, kerajaan British terpaksa akur dan setuju berbincang dengan UMNO serta raja-raja Melayu, Hasilnya Federation of Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan bagi menggantikan Malayan Union.

Kejayaan ini amat bermakna buat Onn, UMNO dan orang Melayu secara keseluruhan. Dalam usaha menggalakan hubungan antara kaum, Onn kemudian mencadangkan agar UMNO membuka keahlian kepada rakyat bukan Melayu.

Presiden UMNO Ke dua
Bagaimanapun cadangan itu mendapat tentangan hebat daripada ahli parti sendiri. Onn tidak berputus asa dalam usaha menjadikan UMNO sebagai parti untuk pelbagai kaum. Namun pada akhirnya beliau kecundang. Pada Ogos 1951, Onn meletak jawatan sebagai Presiden dan keluar dari UMNO.

Tidak berapa lama kemudian, Onn menubuhkan sebuah parti baharu iaitu Pati Kemerdekaan Malaya. Ini adalah sejarah pertama wujudnya parti yang berpecah daripada UMNO. Walaupun parti itu ditubuhkan oleh seorang pemimpin berwibawa namun parti berkenaan gagal mendapat sokongan orang Melayu.

Sebaliknya, UMNO di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman terus mengorak ke hadapan dalam usaha menuntut kemerdekaan negara. Pada 1954, Onn meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum pertama di Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malay Land) pada 1955.

Sungguhpun begitu, penulis artikel itu turut mengakui terdapat parti yang ditubuhkan sebelum PPBM yang tidak sehaluan dengan UMNO mendapat sokongan rakyat dan kekal hingga ke hari ini seperti PAS dan PKR.

Ringkasnya, terdapat dua model parti politik yang dikemukakan oleh penulis berkenaan dalam artikelnya. Satu model berdasarkan penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya serta Parti Negara dan satu lagi model berasaskan penubuhan PAS serta PKR.

Pengerusi PPBM sekarang
PPBM dilihat lebih mirip kepada model pertama. Jika kita imbas kembali sejarah penubuhannya, perjuangan PPBM selain hanya untuk menjatuhkan seorang pemimpin dan hala tujunya perjuangannya yang tidak jelas, yang utamanya PPBM tidak mempunyai akar umbi serta kubu kuat. Tidak seperti PKR dan PAS.

PKR, selain mempunyai akar umbi yang kuat yang dibawa oleh Anwar Ibrahim semasa meninggalkan UMNO, ia juga mempunyai kubu kuat di Permatang Pauh. Begitu juga PAS, selain mempunyai akar umbi yang kuat, ia mempunyai kubu kuat di negeri pantai Timur seperti Kelantan dan Trengganu. PAS juga mempunyai kubu kuat di negeri Kedah. Sebab itulah pada PRU ke 12 dan PRU ke 13 kemenangan Pakatan Rakyat disebabkan oleh jentera pilihan raya daripada PAS.

Mengikut kekuatan rasmi PPBM setakat ini hanya mempunyai 29,000 ahli yang berdaftar itupun sudah berpecah belah sebelum dan selepas forum ‘Nothing to Hide’ yang telah menyebabkan kekecohan.

Mahu tidak mahu PPBM perlu menang dalam pilihan raya umum akan datang. Sekiranya gagal, PPBM akan berhadapan dengan cabaran yang sangat getir. Sungguhpun begitu, sejarah telah membuktikan corak politik yang digunakan oleh PPBM ketika ini sukar bertahan lama.   


No comments:

Post a Comment