Rancangan Tun Razak pada 1970 adalah mudah. Mengurangkan kemiskinan. Mengurangkan jurang ekonomi di antara yang kaya dan yang miskin. Mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Memberi pendidikan kepada setiap rakyat. Mewujudkan konsep perkongsian kuasa di mana semua pihak dan semua kaum boleh mengambil bahagian dalam kerajaan.
Apabila allahyarham Tun Abdul Razak Hussein membangkitkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1970, pemilikan korporat Bumiputra hanya 1% dengan 99% milik bukan Bumiputra dan asing. Dalam tempoh sepuluh tahun 1971 ke 1981, pemilikan korporat Bumiputra meningkat tiga kali ganda ke 3% sementara pegangan bagi bukan Bumiputra meningkat dua kali ganda daripada 30% ke 60%.
Maka, apabila Mahathir Iskandar a/l Kutty ambil alih sebagai Perdana Menteri pada 1981, pemilikan korporat Bumiputra masi 3%. Bagaimanapun, apabila beliau bersara pada 2003, ia turun ke 2% disebalik 30% seperti mana yang telah dirancang. Dan Mahathir cuba membohongi rakyat terutama orang Melayu kononnya 20% apabila yang sebenarnya hanya 2%, sebab beliau mengambil kira 18% yang dimiliki oleh GLC (syarikat milik kerjaan) seperti PERNAS, PETRONAS, MAS, SEDC dan lain-lain. Walaupun syarikat milik kerajaan (GLC) mempunyai ekuiti Bumiputra namun ia tidak boleh dianggap sebagai syarikat Bumiputra dengan erti kata sebenar sebab ia mengandungi ekuiti bukan Bumiputra dan ekuiti asing.
Tempoh 22 tahun daripada 1981 ke 2003, ekonomi Malaysia berkembang. Sebagai contoh, pada 1971, permulaan DEB, KDNK hanya AS$4 bilion. Sepuluh tahun kemudian, mulai 1981, ia meningkat kepada AS$25 bilion. Pada 2003, setelah Mahathir bersara sebagai Perdana Menteri ia telah meningkat lagi ke AS$110 bilion. Tetapi pada tempoh yang sama pemilikan ekuiti korporat Bumiputra meningkat dari 1% ke 3% dan lepas itu menurun ke 2% semasa Mahathir mula bersara sebagai Perdana Menteri.
Oleh itu apakah yang sudah terjadi? Negara semakin kaya tetapi ekonomi orang Melayu bukan sahaja masih di tahap lama malah menurun ke 2%. Jawapannya amat mudah dan walaupun Mahathir ingin menjelaskannya untuk mempertahankan diri namun bangsa Melayu enggan mendengarnya. Bagaimanpun melalui satu sumber yang boleh dipercayai bahawa ia merupakan satu pelan permainan baru (new game-plan) ciptaan Mahathir.
Percubaan Mahathir untuk memperkayakan sepuluh juta Melayu bukanlah satu perkara yang mudah. Ia mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, disebalik memperkayakan hanya 100 Melayu dan mereka ini boleh membantu sepuluh juta lagi Melayu yang lain di bawah konsep payung (umbrella concept).
Dan Mahathir sendiri secara peribadi memilih 100 Melayu yang akan diperkayakan itu. Tetapi ketika itu beliau kena tentukan bahawa bagi setiap Melayu dikayakan beliau juga harus memperkayakan seorang bukan Melayu (Bumiputra Sabah/Sarawak). Dan mereka ini dipertanggungjawabkan sebagai seorang yang akan memegang harta bagi pihak sepuluh juta Melayu yang lain. Tetapi realitinya 100 Melayu merupakan proksi Mahathir yang bertindak sebagai pemegang amanahnya (trustee), tetapi menggunakan DEB sebagai alasan untuk menyamar (camouflage) tentang salah laku yang dilakukannya.
Satu lagi contoh bagaimana Mahathir memindahkan kekayaan negara kepada dirinya adalah melalui program penswastaan (privatization), di mana pada 1981 ‘privatization’ dikenali sebagai ‘piratization’ oleh pihak anti Mahathir. ‘Piratization’ bermaksud pelanunan daripada perkataan pirate atau lanun. Ada yang menyebut ‘Pelanun harta negara’. Mengikut Barry Wain wartwan Australia penulis buku berjudul, ‘Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad In Tribulent Times’, di bawah nama penswastaan, anggaran RM 100 bilion telah dipindahkan daripada akaun awam ke dalam poket peribadi.
Mahathir telah musnahkan legasi Tun Razak. Beliau telah memperalatkan DEB dan menyalah gunakannya sebagai satu penyamaran untuk kononnya memperkayakan ‘100 orang Melayu yang terpilih’ yang akan dijadikan bilionair untuk bertindak sebagai ‘payung’ kepada sepuluh juta Melayu. Tun Razak percaya dalam pengagihan kekayaan yang adil. Tetapi Mahathir, bagaimanapun percaya dalam pemusatan kekayaan. Beliau tidak boleh menjadikan sepuluh juta Melayu sebagai jutawan, oleh itu beliau telah berjaya jadikan 100 Melayu sebagai super-bilionair pemegang amanah (trustee) beliau sendiri.
Tun Razak menjadi Perdana Menteri hanya selama enam tahun (diikuti Tun Hussein Onn untuk tempoh lima tahun). Tetapi peningkatan kekayaan Bumiputra daripada 1% ke 3%. Dalam 22 tahun, desebalik meningkat kepada 30% sebagaimana dalam perancangan asal, tetapi Mahathir telah mengurangkannya ke 2%. Tetapi beliau telah membohongi masyaraikat Bumiputra dan mendakwa ada peningkatan 20%, kerana mengambil kira termasuk syarikat GLC dan 100 Melayu yang beliau jadikan pemegang amanahnya (trustee) atau kroninya.
Tiada seorang warga Malaysia sama ada Melayu, Cina, India dan lain-lain tidak mengisytiharkan bahawa DEB telah gagal. Tiada sebarang kekeliruan terhadap kegagalan DEB, tetapi banyak pihak tidak tahu sebenarnya sebab kegagalan dan mereka mengatakan disebabkan oleh Melayu terlalu bodoh untuk berjaya. Apa yang mereka tidak tahu ia disebabkan oleh seorang individu yang tamak serta haloba untuk membina kekayaan diri dan keluarga menggunakan wang rakyat. Dan individu ini bernama Mahathir Iskandar a/l Kutty.
Mahathir diserang dengan pelbagai soalan ketika kempen "Selamatkan Malaysia"
Hadirin yang bela Mahathir kena serang dalam kempen "Selamatkan Malaysia".
Untuk musnahkan Melayu dan kerajaan berbilang kaum Mahathir sanggup hadir konvensyen DAP walaupun pada mula tidak diundang.
Setelah memusnahkan DEB, sekarang Mahathir ingin memusnahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Bila kita sebut UMNO sudah tentu ia merujuk kepada Melayu dan bila kita sebut BN sudah tentu ia merujuk kepada kerajaan berbilang kaum. Dengan itu jelas di sini bahawa Mahathir ingin memusnahkan Melayu dan kerajaan berbilang kaum yang sejak dahulu lagi telah hidup aman dan damai. Matlamat memusnahkan kedua-dua entiti ini kononya untuk ‘Menyelamatkan Malaysia’. Adakah ini wajar, lojik serta boleh diterima akal oleh manusia yang siuman. Sebenarnya setakat ini Malaysia belum perlu diselamatkan, tetapi menilai daripada keadaan semasa ia perlu diselamatkan daripada Mahathir, bekas seorang diktator selama 22 tahun yang rakus dan tamak menjarah atau merompak harta rakyat.
Mana satu Ali dalam Pakatan Ali Baba atau Pakatan Harapan ini? Ramai Baba dari Ali. Ini menunjukkan Pakatan Ali Baba atau Pakatan Harapan bukan dikuasai Ali atau Melayu seperti cuba digambarkan oleh DAP. Ia dikuasai oleh Baba atau Cina.
Untuk memusnahkan Melayu dan kerajaan berbilang kaum, Mahathir bersekongkol dengan DAP sebuah parti cauvanis Cina perkauman yang anti Melayu dan Islam. Oleh itu beliau bekerjasama dengan DAP untuk memusnahkan Melayu dan kerajaan yang berbilang kaum, kononnya untuk ‘Menyelamatkan Malaysia’.
Gunakan Melayu untuk musnahkan Melayu
Bangsa Melayu mungkin dilihat oleh Mahathir sebagai bodoh, tetapi mereka tidak sebodoh itu seperti yang Mahathir sangka. Mereka boleh lihat bahawa Mahathir tidak boleh ‘Menyelamatkan Malaysia’ dengan bekerjasama dengan DAP untuk memusnahkan Melayu dan kerajaan berbilang kaum. Dan inilah sebabnya mengapa Mahathir sedang menuju ke kehancuran, termasuk keluarganya, kroninya dan amanahnya (trustee). Pada tahun 1946 Bangsa Melayu keluar menentang tuan kolonial mereka British di atas nama Ketuanan Melayu. Tujuh puluh satu tahun kemudian, dalam tahun 2017, Bangsa Melayu sekarang menentang Mahathir untuk mempertahan Ketuanan Melayu. Oleh itu Mahathir tiada pilihan tetapi berhijrah ke Cina DAP untuk melindung diri sebagai pelarian. Berkemungkinan Mahathir akan mencari suaka politik keluar negara sebagai pelarian politik seandainya Pakatan Harapan pimpinan DAP tewas dalam PRU ke 14 akan datang.
Bangsa Melayu harus ingat tahun 2017 iaitu tujuh puluh satu tahun setelah Malayan Union dan pembentukan parti UMNO parti keramat Melayu pada 1946. Inilah tahunnya Mahathir mengakhiri kehidupan politiknya dengan melakukan murtad politik, jenayah besar pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin Melayu Islam. Dan tatakala itu apakah Mahathir akan jadi, apabila setelah atas kepentingan diri sendiri melakukan jenayah ekonomi terhadap kerajaan yang bertunjangkan Melayu Islam serta menghancurkan DEB, beliau seterusnya bersekongkol dengan Cina DAP untuk menghancurkan Melayu dan kerajaan berbilang kaum.
Apa yang Mahathir lakukan, seandainya berjaya, bermakna tamatlah dominan kuasa politik Melayu atau Ketuanan Melayu. DAP telah mencuba sekali pada 1969 dan berakhir dengan pertumpahan darah. Oleh itu Mahathir sedang bermain dengan api terhadap jutaan rakyat Malaysia yang sedang hidup dalam aman dan damai. Permainan Mahathir ini seandainya tidak dibendung, Malaysia akan menjadi kawasan panas seterusnya. Nampaknya atas kepentingan diri Mahathir sedang membuka pintu seluasnya untuk Bangsa Melayu ditindas seperti di Pulau Pinang dan Singapura.
Akhir kata, dengan tegasnya, Bangsa Melayu tidak akan membenarkan Mahathir memindahkan kuasa politik negara ini kepada Pakatan Harapan pimpinan DAP yang rasis dan anti Melayu dan Islam.
Setelah memenangi PRU ke 14, pihak berkuasa kerajaan BN didesak dengan tegasnya membongkar serta menyiast segala jenayah dan salah laku Mahathir ketika memerintah selama 22 untuk didakwa, dibicarakan dan jika didapati bersalah harus dihukum dengan hukuman yang setimpal yang dibenarkan oleh undang-undang negara ini.
No comments:
Post a Comment