Sunday 20 August 2017

AZMIN CUBA MEMPERBODOHKAN RAKYAT

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR sepatutnya lebih bijak dan matang untuk menangani krisis apabila ia berlaku. Begitulah juga dalam kes kekecohan forum ‘Nothing To Hide’. Sepatutnya sebagai pemimpin kanan sebuah parti dan memimpin sebuah negeri, beliau tidak harus tergopoh gapah

Banyak rakyat negeri Selangor terutama sekali pengundi DUN Bukit Antarabangsa berasa kecewa serta terkejut dengan tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi dalang dalam kekecohan dalam forum Nothing To Hide 2.0 anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Shah Alam pada Ahad lalu.

Walaupun kami tahu ini adalah taktik politik biasa digunakan oleh Pakatan Harapan untuk mengalihkan perhatian rakyat dengan menyalahkan UMNO untuk menutup atas kegagalan mereka. Tetapi kali ini ia telah dilakukan oleh wakil yang kami pilih sebagai ADUN mewakili Bukit Antarabangsa. Kami penduduk Bukit Antarabangsa yang majoriti daripada kalangan yang berpendidikan tinggi, korporat dan professional kesal dengan wakil yang kami pilih cuba untuk memperbodohkan kami seolah-olah kami daripada kampung pendalaman yang tidak tahu apa-apa. Sekarangpun orang di kampung pendalaman pun sudah bijak menilai politik sebab ada media elektronik seperti telivisyen dan internet di kampung pendalaman.

Politik yang dimainkan oleh wakil kami itu adalah merupakan politik kuno atau primitif, iaitu zaman orang semua orang bodoh kerana tiada media elektronik. Satu contoh politik kuno atau primitif yang diamalkan oleh kerajaan Selangor pimpinan Azmin Ali ialah menghabiskan berjuta-juta ringgit wang rakyat mengiklankan kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor berserta dengan kata-kata retorik di sampingnya. Rakyat sekarang khasnya Negeri Selangor sudah bijak sebab sudah bayak yang yang terpelajar dan tidak lagi terpengaruh dengan iklan Kerajaan Negeri Selangor di serata daerah negeri Selangor.

Kenyataan Media Syed Saddiq Berbohong

Rakyat sekarang bijak menilai sesebuah kerajaan, tentang apa yang sesebuah kerajaan boleh beri atau tawarkan kepada mereka, bukannya melalui iklan, bukannya melalui janji-janji dan bukanya melalui fitnah terhadap orang lain. Sekiranya kerajaan memberi masalah kepada mereka seperti, masalah bekalan air terawat, masalah pembuangan sampah dan masalah penyelenggaran rumah rakyat termiskin (PRT) maka dengan iklan secantik mana pun, semahal mana pun, janji setinggi mana pun, fitnah sebanyak manapun, namun ia tidak mampun untuk mempengaruhi rakyat untuk menyokong kerajaan sedemikian.

Satu lagi politik kuno atau primitif yang melucukan ialah apabila Menteri Besar Selangor sendiri turun ke longkang yang kotor dan suruh juru kamera tangkap gambar kononya beliau amat perhatin terhadap kebersihan longkang. Terus terang dinyatakan di sini, rakyat sekarang tidak langsung teruja dengan aksi atau gimik sedemikian, bahkan ia menjadi bahan lawak. Jikalau dahulu mungkin rakyat terpengaruh dan menganggap beliau seorang yang perhatin terhadap kebersihan longkang.

Berbalik semula kepada isu memperbodohkan rakyat. Adalah tidak masuk akal bagi UMNO merancang melakukan provokasi seperti itu di tengah-tengah kehadiran penyokong pembangkang tanpa disedari mereka.



Pemuda Armada Dihalang Tanya Soalan Semasa Forum 'Nothing To Hide' 2.0

Di fahamkan kawalan di forum tersebut dikatakan amat ketat bagaikan kawalan keselamatan ketika Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melawat Malaysia. Oleh itu, sudah tentulah sukar jika UMNO mahu membuat kacau di situ, apatah lagi ia dihadiri oleh Penderusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR sepatutnya lebih bijak dan matang untuk menangani krisis apabila ia berlaku. Begiyulah juga dalam kes kekecohan itu. Sepatutnya sebagai pemimpin kanan sebuah parti dan memimpin sebuah negeri, beliau tidak harus tergopoh-gapah atau panik membuat tuduhan melulu kepada Perdana Menteri dan UMNO.

Tindakan beliau yang awal-awal lagi menuding jari ke pihak lawan membuktikan Ahli Parlimen Gombak merangkap ADUN Bukit Antarabangsa itu tidak matang untuk menangani krisis. Mungkin bagi mereka yang berada di Selangor, tindakan sebegini tidaklah menghairankan kerana itulah sikapnya sepanjang menjadi Menteri Besar. Beliau makan seorang diri, apabila kena tangkap tuding jari dekat orang lain. Tunggulah dahulu kerana beliau belum kena tangkap, sebab itulah beliau angkuh serta menghina orang sebarangan, terutama pemimpin-pemimpin Kerajaan Pusat.  

Inilah Dia Punca Kekecohan Dilakukan Oleh Ahli Armada Sendiri.

Mohamed Azmin jarang sekali mahu mengaku kelemahan pentadbiran kerajaan negeri apabila timbul isu berkaitan rakyat. Apa yang beliau bijak lakukan adalah menyalahkan pihak lain. Kalau begitu senanglah menjadi Menteri Besar Selangor, tak paya buat kerja, tak perlu bertanggungjawab kepada rakyat, tudinglah jari kepada sesiapa yang boleh dituding. Itulah bahnanya apabila rakyat memilih pembangkang jadi pemerintah.

Di Selangor, sudah beberapa kali kita melihat bagaimana jika ada masalah termasuk krisis bekalan air terawat, Mohamed Azmin akan menuding jari menyalahkan Kerajaan Pusat. Apabila ada masalah berkaitan pangsapuri atau rumah pangsa kos rendah, beliau akan menuding jari kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kenyataan Media Ahli Armada

Tetapi yang menghairankan apabila Kerajaan Pusat cuba membantu menyelesaikan masalah di Selangor, beliau menganggap ia bermotifkan politik pula? Hakikatnya dengan anggapan ini adalah jelas menunjukkan Mohamed Azmin telah menafikan hak rakyatnya sendiri untuk mendapat pembelaan daripada Kerajaan Pusat. Oleh kerana terlalu mengamalkan politik kuno atau primitif beliau telah bukan sahaja mengabaikan, malah cuba menafikan keperluan rakyat yang mengundinya.

Inilah perangai Mohamed Azmin yang tidak pandai untuk bermuhasabah atau menjadi pemimpin yang matang apabila berhadapan dengan masalah atau krisis.

Jikalau kena baling kerus mengapa boleh balik ke rumah
tanpa sebarang kecederaan.Ini jelas auta keling.
Sepatutnya dalam kes kekecohan di forum Nothing To Hide itu, Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor boleh bersabar menanti siasatan polis selesai. Tetapi beliau pilih untuk mengamalkan politik kuno atau primitif dengan meleparkan fitnah terhadap orang lain kononnya rakyat bodoh tidak boleh berfikir seperti rakyat di zaman kuno atau primitif.

Kami percaya tidak ada masalah untuk beliau mendapatkan maklumat daripada polis berhubung kedudukan sebenar kerana kejadian itu berlaku di dalam negeri yang beliau berkuasa.

Namun beliau cepat melatah dengan menggunakan politik kuno atau primitifnya tentang kekecohan berkenaan untuk menunjukkan kononnya kerajaan takut kepada Mahathir dan kononnya mahu menutup mulut bekas Perdana Menteri itu yang lantang mengkritik kerajaan. Sebenarnya tuduhan itu adalah perkara yang sama yang dilakukan Mahathir terhadap pengkritiknya semasa 22 tahun memerintah. Contoh terbaik ialah Anwar Ibrahim yang latang mengkritiknya, kerana beliau mendakwa Mahathir  mengamalkan korupsi, kronisme dan nepotisme dan kesanya Anwar dipenjarakan.

Dakwaan Mohamed Azmin itu ialah satu tuduhan yang dangkal lagi tidak berfakta. Seandainya kerajaan hendak menutup mulut Mahathir sudah lama ia dilakukan sejak mula beliau mengkritk kerajaan pada 2015. Setakat Mahathir memang tidak ada masalah untuk menutup mulutnya, sebab semasa pemerintahannya selama 22 tahun beliau telah meninggalkan banyak salah guna kuasa yang boleh dibongkar untuk tindakan undang-undang dimahkamah.  Kerajaan tidak berbuat demikian kerana menghormati beliau tetapi beliau sendiri tidak menghormati kerajaan dengan menjadi dalang dalam fitnah isu 1 MDB. Bukan itu sahaja, malah beliau telah bersengkongkol dengan media dan kuasa asing untuk mengundang campur tangan kuasa asing. Skandal kerugian AS$10 bilion forex Bank Negara Malaysia salah satu salah laku yang mengaitkan Mahathir, namu ada banyak lagi, walaupun didedahkan secara umum, tetapi belum disiasat secara rasmi. Ini termasuk kekayaan luar biasa keluarganya yang didedahkan partinya sendiri iaitu Armada PPBM dan laporannya telah dibuat kepada SPRM.

Kenyataan Mohamed Azmin menunjukkan ketidakbijaksanaan beliau dalam politik. Apa perlunya UMNO mahu mengambil kesempatan di forum tersebut untuk menutup mulut Mahathir? Itu bukan kali pertama beliau berucap mengutuk kerajaan. Mahathir sudah berbuat demikian sejak dua tahun lalu tetapi kerajaan mahupun UMNO tidak melakukan tindakan tidak masuk akal untuk menghalang beliau.

Mohamed Azmin sepatutnya mengakui apa yang telah berlaku sebenarnya, adalah bukti jelas bahawa penyokong dan ahli pembangkang sememangnya suka membuat kecoh dan huru-hara.

Bukannya tidak pernah berlaku peristiwa pergaduhan, tumbuk menumbuk, membaling kerusi dan sebagainya di dalam program pembangkang atau mesyuarat parti mereka sebelum ini, oleh itu kenapa menuduh UMNO menjadi dalang kekecohan di forum tersebut?

Mohamed Azmin sepatutnya faham, walaupun Mahathir sudah berdamai dengan pembangkang dan menjalin hubungan yang rapat dengan bekas-bekas musuh politiknya, ini bukan bermakna segala kepincangan yang berlaku ketika beliau memimpin negara selama 22 tahun sudah dilupakan oleh penyokong-penyokong pembangkang.

Dan kekecohan yang tercetus pada forum itu disebabkan kegagalan Mahathir memberikan jawapan memuaskan terhadap soalan yang dikemukakan oleh ahli-ahli Armada mengenai peristiwa Memali dan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jangan sangka apabila Mahathir menyertai pembangkang, semua kepimpinan pembangkang termasuk penyokong mereka boleh menerima dengan tangan terbuka tanpa sebarang dendam, setelah apa yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu selama ini terhadap mereka.

Semua orang perlu ingat bahawa sejarah tidak berbohong dan ia sentiasa berulang-ulang. Jika kita kaji sejarah Mahathir, darah dagingnya merupakan seorang pembelot tegar dalam kerjaya politiknya. Daripada zaman Tengku Abdul Rahman sehingga lah sekarang. Mahathir telah belot setiap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri melainkan Tun Razak Hussein and Tun Dr Ismail Abdul Rahman, kerana kedua-duanya meninggal sebelum sempat dibelot oleh Mahathir.

Tunku kata hari mula Mahathir jadi Perdana Menteri ialah

merupakan hari permulaan berakhirnya Malaysia.
Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim semuanya telah jadi mangsa pembelotan Mahathir.  Dan sekarang, sudah tentu, Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi adalah mangsa terkini.
Bak kata Al-marhum Tunku Abdul Rahman hari mula Mahathir menjadi Perdana Menteri ialah merupakan hari permulaan berakhirnya Malaysia.
Mahathir belot kepada kaum Cina, buktinya buku yang beliau tulis The Malay Delima.  Dalam buku itu, beliau menggunakan kritikan terhadap kaum Cina untuk mendapatkan sokongan Melayu dan setelah mendapat kuasa, beliau membuat pusingan U dan membuatkan banyak kaum Cina menjadi amat kaya. Buktinya ialah salah seorang kroninya kaum Cina iaitu Vincient Tan atau Tan Sri Vincient Tan Chee Yioun pemilik syarikat Berjaya Group, seorang bilionair ke-9 terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM 4.2 bilion. Tiba-tiba kaum Cina tidak lagi menjadi Yahudi Asia di mana akan ditendang keluar daripada negara ini. Ketika itu kaum Cina sudah jadi kawan baru Mahathir yang membantu beliau merompak negara ini.
Kaum Cina sebenar terperanjat dengan begitu senang hati dengan pusingan U Mahathir. Apabila Mahathir mula menjadi Perdana Menteri pada 1981 kaum Cina menjangkakan mereka akan menghadapi keadaan yang teruk. Sehingga ada di kalangan mereka sudah bersedia seandainya akan berlaku pembersihan etnik semasa Mahathir mengambil alih . Tetapi apa yang berlaku sebaliknya, mereka dapati bahawa Mahathir amat mesra kaum Cina, sekurang kurangnya dalam bidang perniagaan dan kewangan.
Raja-raja Melayu tidak melupai atau memaafkan Mahathir dan tidak akan

membenarkan orang tua itu kembali semula berkuasa walaupun sekiranya 

Parlimen perlu dibubarkan.
Apabila kelihatan seakan-akan Melayu akan meninggalkan Umno pada 1999, Mahathir berpaling kepada kaum Cina dan mengugut mereka denga satu lagi May 13 sekiranya Barisan Nasional gagal mempertahan dua pertiga majoriti diparlimen. Oleh itu, sementara Melayu meninggalkan UMNO, kaum Cina terus berada teguh di belakang Barisan Nasional kerana takut ancaman nyawa terhadap mereka. Mahathir pada permulaannya bersetuju untuk menunaikan tuntutan Persatuan Pendidik Cina (untuk mendapatkan undi mereka) dan kemudian, selepas pilihan raya, Mahathir membuat satu pusingan -U dan memungkari janjinya mereka dan memanggil persatuan itu sebagai Komunis.
Walaupun satu lagi pembelotan dialami oleh kaum Cina ditangan Mahathir dan mereka masih lagi bersama orang tua itu.
Raja-raja Melayu telah tidak melupai atau memaafkan Mahathir dan tidak akan membenarkan orang tua itu kembali semula berkuasa walaupun sekiranya Parlimen perlu dibubarkan.
Ku Li membuka ruang untuk Mahathir menjadi Timbalan Perdana Menteri

dengan perjanjian bahawa dia hanya akan menjadi Timbalan Perdana Menteri

apabila Mahathir jadi Perdana Menteri.
Mahathir bukan sahaja belot pada Raja-raja Melayu degan mengurangkan kuasa mereka(Raja-raja Melayu) yang merupakan benteng kepada hak keistimewaan orang Mealyu dan juga Islam sebagai agama persekutuan. Malah beliau telah belot kepada Badan Kehakiman yang mengakibatkan sistem kehakiman negara ketika itu, tidak lagi bebas dan kuasai oleh eksekutif. Pemecatan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas ketika itu merupakan satu campur tangan eksekutif melalui Badan Kehakiman yang mengakibatkan Tun Salleh Abas dipecat. Hanya Cina DAP dan Pakatun (pengikut Tun Mahathir) telah lupa atau mungkin mereka tidak lupa tetapi kerana mereka tidak lagi punyai moral dan prinsip, serta tidak lagi punyai maruah diri (self dignity) dan kehormatan diri (self honour).
Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) membuka ruang untuk Mahathir menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1976 dengan perjanjian bahawa dia hanya akan jadi Timbalan Perdana Menteri apabila Mahathir jadi Perdana Menteri.
Tun Hussein Onn mahu Tan Sri Ghazali Shafie sebagai timbalan beliau

tetapi dengan tidak rela hati terpaksa memilih Mahathir sebagai timbalannya.
Dengan itu bermakna Tun Hussein Onn tidak boleh melantik Tan Sri Ghazali Shafie sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau yang baru. Beliau harus pilih salah satu daripada tiga Naib Presiden UMNO dan Ku Li merupakan Naib Presiden yang mempunyai undi tertinggi. Tetapi Ku Li mempunyai satu tugas yang belum diselesaikan. Dengan terjumpanya minyak di negeri Terengganu dan Ku Li ditugaskan untuk penubuhan Petronas dan, dengan bantuan Tun Salleh Abas, untuk merangka deraf Akta Pembangunan Petroleum.
Tun Hussein Onn mahu Tan Sri Ghazali Shafie sebagai timbalan beliau tetapi dengan tidak rela hati terpaksa disebaliknya memilih Mahathir dengan ketidakupayaan Ku Li yang telah membuat perjanjian dengan Mahathir untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah Mahathir kemudian.
Oleh itu pilihan ketika itu adalah antara Tun Ghafar Baba dan Tun Mahathir, tetapi memandangkan Ghafar kekurangan dari segi latar belakang pendidikan Hussein Onn bersetuju dengan Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau, walaupun beliau dikedudukan ketiga dari segi undi. Mengikut perjanjian apabila Mahathir menjadi Perdana Menteri barulah Ku Li akan menjadi orang keduanya.
Mahathir, bagaimanapun, tidak sabar. Empat tahun kemudian beliau mula satu gerakan untuk menjatuhkan Tun Hussein Onn. Pada 1980 telah memberi tahu dikalangan orang yang rapat dengannya bahawa menjelang 1981 Tun Hussein akan dijatuhkan dan beliau akan ambil sebagai Perdana Menteri. Dan beliau menggunakan isu Datuk Harun Idris Menteri Besar Selangor ketika itu untuk menjatuhkan Tun Hussein Onn.
Tun Hussein ambil alih sebagai Perdana Menteri pada Januari 1976 dan pada April 1976 beliau paksa Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris, untuk meletak jawatan. Datuk Harun telah kemudian ditahan dan adegan di rumahnya hari beliau ditahan seolah mengulangi Nobenber 1985 tragedi Memali di mana mereka membunuh Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya. Konfrantasi di rumah Datuk Harun akan bertukar menjadi tragedi Memali seandainya Datuk Harun tidak menyusup keluar dengan berpakaian  baju kurung menyerah diri kepada polis.
Mahathir menggunakan pengampunan Datuk Harun Idris

untuk memperkukuhkan niat utuk menjatuhkan Tun 

Hussein Onn.




Mahathir menggunakan pengampunan Datuk Harun Idris untuk memperkukuhkan niat untuk menjatuhkan Tun Hussein dan mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri pada 1981.
Datuk Harun dibicarakan dan dijatuhkan hukum penjara enam tahun atas 16 kesalahan rasuah. Mahathir kemudian beritahu Hussein bahawa Umno ( sebenarnya bukan UMNO tetapi beliau sendiri) mahu D.Y.M.M Yang Dipertuan Agong memberi pengampunan kepada Datuk Harun supaya beliau boleh dibebaskan tanpa menjalani tempoh hukuman sepenuhnya. Tun Hussein amat marah. Beliau beritahu Mahathir bahawa Umno perlu pilih antara beliau dan Harun. Tetapi Mahathir beritahu Tun Hussein bahawa  Umno memilih Harun, oleh itu Tun Hussein meletak jawatan pada July 1981 dan  Mahathir kemudian telah mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri.
Tetapi perletakan jawantan Tun Hussein telah dirancang oleh Mahathir sejak 1980 dan Mahathir tahu bahawa tuntutan pengampunan Datu Harun setelah beliau menjalani setengah daripada hukumannya akan mengakibatkan Tun Hussein meletak jawatan. Tidak lama setelah Mahathir mengambil alih sebagai Perdana Menteri, Datuk Harun telah memperolehi pemgampunan dan dibebaskan dari penjara.
Yang lebih penting, setelah Mahathir mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada  16hb Julai 1981 beliau enggan melantik Ku Li sebagai timbalannya sepertimana yang telah dipersetujui pada Januari 1976. Disebaliknya, dua hari kemudian, pada 18hb Julai 1981, Mahathir melantik Tun Musa Hitam sebagai timbalannya. Ini merupakan permulaan kekacuan dalam Umno yang menjurus kepada wujudnya Tim A dan Tim B dan berakhir UMNO diharamkan selama enam tahun pada 1987.
Oleh itu ini merupakan satu lagi pembelotan Mahathir. Buat kali kedua dalam sejarah, Mahathir telah membelot UMNO.  Kali pertama pada 1969 apabila beliau dipecat daripada UMNO dan beralih kepada PAS dan bekerjasama dengan PAS selama tiga tahun untuk menjatuhkan UMNO.
Najib bukan merupakan  mangsa terakhir pembelotan Mahathir, masih ada lagi

sekiranya beliau panjang umur.
Pembelotan merupakan darah daging Mahathir dan Najib bukanlah mangsa terakhir orang tua itu. Memandangkan Mahathir tidak lagi bersama UMNO, penilaian yang dibuat selepas ini diramalkan bahawa selepas ini Pakatan Harapan berkemungkinan akan menjadi mangsa pembelotan orang tua itu sekira umurnya masih panjang. Oleh itu berdasarkan sejarah Mahathir, Mohamed Azmin tak payahlah hendak syok sendiri mengangkat orang tua itu kononnya menjadi ayam sabung mereka.
Oleh itu hari ini sebenarnya kali keempat Mahathir belot kepada UMNO setelah pertama kali pada 1969, kali kedua pada 1987, dan kali ketiga pada 2008. Pada  1969 Mahathir belot UMNO untuk jatuhkan. Pada 1987 beliau belot kepada Umno untuk  to oust Ku Li. In 2008 he betrayed Umno to oust Pak Lah. And now he is betraying Umno to oust Najib. Mahathir akan tidak teragak-agak untuk meletupkan keselurhan kapal terbang dengan 300 penumpang hanya untuk membunuh seorang di atasnya. Itulah jenis orang yang dipanggil Mahathir.
Mahathir menggunakan Tun Musa Hitam untuk belot kepada Ku Li pada 1981 dan kemudian belot Tun Musa Hitam pada 1986 dan menggantikannya dengan Tun Ghafar Baba.
Pada March 1986, Mahathir memaksa Tun Musa meletakkan jawatan dan disebalik melantik Ku Li sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru, Mahathir melantik Tun Ghafar memandangkan beliau merupakan salah seorang daripada Naib Presiden UMNO. Tun Musa kemudian bergabung dengan Ku Li untuk bertanding menentang  Mahathir dan Tun Ghafar. Adalah jelas gabungan Ku Li dan Tun Musa dijangkakan akan memenangi pemilihan dan dijangkakan Mahathir akan menjadi sejarah.
Tetapi kemudian Mahathir melakukan penipuan dengan memasukkan perwakilan daripada cawangan yang tidak berdaftar. Disebalik beliau dan Tun Ghafar kalah lebih kurang 40-50 undi tetapi ia disebaliknya. Mahathir menang melebihi 43 undi dan Tun  Ghafar menang melebihi 40 undi atau hanya 51% daripada undi. Orang Ki Li’s mendakwa penipuan berlaku dalam pemilihan tersebut dan membawanya ke mahkamah disebalik memohon pemilihan semula (seperti kase parti DAP). Oleh kerana mahkamah mendapati ada cawangan yang tidak berdaftar maka keseluruhan UMNO di haramkan. Inilah yang sebenarnya dikehendaki Mahathir. Dengan pengharaman UMNO lama maka beliau telah menubuhkan parti baru yang dikenali UMNO baru dengan menyingkirkan musuh-musuhnya daripada Tim B. Oleh itu Mahathir telah membunuh UMNO untuk membunuh Tim Bmerupakan pembelotan kedua daripada empat pembelotan beliau terhadap Umno.
Ku Li telah menceritakan cerita ini banyak kali kepada banyak orang. Mungkin tibalah masanya untuk beliau menulis buku tentang peristiwa dalam tempoh 50 tahun daripada 1967 hingga 2017 apabila Mahathir belot hampir kepada semua orang yang beliau mempunyai urusan. Di dunia ini Mahathir tidak mempunyai kawan, melainkan dirinya dan keluarganya. Oleh itu Mohamed Azmin jangan syok sendiri dengan bermimimpi untuk menjadikan orang tua ini sebagai kawan seperjuangan, kemungkinan beliau atau Pakatan Harapan dibelot amatlah tinggi.
Penyokong PPBM yang begitu taksub terhadap Mahathir mungkin mereka tidak tahu tentang sejarah Mahathir atau mungkin lupa bahawa PKR terwujud akibat pembelotan Mahathir terhadap Anwar Ibrahim. Malah mereka perlu ingat kerana kata-kata beliaulah juga menyebabkan DAP terus kekal dilihat sebagai parti yang rasis dan cauvinis di mata orang Melayu sehingga ke hari ini.
Perdamaian Mahathir dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dilihat boleh dibaratkan sebagai perdamaian antara ‘Syaitan dan Dajal’ (perdamaian untuk kejahatan) untuk menjatuhkan musuh bersama mereka iaitu Najib. Sedia maklum kedua-dua syatan dan dajal ini sudah lama bermusuhan dan mempunyai dendam kesumat antara mereka yang masih belum dilunaskan lagi. Perdamaian mereka merupakan satu perdamaian yang tidak ikhlas hanya untuk saling memperalatakan antara satu sama lain demi untuk menjatuhkan musuh bersama. Ia bukan perdamaian untuk kebaikan antara ‘Malaikat sama Malaikat’ tetapi merupakan perdamaian untuk tujuan kejahatan untuk menjatuhkan sesaorang. Seandainya Najib berjaya dijatuhkan adakah mereka akan berpeluk-pelukan serta bercumbu-cumbuan antara mereka kerana berpuas hati? Sudah tentu tidak, mereka akan belot antara satu sama lain untuk berkuasa, kerana perdamaian mereka bukan berasakan ‘Malaikat sama Malaikat’ tetapi berasaskan ‘Syaitan dan Dajal’.
Mohammed Azmin sepatut mengkaji semula sejarah serta semua fakta terhadap orang tua itu sebelum sewenang-wenangnya menuduh UMNO menjadi dalang kekecohan di forum tersebut dan sebagai pemimpin PKR, beliau sudah tentu tahu apa ‘dosa-dosa’ Mahathir terhadap PKR, dan sudah tentu PKR tidak sanggup digigit ular yang berbisa sebanyak dua kali. Ini adalah kerna sejarah akan berulang sekiranya orang tua itu masih hidup lagi.
Kesimpulannya, kami berpendat, apa yang berlaku adalah manifestasi ketidakpuasan hati serta penolakan penyokong pembangkang terhadap kehadiran Mahathir. Oleh itu, hanya orang yang tidak matang berpolitik seperti Mohamed Azmin sahaja yang mudah dipermainkan oleh Mahathir serta sanggup menuding jari menyalahkan UMNO.




No comments:

Post a Comment