Thursday 10 August 2017

PROSIDING SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA KERUGIAN FOREX BNM - ULASAN BIDANG KUASA DAN SARANAN.

Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 jelas merujuk kepada persoalan perlakuan dan pengurusan oleh pegawai dan jabatan kerajaan atas kebajikan awam (public welfare).
Suruhanjaya diraja tidak boleh meliputi siasatan kematian sebaliknya inkues oleh majistret di bawah seksyen 331 Kanun Acara Jenayah (CPC) lebih sesuai dan dibenarkan oleh undang-undang. Tiada suruhanjaya yang ditubuhkan sebelum ini bertujuan mencari punca kematian seseorang.
Suruhanjaya Siasaran DiRaja (SSDR) berbeza daripada penyiasatan Pasukan Petugas Khas (PPK) yang dibentuk oleh kerajaan baru-baru ini bagi menyiasat kase yang sama.
Dalam PPK saksi dipanggil untuk memberi keterangan dengan sukarela dan direkodkan tanpa soal balas oleh ahli panel yang bersidang. Walaupun mereka berbohong semasa memberi keterangan mereka terus boleh melakukannya tanpa sebarang sekatan dari segi undang-undang.
SSDR adalah satu prosiding siasatan berdasarkan undang-undang (legitimate) setelah dipekenan oleh D.Y.M.M Yang DiPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Dalam prosiding SSDR, selain dilengkapi bukti kase, ahli panel suruhanjaya boleh menyoal balas saksi sekiranya keterangan yang diberi saksi meragukan panel siasatan berdasarkan bukti kase yang ada. Oleh itu peluang untuk berbohong adalah tipis. Implikasi sekiranya saksi didapati berbohong, dia boleh didakwa di bawah Seksyen 415 b) Kanun Keseksaan kerana berbohong dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Prosiding pertama Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia Sekitar Tahun 1990-An  diadakan di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman di sini pada 8 Ogos (Selasa) 2017.
“Prosiding bagi siasatan ini adalah terbuka kepada umum,” demikian menurut notis pemberitahuan yang dikeluarkan setiausaha Suruhanjaya Siasatan berkenaan.
Suruhanjaya Siasatan kes kerugian urus niaga mata wang asing itu ditubuhkan selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119].
Penubuhan suruhanjaya itu dan keanggotaan suruhanjaya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Suruhanjaya dengan enam keanggotaan itu dipengerusikan Pengerusi Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Turut menganggotai suruhanjaya itu ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wira Kamaludin Md. Said; Ketua Pegawai Eksekutif, Bursa Malaysia Bhd., Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon, Ahli Institut Akauntan Malaysia K. Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjaya siasatan itu.
Antara bidang kuasa suruhanjaya yang telah ditetapkan itu adalah:
Bidang Kuasa Pertama. Menentukan kesahihan dakwaan mengenai kerugian akibat urus niaga pertukaran mata wang asing yang dialami Bank Negara Malaysia sekitar tahun 1990-an serta implika sinya kepada ekonomi negara.
Bidang Kuasa Kedua. Menentukan sama ada penglibatan Bank Negara Malaysia dalam aktiviti urus niaga mata wang asing yang menyebabkan kerugian tersebut adalah bertentangan dengan Ordinan Bank Pusat 1958 atau mana-mana undang-undang yang berkaitan.
Bidang Kuasa Ketiga. Menentukan sama ada terdapat elemen menyembunyikan fakta dan maklumat sebenar berhubung kerugian Bank Negara Malaysia dalam aktiviti urus niaga mata wang asing itu dan memberikan kenyataan yang mengelirukan kepada Jemaah Menteri, Parlimen dan rakyat.
Bidang Kuasa Keempat. Mengesyorkan tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan/atau tidak langsung jika didapati mereka menyebabkan kerugian Bank Negara Malaysia serta menyembunyikan fakta dan maklumat sebenar berhubung kerugian itu; dan
Bidang Kuasa Kelima. Mengesyorkan langkah-langkah bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang.
Memandang kase ini sudah lama dan cuba disembunyikan selama 25 tahun oleh mantan pemimpin negara yang cuba untuk memperbodohkan rakyat, maka bidang kuasa suruhanjaya yang telah ditetapkan harus dilaksanakan dengan tegas serta rapi agar tidak memberi ruang bagi mereka yang terlibat terlepas begitu sahaja hanya dengan tipu helah dan putar belit. Di antara syor-syor pelaksanaannya terhadap lima bidang kuasa adalah seperti berikut.
Datuk Abdul Murad Khalid
Perkara utama dalam bidang kuasa SSDR pertama untuk menentukan kesahihan dakwaan tentang kerugian ialah pemanggilan saksi-saksi penting yang dapat membantu penyiasatan. Dalam kase ini saksi penting yang harus dipanggil ialah Datuk Abdul Murad Khalid (Penolong Gabenor BNM ketika itu) dan Dr. Rosli Yaakop (Penolong Pengurus BNM ketika itu).
Datuk Abdul Murad dan Dr. Rosli selain berkhidmat dengan BNM, merekalah yang orang pertama mendedahkan skandal itu di media selepas dua kali usul tersebut dibuat di Parlimen oleh pemimpin DAP Lim Kit Siang pada 1993 dan 1994.
Dalam mendedahkan skandal tersebut, Datuk Abdul Murad telah mendedahkan tentang implikasi ekonomi terhadap skandal tersebut melalui media.
Menurutnya, wang AS$10 bilion itu melibatkan rizab BNM, akan meningkat nilainya dalam tempoh 25 tahun kepada AS$26.66 bilion, atau melebihi RM100 bilion, jika disimpan dalam tabungan kerajaan dengan kadar faedah sebanyak empat peratus setahun.
Dr. Rosli Yaakop
"Jumlah kerugian itu adalah AS$10 bilion, yang bersamaan dengan kira-kira RM40 bilion hari ini," katanya dipetik oleh akhbar New Straits Times (NST). Oleh itu kerugian rizab BNM yang dialami sehingga sekarang termasuk faedah 4% untuk selama 25 tahun sebenarnya ialah AS$36.66 bilion (RM 146.64 bilion).
Sebagai perbandingan, rizab BNM pada 30 Jun 2017 ialah AS$98.9 bilion (RM395.60bilion). Paras ini mampu untuk membiayai 7.9 bulan impot tertangguh dan 1.1 kali membiayai hutang luar negara jangka pendek.
Oleh itu sekiranya tiada kerugian AS$36.66 bilion daripada kerugian Forex, unjuran rizab BNM dijangkakan mampu mencapai paras AS$135.56 bilion (RM542.24bilion). Ini mampu untuk untuk membiayai lebih daripada 7.9 bulan impot tertangguh dan lebih daripada 1.1 kali membiayai hutang luar negara jangka pendek.  
Akhir sekali selain daripada kenyataan daripada kedua-dua saksi penting tersebut, ia harus disokong oleh bahan bukti seperti dokumen transaksi urusniaga mata wang asing BNM dalam tempoh 1988 hingga 1994 (pada tempoh skandal berlaku).  
Dalam bidang kuasa SSDR kedua, ahli panel siasatan perlu mengesahkan sama ada penglibatan BNM dalam aktiviti urusniaga mata wang asing bertentangan dengan Ordan Bank Pusat 1958. Ordan ini sebenarnya telah dipinda kepada Akta Bank Negara Malaysia 2009 dikuatkuasakan pada 25 November 2009.Dalam akta tersebut telah mengariskan 9 mandat diberi kepada Bank Negara Malaysia. Di antara mandat-mandat tersebut, ia itu mandat Nombor 4 ialah “Mewujudkan pengawasan ke atas pasaran mata wang asing”. Oleh yang demikian, daripada 9 mandat yang diberi dalam akta tersebut, tiada satu yang membenarkan Bank Negara Malaysia menjalakan aktiviti urus niaga mata wang asing.
Dengan itu, adalah jelas di sini bahawa aktiviti urusniaga mata wang asing oleh BNM adalah bertentangan dengan Akta Bank Negara Malaysia 2009. Peranan BNM ialah sebagai pengawas pasaran mata wang asing dan bukannya terlibat dalam urusniaga mata wang asing. Ia bukanlah peranan BNM untuk spekulasi mata wang asing. Ia hanya untuk campur tangan untuk melicinkan pergerakan ringgit berbanding mata wang asing.
Mahathir, Anwar, Daim Zainuddin
Dalam bidang kuasa SSDR ketiga, ahli panel siasatan perlu menyiasat sama ada terdapat elemen menyembunyikan fakta dan maklumat sebenar berhubung kerugian Bank Negara Malaysia dalam aktiviti urus niaga mata wang asing itu dan memberikan kenyataan yang mengelirukan kepada Jemaah Menteri, Parlimen dan rakyat.
Jemaah Menteri yang penting untuk menjadi saksi ialah Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan sebelum 1991 Tun Daim Zainudin dan Menteri Kewangan selepas 1991Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lim Kit Siang
Ahli Parlimen yang penting untuk menjadi saksi dalam penyiasatan ini ialah Ahli Parlimen pembangkang dari DAP Lim Kit Siang. Beiau bukan sahaja mendedahkan skandal ini di Parlimen sebanyak dua kali iaitu pada 1993 dan 1994, malah telah menulis sebuah buku berkenaan skandal tersebut.
Tidak lupa juga saksi-saksi seperti Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Tan Sri Dr Zeti pernah hadir semasa perasmian pejabat cawangan BNM yang menguruskan urus niaga pertukaran wang asing di London. Difahamkan beliaulah orang yang menubuhkan pejabat tersebut di London atas arahan. Siapa yang beri arahan? Ia harus disoal oleh panel kepada Dr Zeti dalam siasatan ini untuk mendapatkan jawapannya.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Bagi Tan Sri Nor Mohamed (lantikan Mahathir di BNM) pula difahamkan oleh Anwar kononya sebagai orang yang membiarkan dia dalam kegelapan dan mengesahkan yang beliau telah dikelirukan oleh Nor Mohamed dalam menjawab soalan Lim Kit Siang di Parlimen pada 1994.
Setelah ditanya oleh Lim Kit Siang pada 1993, Anwar menyatakan tidak ada sebarang kerugian, menafikanya kononnya ia merupakan ‘kabar angin’.
Pada 1994, bau busuk terlalu kuat yang ia sampai ke kemuncaknya dan Anwar tidak lagi boleh menafikannya. Oleh itu, apabila Kit Siang sekali lagi menimbulkan perkara ini di Parlimen, kali ini Anwar telah mengakui yang BNM telah mengalami kerugian, pada hakikatnya, kononnya kerugian sedikit wang tetapi hanya ‘kerugian atas kertas’ dan bukannya amaun yang besar, rugi sedikit saja.
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
Hari ini kita diberi tahu oleh Datuk Abdul Murad mantan Penolong Gabenor BNM yang ia bukan rugi di atas kertas dan ia bukanya rugi sedikit saja, malah kerugian sebenar berjumlah AS$10 bilion atau RM98 bilion pada nilai hari ini.
Anwar tidak boleh mengaku jahil dan seandainya beliau betul-betul jahil yang bermakna beliau mengakui yang kebenaran telah disembunyikan daripada beliau. Oleh itu Mahathir dan Daim telah membuat pilihan yang betul dalam melantik Anwar sebagai Menteri Kewangan pada 1991, memandang beliau terlalu bisu dan jahil tentang apa yang berlaku disekeliling beliau.
Lim Kit Siang merupakan orang yang mengemukakan perkara ini diParlimen pada 1993. Sudah tentu, ketika itu Anwar Ibrahim, sebagai Menteri Kewangan, menafikan ‘kabar angin ini’ walaupun media barat telah tiga tahun melaporkannya. Oleh itu, adakah Anwar berbohong atau beliau juga telah dibohongi? Sekiranya Anwar sendiri berbohong, sudah tentu beliaulah yang cuba menyembunyikan skandal ini. Tetapi sekiranya Anwar dibohongi oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, ini bermakna beliaulah yang cuba menyembunyikan skandal ini, daripada Anwar.
Untuk memastikan siapa yang sebenarnya berbohong, kedua-duanya Anwar Ibrahim dan Nor Mohamed Yakcop harus disoal siasat dengan lebih teliti untuk mengetahui siapakah yang sebenarnya berbohong atau mewujudkan pembohongan dengan niat untuk menyembunyikan skandal ini.
Tentang Lim Kit Siang pula, walaupun dia merupakan orang yang pertama mengemukan skandal ini di Parlimen dan menulis buku tentangnya, namun di atas perubahan arah politik beliau terhadap saksi utama Tun Mahathir, kemungkinan beliau berbohong dalam prosiding ini demi melindungi rakan sekutunya itu adalah tinggi.
Oleh itu, hansard di Parlimen semasa beliau mengemukakan skandal itu pada 1993 dan 1994 boleh dijadikan bahan bukti sekiranya beliau cuba berbohong untuk mengubah pendirian tentang skandal ini untuk melindungi sekutunya. Selain itu, buku yang beliau tulis mendedahkan skandal ini
Dalam siasatan untuk menentukan sama ada terdapat elemen menyembunyikan fakta dari maklumat sebenar dalam skandal ini, hansard di Parlimen tentang soalan Lim Kit Siang kepada Anwar pada 1993 dan 1994 merupakan bahan bukti yang penting untuk membuktikan cubaan itu.
Dalam bidang kuasa SSDR keempat, sebelum mengesyorkan tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap mereka yang terlibat, eloklah kita terlebih dahulu mengenal pasti struktur tanggungjawab eksekutif dalam pengurusan ekonomi dan kewangan dalam sebuah negara seperti Malaysia. Dalam hal ini lazimnya yang bertanggung jawab secara langsung kepada BNM ialah Menteri Kewangan dan tanggungjawab secara tidak langsung ialah Perdana Menteri. Sebagai seorang Perdana Menteri beliau  tidak boleh mengatakan beliau tidak tahu langsung tentang apa jua masalah yang berlaku terhadap ekonomi serta sistem kewangan negara, kerana di dalam kabinetnya, Menteri Kewangan merupakan penasihat beliau. Begitu juga Menteri Kewangan tidak boleh mengatakan beliau tidak tahu langsung tentang masalah di BNM, kerana BNM mempunyai Gabenor Bank Negara untuk menasihatkannya tentang segala masalah yang dihadapi oleh bank pusat itu.
Difahamkan skandal ini dikatakan berlaku di antara 1988 hingga 1994 iaitu semasa pentadbiran Perdana Menter Tun Dr. Mahathir (1981 hingga 2003) dan Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan (1984 hingga 1990). Apa yang menjadi persoalan di sini ialah walaupun Daim Zainuddin telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 1990 dan Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003, namun tiada sebarang siasatan dilakukan terhadap skandal ini. Siasatan hanya dijalankan setelah 25 tahun ia berlaku, itu pun setelah didedahkan oleh bekas Timbalan Gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid pada 26 Januari 2017.
Dalam keadaan ini adalah jelas menggambarkan bahawa Tun Mahathir dan Tun Daim disyaki cuba untuk menyembunyikan skandal kerugian BNM ini daripada pengetahuan umum.
Oleh yang demikian selain daripada saksi-saksi yang disebutkan sebelum ini, Tun Mahathir dan Tun Daim harus dijadikan sebagai saksi utama. Sekira kedua-dua saksi ini didapati terlibat, adalah disarankan agar SSDR ini mengsyorkan agar kedua-dua saksi utama itu didakwa di bawah Seksyen 23 (1)(2)(3) Akta SPRM 2009 kerana Salah Guna Kuasa dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(a)(b) yang membawa hukuman 20 tahun penjara; dan didenda 5 kali jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau silap itu jika butir matan yang palsu atau silap itu dapat dinilaikan atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Baki saksi-saksi yang lain seperti Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berkemungkinan Lim Kit Siang, sekiranya didapati bersalah kerana berbohong, disarankan agar SSDR ini mengsyorkan agar mereka didakwa Seksyen 415 (b) Kanun Keseksaan Kesalahan Berbohong dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Dalam mengsyorkan langkah-langkah bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang seperti dibidang kuasa kelima, adalah disarankan agar SSDR mengsyorkan kepada parlimen agar kuasa eksekutif (kabinet) diasingkan daripada  peranan yang dimainkan oleh Bank Negara Malaysia. Dalam hal ini Perdana Menteri melalui Menteri Kewangan hanya merupakan sebagai pengubal dan pemantau dasar ekonomi dan sistem kewangan negara, manakala Gabenor BNM bebas untuk memainkan peranannya dalam melaksanakan dasar-dasar tersebut tanpa campur daripada pihak eksekutif
Apa yang digambarkan tentang skandal ini mempunyai elemen penyalah guna kuasa melalui campur tangan pihak berkuasa eksekutif terhadap BNM yang mengakibatkan kerugian berbilion wang rakyat.
Oleh itu untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang disarankan agar pihak SSDR mengsyorkan agar kuasa eksekutif (kabinet) diasingkan daripada peranan yang dimainkan oleh Gabenor BNM untuk menggelakkan daripada campur tangan pihak eksekutif.
Berbalik kepada prosiding siasatan, sebelum itu panel SSDR harus menentukan agar peguam-peguam pemerhati daripada pembangkang seperti Mohamed Haniff Khatri Abdullah mewakili Mahathir dan Sivarasa Rasiah mewakili Anwar Ibrahim tidak dengan sewenang-wenang mempuyai kebebasan untuk menggangu prosiding SSDR ini. Kehadiran mereka pada permulaan prosiding dilihat cuba untuk menggangu perlaksanaan siasatan dengan mempertikaikan pengerusi dan salah seorang ahli panel suruhanjaya ini dan ini dilihat cuba untuk menggangu serta melewatkan siasatan. Mereka dilihat bukan sebagai seorang peguam pemerhati, tetapi dilihat sebagai penyokong politik kepada Mahathir dan Anwar Ibrahim.
Jika mereka ikhlas untuk mendapatkan keadilan sebenar dalam prosiding SSDR ini mereka tidak akan memilih peguam pemerhati dari kalangan penyokong mereka (pembangkang) dan sepatutnya mereka memilih peguam yang bebas. Ini jelas menunjukkan apa yang mereka mahukan ialah ketidak adilan dan bukanya keadilan untuk menyelamatkan pemimpin parti mereka yang dalam keadaan terdesak. Peguam bukan tuhan untuk menentukan nasib sesaorang yang disyaki melakukan jenayah. Oleh itu, “Berani kerana benar, takut kerana bersalah”. Sebab itulah mereka memilih peguam pemerhati daripada kalangan penyokong mereka dengan harapan mereka boleh terlepas daripada sebarang tuduhan jenayah.
Peguam-peguam penyokong pembangkang tidak tahu membezakan antara SSDR dan Mahkamah hingga terdesak untuk melambat-lambatkan prosiding dengan mepertikaikan perkara yang remeh. Peranan SSDR ialah untuk menyiasat, mengenal pasti dan mendedahkan butir-butir siasatan berasaskan undang-undang dan ia tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa pesalah yang telah dikenal pasti seperti mahkamah.
Tetapi mahkamah yang mempunyai hakim dan pendakwa raya mempunyai kuasa untuk mendakwa serta menghukum individu yang dikenal pasti terlibat dalam salah laku berasaskan pendedahan laporan SSDR. Sekiranya mereka ingin mempertahankan pemimpin mereka,tunggulah sahaja di mahkamah nanti, belalah mereka habis-habisan seandainya mereka anggap diri mereka hebat, bukannya menggangu dalam peringkat penyiasatan yang yang hanya mempunyai tempoh yang pendek iaitu tempoh 3 bulan untuk disiapkan sebelum diserahkan kepada D.Y.M.M Agong.
Akhir sekali apa sahaja hasil siasatan perlulah dihormati oleh semua pihak. Dan apa jua tindakan yang bakal diambil hasil pendedahan suruhanjaya itu juga perlu diterima semua pihak. Tiada siapa yang didapati bersalah sehingga yang menyebabkan kerugian yang sebegitu besar dapat dikenal pasti oleh suruhanjaya.

No comments:

Post a Comment