Biarpun Pakatan Harapan menampilkan Tun Mahathir Mohamad dalam kepimpinan utamanya, namun mereka tidak dapat menyembuyikan hakikat sebenar bahawa DAP tetap merupakan parti paling berkuasa di dalam pakatan tersebut.
Ini memandangkan kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir terhadap UMNO dan kerajaan hari ini amat mirip seperti apa yang dikatakan oleh kepimpinan DAP selama ini, termasuklah terhadap Tun Mahathir sendiri ketika beliau menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri sebelum ini.
Biarpun pakatan harapan cuba menonjolkan Tun Mahathir sebagai pemimpin utama pembangkang menggantikan Anwar Ibrahim, namun mereka tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa DAP merupakan parti yang paling berkuasa di dalam Pakatan Harapan dan pemimpin Melayu hanya merupakan boneka atau penumpang untuk memenuhi agenda peribadi dan bukan agenda untuk bangsa Melayu.
Sebab itulah, kita lihat hari ini, kenyataan pihak pembangkang termasuk Tun Mahathir sendiri terhadap UMNO dan kerajaan adalah berbaur DAP. Apa yang DAP kata terhadap UMNO dan kerajaan sebelum ini, itulah yang diungkapkan kembali oleh Tun Mahathir untuk menyerang UMNO dan kerajaan.
Sebab itulah kita harus yakin, bahawa DAP sekadar menggunakan pengaruh Tun Mahathir untuk mendapatkan sokongan rakyat, terutamanya pengundi Melayu, sepertimana mereka pernah mempergunakan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sebelum ini sebagai alat untuk meraih pengundi Melayu.
Gambaran palsu barisan kepimpinan Pakatan
untuk menarik pengundi Melayu
|
Seterusnya, penguasaan DAP terhadap pakatan harapan bukanlah satu propaganda UMNO sepertimana didakwa oleh sesetengah pihak, tetapi ianya adalah berdasarkan realiti dan fakta. Memandangkan politik merupakan satu permainan yang berasaskan angka. Parti yang mempunyai jumlah angka kerusi terbanyak akan berkuasa. Oleh itu dalam Pakatan Harapan, DAP mempunyai kerusi terbanyak berbanding PKR, PAN dan PPBM. Maka adalah fakta mengatakan DAP ialah parti yang berkuasa dalam Pakatan Harapan dan bukannya kepalsuan seperti yang cuba digambarkan oleh Tun Mahathir dalam pengumumannya tentang barisan kepimpinan Pakatan Harapan tempoh hari.
Sebenarnya, sejak dari Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan, DAP sememangnya mahu menjadi parti yang mempunyai kuasa dominan di dalam pakatan pembangkang. Sikap DAP itulah yang menyebabkan pakatan pembangkang berpecah sebanyak dua kali termasuklah apabila PAS bertindak keluar dari pakatan tersebut.
DAP mahu pakatan pembangkang membawa idelogi politik pemikiran mereka seperti isu sama rata dengan slogan Malaysian Malaysia, dan kita dapat lihat hari ini kenyataan kepimpinan pembangkang, termasuklah Tun Mahathir dilihat lebih menjurus kepada kehendak politik DAP.
Diyakini, parti-parti lain seperti PKR, PAN dan juga PPBM tahu akan hakikat ini, namun kerana terlalu taksub kepada kepentingan peribdi serta terdesak dengan dendam kesumat sesama sendiri, sehingga rela dijadikan hamba oleh pihak yang ingin memusnahkan bangsa sendiri. Jelas di sini mereka-mereka ini merupakan pemimpin-pemimpin Melayu yang berjiwa hamba yang sanggup dijadikan hamba oleh pihak lain untuk memusnahkan bangsa Melayu, iaitu bangsa mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment