Thursday 3 August 2017

MAHATHIR A/L ISKANDAR KUTTY PERTIKAI AKAUN ZAHID HAMIDI RM 230 JUTA, MACAM MANA PULA ISU KEKAYAAN KELUARGANYA DAN SKANDAL KERUGIAN/KECURIAN FOREX BNM MELEBIHI RM230 DAN BEBERAPA SKANDAL LAGI YANG MASIH BELUM TERJAWAB?

Mahathir A/L Iskandar Kutty dalam tulisan terbarunya sekali lagi melancarkan propaganda. Kali ini propaganda yang dilancarkan berbentuk persepsi. Beliau menulis dengan cara tidak menceritakan sepenuhnya dan membiarkan ianya tergantung atau terawang-awangan. Tujuannya mudah, supaya masyarakat tertanya-tanya dan seterusnya boleh mengundang persepsi yang buruk kepada
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 
Selepas itu dalam satu kenyataan beliau melalui rakaman video dia mengaku bahawa dakwaannya tidak disokong oleh sebarang bukti yang sahih. Hakikatnya kenyataan atau dakwaan yang tidak disokong oleh sebarang bukti yang sahih boleh dianggap sebagai fitnah sengaja diada-adakan untuk
berniat jahat.




 .
Mahathir mengaku tiada bukti Zahid punya RM230 juta dalam akaunnya.
Sebelum itu beliau berkata ;

“Berkenaan dengan Melayu mudah lupa, walaupun Zahid bukan keturunan Melayu, sudahkah Zahid lupa deklarasi harta yang dibuat olehnya kepada saya sebagai Perdana Menteri apabila ia dilantik Ketua Pemuda UMNO.
Apabila saya tanya dari mana ia perolehi 230 juta Ringgit yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas”.
Sekarang kita kata pula ;
I) Zahid Hamidi bukannya seorang lepasan SPM. Beliau orang yang terpelajar dan ada ilmu. Di zaman persekolahan lagi pun beliau telah belajar di sekolah-sekolah terpilih di Perak dan Selangor. Kemudian pada tahun 1975 beliau menyambung pelajaran di UM. Kemudian beliau menyambung pelajaran dalam bidang perbankan dan komunikasi perniagaan. Selepas itu beliau belajar pula dalam bidang komunikasi korporat. 
II) Sebelum menyertai politik beliau telah bekerja di beberapa bank termasuklah di bank OCBC dan memegang jawatan besar. Beliau juga pernah memegang jawatan tinggi di Scandinavian Motors. Beliau juga pernah bekerja sebagai Pengurus Pemasaran ASNB. Itu belum dikira lagi jika beliau ada perniagaan-perniagaan lain termasuklah jual beli saham atau hartanah. Maklumlah orang dalam bidang perbankan. Melihat kepada kerjaya-kerjayanya itu , sudah tentu Zahid Hamidi adalah orang yang berduit pada masa itu (80-90an)
III) Apabila dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno, Zahid telah membuat pengisytiharan harta kepada Perdana Menteri Mahathir Iskandar Kutty ketika itu dan dalam pengisytiharan itu telah dinyatakan secara telus jumlah wangnya yang ada di dalam akaunnya. Itu menunjukkan beliau berani bertindak secara telus. Bukan seperti Mahathir Iskandar Kutty yang menyembunyikan wang rakyat yang diperolehi secara salah laku semasa berkuasa selama 22 tahun kepada kroni-kroninya dan kaum keluarga beliau.
IV) Jika wang itu didapati secara tidak sah atau melalui jalan salah laku, adakah beliau berani mengistiharkannya kepada Perdana Menteri? Dan jika wang itu diperolehinya dengan cara yang salah, adakah beliau berani menyimpannya di dalam akaunnya sendiri ? Serupa dengan Mahathir Iskandar Kutty dia simpan pada akaun kroni proksi dia atau akaun keluarganya. Sedangkan seseorang yang mendapat wang dengan cara yang salah, hatta RM 300.00 sekalipun tidak berani dimasukkan ke dalam akaun sendiri. Jauh sama sekali untuk diistiharkan atau diberitahukan kepada ketuanya seperti Mahathir Iskandar Kutty
V) Mengenali Mahathir Iskandar Kutty sewaktu menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri, beliau dikenali seorang yang sangat tegas, garang dan suka mencari kesalahan mereka yang tidak disenangi. Jika Zahid ketika itu memberikan jawapan yang KURANG JELAS kepada beliau, adakah anda fikir beliau akan lepaskan Zahid dengan begitu sahaja ? Ohhh tidak….Kuasa Raja pun beliau boleh tarik, hakim pun beliau boleh pecat, apalah sangat setakat insan yang bernama Zahid Hamidi ? Jika wang itu didapati dengan cara yang tidak sah, sewaktu krisis politik atau gelombang reformasi 1998, bukan sahaja Anwar yang didakwa atas tuduhan meliwat, Sukma Darmawan dan Munawar Aness juga didakwa kerana memberi punggung mereka kepada Anwar. Zahid juga pasti akan didakwa atas tuduhan rasuah atau salah guna kuasa. Kerana pada waktu itu Zahid di antara mereka yang turut dimusuhi oleh Mahathir Iskandar Kutty hinggakan beliau ditahan di bawah ISA bersama Roslan Kassim dan beberapa orang lagi. Namun apa yang terjadi sebaliknya. Zahid terus melekat di hati Mahathir Iskandar Kutty itu dan terus dipilih sebagai calon BN pada PRU 1999 oleh mamak bendahara itu
VI) Jika Mahathir Iskandar Kutty seorang Perdana Menteri yang baik, jujur dan amanah, memandangkan ketika itu Zahid memberikan jawapan yang KURANG JELAS kepadanya dan sudah tentu dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, sepatutnya ketika itu juga beliau mengarahkan Badan Pencegah Rasuah menyiasat Zahid. Kenapa tidak lakukan? Adakah amalan, “I scratch your back you scratch my back” berlaku ketika itu? Adakah Mahathir Iskandar Kutty bersekongkol dengan rasuah dan penyelewengan? Kini setelah 21 tahun berlalu dan setelah tiada kuasa baru tiba-tiba dia hendak bersuara dan hendak berjuang melawan rasuah ke? Memang sudah terlambat. Banyak kasenya sedang dibongkar oleh rakyat terutama skandal kerugian/kecurian Forex Bank Negara Malaysia.
Teringat pula bagaimana Perdana Menteri pada 1997 bengang dengan Anwar Ibrahim. Apabila Anwar ketika itu yang memangku jawatan Perdana Menteri yang mana Perdana Menterinya sedang bercuti di luar negara, Anwar telah bertindak di Dewan Rakyat membentangkan  Pindaan Akta Pencegahan Rasuah. Dimana pindaan itu membolehkan BPR mendakwa mana-mana menteri walaupun mereka telah berhenti. Akta itu memberi kuasa kepada BPR bertindak dalam tempoh 10 tahun selepas menteri berhenti. Mungkin itulah yang membuatkan Mahathir Iskandar Kutty sangat takut kepada Anwar sehingga beliau kemana-mana pun bayang-bayang Anwar selalu menghantuinya. Akhirnya kini beliau memilih jalan pura-pura tunduk kononnya bersatu dengan Anwar. 
Akhir kata selain Mahathir Iskandar Kutty mempertikaikan wang RM230 juta itu, dia harus juga menjelaskan kepada rakyat tentang beberapa isu-isu seperti berikut…………
Selain daripada mempertikaikan akaun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, Mahathir Iskandar Kutty harus juga menjawab tentang kekayaan keluarganya yang bernilai lebih daripada RM 230 juta yang dipertikaikan oleh Exco ARMADA (Pemuda part PPBM) partinya sendiri. Bukan itu sahaja, beliau harus menjelaskan kepada rakyat tentang beberapa skandal yang dikaitkan dengan dirinya seperti kerugian Bumiputra Malaysian Finanace (BMF) RM10 bilion (tahun 1983), kerugian skandal Maminco-Makuwasa RM 1.6 bilion (tahun 1985-1986), kerugian skandal Forex Bank Negara Malaysia AS$10 bilion (tahun 1988-1994) dan kerugian skandal Perwaja Steel RM10 bilion (tahun 2002) sebelum menamatkan perkhidmatan sebagai Perdana Menteri.


No comments:

Post a Comment