Thursday, 10 August 2017

MELAYU SKRU MELAYU : TUN MAHATHIR KINI JADI PELAKSANA AGENDA DAP.

Kenyataan penasihat Dap, Lim Kit Siang bahawa Tun Mahathir mampu untuk menarik sokongan orang Melayu bagai mengesahkan bahawa sememangnya menjadi strategi DAP menggunakan orang Melayu untuk memecah belahkan kekuatan dan kesatuan politik di kalangan bangsa Melayu.
Ini juga sekaligus membuktikan membenarkan kata-kata Hew Kuan Yau dalam ceramahnya yang  viral di media sosial, di mana DAP sememangnya mempunyai perancangan untuk menggunakan orang Melayu untuk menjatuh dan memecah belahkan bangsanya sendiri.
Jadi hari ini, tidak syak lagi bahawa Tun Mahathirlah yang dipergunakan oleh mereka dan  dijadikan kambing hitam dalam usaha untuk memecah belahkan kekuatan bangsa Melayu  dalam gelanggang politik negara demi kepentingan politik mereka.
Sepertimana kenyataan Lim Kit Siang baru-baru ini, maka jelaslah bahawa peranan Tun Mahathir dalam pembangkang adalah untuk menembusi kubu kuat UMNO  mengalihkan sokongan bangsa Melayu terhadap UMNO kepada pembangkang, sekaligus secara tidak langsung ia dapat melemahkan kuasa politik Melayu itu sendiri, kepimpinan DAP tahu bahawa amat sukar bagi parti tersebut mengikis pandangan orang Melayu terhadap parti tersebut yang dianggap sebagai rasis dan cauvinis, maka sebab itulah mereka terpaksa menggunakan strategi ‘Melayu Skru Melayu’ bagi mencapai matlamat dan tujuan mereka itu.
Dap hari ini jelas mempergunakan orang Melayu untuk mempengaruhi bangsanya sendiri. Mereka menampilkan anak-anak muda Melayu seperti Dyana Sofea dan beberapa lagi anak muda Melayu untuk memperlihatkan bahawa DAP sebuah parti terbuka untuk berbilang bangsa dan bukannya rasis dan cauvinis.
Melayu di tengah itu merupakan alat pelaksana agenda DAP
Anak-anak muda Melayu itu hanyalah sekadar umpan untuk menarik sokongan orang Melayu namun hakikatnya apabila mereka memperolehi kuasa, pemimpin-pemimpin Melayu tidak akan diberikan jawatan dan kuasa, dan semuanya akan didominasikan oleh satu kaum sepertimana yang berlaku di dalam parti DAP sendiri.
Bangsa Melayu hari ini juga diminta agar tidak boleh terpengaruh dengan sentimen taksub terhadap pemimpin biarpun pemimpin itu secara terang-terang bersekongkol dengan parti-parti yang mengamalkan sikap rasis dan cauvinis seperti DAP, sehingga sanggup mengadaikan kepentingan bangsanya sendiri.
Kita mesti rasional dan jangan mengikut perasaan hanya kerana sentimen kita terhadap seseorang pemimpin itu.
Biarpun pemimpin itu, contohnya seperti Tun Mahathir yang pernah menjadi presiden UMNO selama 22 tahun, namun apabila beliau sudah mula bersekongkol dengan DAP, malah bersetuju pula dengan dasar-dasar DAP yang dahulu beliau sendiri mengatakan mereka sebagai rasis dan cauvinis, maka kita perlu berfikir banyak kali untuk menyokong pemimpin seperti itu yang hanya mementingkan agenda pribadi dan bukannya agenda bangsa sendiri iaitu bangsa Melayu.
Tun Mahathir hari ini seumpama hulu kapak. Bak kata pepatah kayu juga yang menumbangkan kayu. Kalau hanya bilah kapak, mustahil untuk menumbangkan sebatang pokok tanpa hulunya yang diperbuat daripada kayu.
Tetapi kalau bilah kapak itu dilengkapi hulunya yang diperbuat daripada kayu, maka pokok boleh ditumbangkan. Begitulah Tun Mahathir hari ini yang mahu menumbangkan UMNO yang selama ini menjadi payung kepada orang Melayu di bumi Malaysia ini.
Justeru, rakyat diingatkan, khususnya bangsa Melayu agar tidak membuat keputusan memilih kerajaan berdasarkan nafsu amarah dan syak wasangka semata-mata.
Jangan hanya kerana seorang dua pemimpin yang mungkin kita suka, kita sanggup menggadaikan segala apa yang telah diperjuangkan oleh nenek moyang kita secara turun temurun melalui parti keramat bangsa Melayu iaitu UMNO.
Bak pepatah Melayu, jangan kerana seekor nyamuk kelambu kita bakar dan janganlah sampai kita sudah terantuk, baru kita nak terngadah. Ibarat lebai malang, menang sorak tetapi kampung tergadai. Sekiranya ini berlaku, bangsa Melayu akan merempat di tanah air sendiri. Melayu di Pulau Pinang boleh membuktikannya sekarang.

No comments:

Post a Comment