Mahzir Melayu berjiwa hamba pemakan dedak DAP Johor |
Secara tiba-tiba seorang Melayu yang berjiwa hamba menulis panjang lebar tentang politik dunia Amerika dan akhirnya cuba dialihkan dengan pentadbiran Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Bagaikan seorang pakar ekonomi ulung, maka bermadahlah Melayu itu yang bernama Mahzir bahawa Menteri Besar Johor sebagai seorang pemimpin yang gagal dalam menjalankan tugasnya sebagai ketua kerajaan negeri.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Menteri Besar
yang bekerja keras dan kuat bekerja.
|
Saya ucapkan terima kasih kerana Mahzir secara tak langsung mengakui bahawa Khaled sememangnya pada pengamatan beliau, adalah seorang pemimpin yang bekerja keras dan kuat bekerja.
Sudah sememangnya pencacai DAP suka mendendangkan lagu-lagu lapuk dan lauk basi sebagai hidangan.
Itulah masalahnya bila hati telah hitam dan bernanah kerana dendam serta terlalu banyak makan dedak haram dari sumber yang telah teramat sah akan haramnya (duit dari Israel sebanyak RM1.5 bilion) maka inilah akibatnya.
Hilang pedoman untuk mencari kebenaran.
Saya orang Melayu, Bangsa Johor berasa cukup muak dengan isu 1MDB yang dilaung-laungkan oleh Tokong sembahan Mahzir serta kuncu-kuncunya. Begitu juga dengan rakyat Malaysia.
Mohon tanya sendiri dengan YB Dap Kepong, Dr Tan Seng Giaw dari parti saudara sendiri. Saya rasa Mahzir tak pandai membaca tulisan bahasa kebangsaan (seperti pujaan-pujaan Mahzir) maka dia gagal memahami isu sebenar. Sekali lagi ingin dimaklumkan kepada anda sebagai hamba abdi Lim Kit Siang bisu, buta dan pekak, bahawa isu 1 MDB adalah isu ciptaan Mahathir Iskandar a/l Kutty hindu dari Kerala India, yang berhati hitam serta bernanah untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana gagal menurut kehendak orang tua itu, mantan diktator negara kita selama 22 tahun.
Kami nak bekerja dan berbuat bakti kepada rakyat. Kami tiada masa nak melayan fitnah serba adu domba manusia dan tuan kepada Mahzir yang berjiwa hamba.Sekiranya Mahzir tahu sangat tentang 1 MDB sila jelaskan kepada rakyat faktanya daripada A ke Z (bukannya auta) serta bukti kesahihannya bukan cakap-cakap sahaja untuk membohongi rakyat.
Cukup saya nyatakan di sini bahawa isu 1MDB sudah selesai, walaupun sememangnya ada beberapa masalah pada peringkat awal penubuhan serta perjalanan dan pengurusan 1MDB.
Kepada kami Bangsa Johor, kesediaan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri untuk turun ke setiap negeri dan menerangkan kepada kami semua adalah suatu yang cukup membanggakan. Itulah pemimpin kami.
Tak cukup dengan itu, majlis penerangan telah dibuat oleh Arul Kanda selaku CEO 1MDB sudah mencukupi. Terbaru Timbalan Presiden Pas serta ahli majlis tertinggi Pas pusat pun dimaklumkan amat berpuas hati dengan penerangan yang telah dilakukan oleh Arul Kanda.
Kesimpulannya, isu 1MDB, derma RM2.6 bilion yang dimomokkan serta didendangkan oleh dewa-dewa Mahzir serta juak-juak dan macai-macainya telah terjawab dengan penuh fakta!
Hakikatnya, mungkin mereka boleh terima segala penjelasan yang telah diberi terhadap 1 MDB, tetapi masaalahnya mereka tidak boleh melepaskan isu tersebut begitu sahaja kerana sudah dirancang untuk dijadikan senjata utama dalam PRU ke 14 nanti walaupun isu itu sudah basi ketika itu. Itulah sahaja isu tunggal yang mereka ada berbanding BN yang mempunyai banyak isu yang menjejaskan rakyat terutama isu di negeri pakatan pembangkang seperti Selangor dan Pulau Pinang.
Setelah isu 1 MDB menjadi basi mereka cuba menukar kepada isu pembelian kapal selam Scorpine untuk TLDM. Malangnya isu ini memakan diri sendiri kerana ia tidak melibatkan Najib. Pembelian ini melibatkan Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri, Daim Zainuddin selaku Menteri Kewangan dan anak Mahathir, Mokhzani Mahathir.
Cuma ironinya pada penerima dan pemakan dedak pembangkang seperti Mahzir. Saya ingin bertanya. Apa cerita derma RM1.5 bilion yang diterima oleh idola Mahzir?
Kenapa Mahzir tidak berbunyi soal itu? Takut dipecat? Takut tidak lagi jadi Pengarah pembodekan DAP Johor?
Seterusnya isu pembaziran yang terang lagi bersuluh iaitu penyalahgunaan wang dan dana rakyat sebanyak RM6.34 bilion untuk terowong yang langsung tidak wujud!
Menurut Ketua Kommunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng telah menjual tanah aset kerajaan bernilai RM 37 bilion sejak mengambil alih daripada kerajaan BN pada 2008. Jumlah ini adalah lebih besar daripada apa yang mereka dakwa kerugian dalam isu 1 MDB.
Adakah kamu tidak membaca, wahai Mahzir Melayu hamba Lim Kit Siang? Mana mungkin sesebuah kajian itu menghabiskan duit rakyat sebanyak RM 305 juta?
Jika dijalankan oleh USM atau mana-mana universiti di Malaysia ini pun tidak akan sampai sebanyak itu harganya untuk kajian terowong.
Tahukah Mahzir berapa banyaknya RM305 juta? Apa yang boleh dilakukan sebanyak itu? Boleh bayar hutang PTPTN anak-anak Melayu Pulau Pinang, tahu tak?
Itulah makan dedak pembangkang lagi. Inilah jadinya! Ini bagi saya teramat jelas dan saya tidak hairanlah pdola Mahzir iaitu Lim Kit Siang sudah lari menyelamatkan diri dari Gelang Patah dan bersembunyi di dalam terowong yang tidak akan kelihatan oleh sesiapa pun di Pulau Pinang.
Adakah kamu baca akhbar United Kingdom (ya Mahzir, bukan Ulu Kelang), menjatuhkan hukuman terhadap idola Mahzir sendiri iaitu Clare Rewcastle Brown dari Sarawak Report kerana mendakwa Datuk Seri Najib dan mahkamah serta perundangan Malaysia “corrupt”.
Adakah Mahzir dan dewaan peliharanya akan berkata mahkamah di UK itu pro-Najib? Adakah mereka akan berkata hakim-hakim di mahkamah UK turut makan dedak BN?
Saya sebenarnya teramat kesian dengan manusia yang bernama Mahzir ini. Akibat terlalu banyak makan dedak pembangkang maka otak beliau sudah terjangkit virus sehinggakan dia gagal melihat sendiri apa sebenarnya yang sedang berlaku.
Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang gagal. Gagal dari segala sudut. Pelaburan merudum. Isu-isu tempatan seperti banjir, perumahan, pendidikan, ekonomi, pengurusan kewangan dan banyak lagi telah menunjukan kerajaan Dap sejak memerintah Pulau Pinang berada di dalam keadaan yang tenat. Ini bukan cerita rekaan semata-mata.
Contohnya, hendak menginap di hotel pun dikenakan cukai katil. Sebabnya? Mahzir sepatutnya boleh jawab. Air pula sudah hampir melebihi 200% kenaikkan cajnya. Sebabnya? Nak didik rakyat Pulau Pinang cara berjimat! Wahai Lim, bukankah di rumah kamu ada kolam renang?
Terkini, rakyat Malaysia amnya dan Pulau Pinang khasnya tertipu apabila anugerah antarabangsa warisan dunia di Pulau Pinang turut dibeli oleh Lim!
Itu belum dibongkarkan lagi segala penyelewengan wang dan hasil kutipan kerajaan negeri seperti wang kutipan hasil MPSP sebanyak RM61.19 juta?
Saya rasa orang Cina pun malu untuk mengaku bangsa kerana Lim sudah banyak menipu. Shame on you Lim dan malu yang teramat pada Mahzir sebab ditipu buat-bulat dan hidup-hidup hanyasanya ingin memporak perandakan talian silaturahim bangsa Melayu.
Kepada rakyat bangsa Johorku, jadikanlah manusia yang bernama Mahzir ini sebagai ingatan dan tauladan betapa hinanya bangsa Melayu apabila diberi dedak oleh pembangkang.
Yang paling saya hairan lagi berasa ajaib adalah, juak-juak Dap termasuk Mahzir dengan pemakan-pemakan dedak dari PKR, PAN dan terkini Abg Midin boleh percaya dengan janji Dap bahawa Johor akan tumbang pada pilihanraya akan datang.
Mahzir, saya nak bagi sikit analogi. Kalau Dap itu kuat, kenapa jeneralnya lari berpindah ke Pulau Pinang? Jawapannya sebab dewa Lim, pujaan Mahzir dah tahu bahawa rakyat Johor khasnya masyarakat Gelang Patah dah tertipu olehnya.
Lim Kit Siang tak ada pun membantu dan menjalankan amanah serta tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Gelang Patah. Di Parlimen pun asyik bawa cerita 1MDB dan tiada satu pun pembangunan yang dewa Lim buat selaku wakil rakyat Gelang Patah.
Sehabis baikpun, bagi kurma pada bulan Ramadan. Sambutan Tahun Baru Cina pun Lim tidak sambut dengan rakyat Gelang Patah. Tidak seperti kami dari UMNO/BN.
No comments:
Post a Comment