Friday 11 August 2017

ISUE 1 MDB : PEMBANGKANG TIDAK RETI BAHASA DI PARLIMEN.

Pandikar Amin telah memberi respon kepada Ahli Parlimen pembangkang yang mengatakan bahawa Speaker Dewan Rakyat tidak berlaku adil dengan tidak membenarkan soalan atas 1 MDB dibangkitkan di parlimen.

(Berita Daily) – Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia menjelaskan bahawa penutup kepada siasatan parlimen yang di laksanakan oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam atau PAC terhadap 1 MDB tahun lepas bermakna tamatlah isu tersebut untuk Parlimen.
“PAC telah melaksanakan siasatan yang terperinci sebaik sahaja perkara 1 MDB timbul.
Ahli pembangkang juga ada dalam PAC. They did the investigation and called all relevant witnesses so that is complete.
Sejauh perhatian parlimen, perhatian saya, 1MDB telah pun disiasat,” kata beliau, sebelum menayangkan klip video Penolong Pengerusi PAC Tan Seng Giaw menyatakan demikian.
“Tan menyatakan di sini bahawa penyiasatan PAC telah selesai dan ‘tiada sebarang bukti yang boleh mengaitkan PM kepada 1MDB’, oleh itu jangan hebahkan laporan yang separuh benar”,beliau memberitahu wartawan.
Pandikar memberi respon kepada Ahli Parlimen pembangkang yang mengatakan bahawa Speaker tidak berlaku adil dengan tidak membenarkan soalan atas 1MDB dibangkitkan di parlimen.
Sejauh saya faham, semua hanyalah politiking, itu sahaja”, beliau kata.
Beliau kata soalan penting terhadap 1MDB telah terjawab dalam penyiasatan PAC dan soalan yang telah ditolak di parlimen hanyalah soalan yang tidak mematuhi Perintah Tetap atau bersifat sub judis.
Sebab mengapa saya sidang media hari ini pertama untuk menjelaskan tentang soalan yang telah ditolak. Saya tidak sengaja menolak soalan dengan tidak ada sebarang sebab.
Berita ini telah menjadi viral di atas talian. Perkara ini telah menggangu saya; saya tidak sepatutnya menjawab tentang peraturan yang dibuat di parlimen. Sama juga seperti hakim di mahkamah.
Terdapat peraturan di parlimen dan Perintah Tetap ialah satu yang kita harus patuhi”, kata beliau.
Pandikar berkata bahawa sementara itu adalah benar bahawa parlimen adalah tempat di mana semua isu kerajaan dibincangkan, tetapi ia bukan ‘pasar’ tanpa sebarang peraturan.
“Parliamen bukan pasar menjual sayur, ayam dan ikan. Apabila kita sebut parlimen ia merupakan tempat yang baik untuk bercakap tentang semua perkara yang berkaitan dengan kerajaan, ya memang benar, tetapi ia harus mengikut Perintah Tetap”, kata beliau.
Beliau berkata bahawa dalam sesi parlimen semasa bermula seperti biasa di mana 10 hari sebelum bersidang Ahli Parlimen perlu menghantar soalan mereka dan daripada beribu soalan, sebahagiannya ditapis kerana tidak mematuhi Perintah Tetap.
Bukan semua soalan mereka boleh dijawab. Sebelum sesuatu soalan boleh diterima, ia harus mematuhi Perintah Tetap”, beliau berkata.
Untuk menekan lagi maksudnya, Pandikar memetik perintah 23C daripada Perintah Tetap di mana menyatakan bahawa soalan harus tidak mengandungi sebarang “unsul pertengkaran, menyimpulkan pendapat, menuduh, memberi gelaran, mengelirukan, cemuhan atau pengungkapan offensif mahupun soalan yang remeh atau tidak serious atau soalan memohon maklumat perkara yang tidak penting.
Terdapat senarainya, di mana saya tidak sediakan. Setiap soalan harus mematuhi Perintah Tetap”, beliau berkata.
Seterusnya beliau berkata bahawa sebahagian soalan telah ditolak disebabkan sifat sub judis seperti 1MDB yang sedang disiasat oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.
Penyiasatan DOJ melibatkan rakyat Malaysia oleh itu sebahagian daripadanya tidak boleh dibincangkan diparlimen sebab sub judis. Ini apabila perkara sedang dibicarakan di mahkamah.
Saya terpaksa memikirkan sekiranya jawapanya akan memberi kesan kepada keputusan perbicaraan. Apabila saya menyebut sub judis mereka tertawakan saya sebab perbicaraan ialah jauh di Amerika Syarikat, tetapi Perintah Tetap [36(2)] tidak menetapkan mahkamah mana.
“Ia tidak menyebut mahkamah Malaysia dalam 36(2). Dengan kelajuan teknologi sekarang, saya terpaksa membuat keputusan berdasar pertimbang saya sendiri.
Orang ketawa, ahli pembangkang bertanya macam mana apa yang dikatakan di sini mempunyai kaitan dengan negara asing, tetapi dengan teknologi hari ini maklumat boleh bergerak dengan begitu pantas”, beliau berkata.

No comments:

Post a Comment