Sunday, 13 August 2017

TANYA PAKATAN HARAPAN - SIAPA YANG BANKRAP?

Di banyak negara terutama Barat, pemimpin politik yang berulang berbohong dan mentomah, dengan sendirinya dicela dan ditolak masyarakat kerana dianggap bahlul atau dungu. Masakan mereka sanggup diperintah oleh seorang pemimpin yang bahlul atau dungu. Bukan di Malaysia berbohong dan mentomah merupakan budaya pembangkang ketika ini dan masih boleh diterima masyarakat.

Di sebalik gerakan sabotaj ekonomi dan tomahan oleh pemimpin Pakatan Harapan, makin banyak kisah kejayaan buat negara. Majlis pecah tanah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), adalah satu lagi projek mega dengan kos RM55 bilion yang akan jadi pemangkin pertumbuhan ekonomi khususnya di Pantai Timur.

Projek sejauh 688 kilometer (dari Pelabuhan Kelang ke Pengkalan Kubor) dan akan memendekkan masa perjalanan kepada empat jam dari Gombak ke Kota Bharu, dijadualkan siap pada 2024.

ECRL seperti juga projek MRT di ibu negara, disifatkan projek pengangkutan awam berkelas dunia, yang akan menjadi pemangkin pertunbuhan ekonomi negara.

Jika diimbas sejak tiga tahun lalu, beberapa pemimpin utama Pakatan Harapan menggambarkan Malaysia begitu buruk seolah-olah negara ini tidak layak didiami manusia selain ekonominya bakal bankrap. Pembongan dan persepsi liar dimainkan secara agresif sambil mengundang campur tangan asing. Namun hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun, ternyata Malaysia tidak bankrap.

Yang sebenarnya yang bankrap adalah Pakatan Harapan itu sendiri dari segi jenama dan tidak mempunyai idea. Pernahkah pemimpin yang melemparkan tomahan tersebut menarik balik kenyataannya jika ternyata ia meleset dan tidak berasas, yang setahu kami tidak pernah. Pemimpin sedemikian sepatutnya sekarang menyembunyikan mukanya dalam mangkuk tandas untuk membersikan mulutnya yang diselaputi najis.

Jika di banyak negara terutama Barat, pemimpin politik yang berulang berbohong dan mentomah, dengan sendirinya dicela dan ditolak masyarakat kerana dianggap bahlul atau dungu. Di negara maju pemikiran rakyatnya sudah maju dan amat sensitif serta kritikal terhadap pembohongan dan tomahan, oleh itu masakan mereka sanggup diperintah oleh seorang pemimpin yang suka berbohong. Di Malaysia berbohong dan mentomah merupakan budaya pembangkang ketika ini dan masih lagi boleh diterima masyarakat.

No comments:

Post a Comment