Dr. Mahathir yang dahulu pernah menjadi mangsa politik kebencian mainan parti-parti pembangkang, kini sudah menggunakan pendekatan yang sama kerana terlalu marah kepada kerajaan BN atas kepentingan peribadi beliau yang tidak dapat dipenuhi bukannya kepentingan rakyat. Beliau menggunakan rakyat minoriti yang tidak tahu apa-apa untuk menyebarkan politik kebenciannya.
Tidak salah untuk mengkritik, tidak salah untuk menegur tetapi hendaklah secara berhemah, professional dan beradab. Mungkin itulah ayat yang sesuai bagi memberi peringatan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan diketuai DAP yang dari semasa ke semasa terus ‘menggila’ membangkitkan isu yang semata-mata bertujuan menyemai benih kebencian dalam kalangan rakyat kepada kerajaan.
Kami tidak mengatakan semua isu yang dibangkitkan oleh pakatan pembangkang tidak betul atau boleh dibiarkan tetapi mereka sepatutnya bersikap profesional dan sekali sekala belajar untuk mencermin diri.
Sebenarnya kita sudah bosan dengan retorik Pakatan Harapan, mereka beria-ria melaungkan slogan mahu selamatkan Malaysia tetapi hakikatnya tindak tanduk mereka sendiri boleh menghancur masa depan negara.
Mereka mahu selamatkan negara tetapi mereka undang
campur tangan asing untuk runtuhkan negara.
|
Kita memahami mereka sudah semakin kemaruk kuasa dan semakin terdesak dalam usaha untuk memastikan Barisan Nasional (BN) yang UMNO menjadi tonggaknya ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.
Mereka sudah tidak peduli apa-apa lagi. Misi menumbangkan BN mesti tercapai dalam apa keadaan sekalipun. Akibat keghairahan itu, pempin-prmimpin Pakatan Harapan bagaikan ‘tenggelam punca’.Justeru, mereka menjadikan tomahan dan fitnah sebagai alat untuk menyerang kerajaan.
Mereka mendakwa mahu menyelamatkan negara tetapi pada masa yang sama mereka lakukan tindakan yang boleh meruntuhkan negara. Mereka mendakwa mahu memerangi rasuah dan mendesak mana-mana pemimpin kerajaan yang didakwa atau disiasat bercuti, tetapi pemimpin mereka sendiri tidak berbuat demikian.
Mereka tuduh kerajaan mahu jual negara tetapi mereka
upah media upahan asing untuk fitnah kerajaan.
|
Mereka menentang pelbagai projek kerajaan yang melibatkan pelabur asing dengan menuduh kerajaan mahu menjual negara, tetapi mereka sendri sanggup bersekongkol dengan media-media asing untuk melemparkan fitnah kepada kerajaan.
Mereka menuduh Kerajaan Pusat tidak pandai mentadbir dan menguruskan negara, tetapi negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka berhadapan dengan pelbagai kemelut dan masalah.
Pemimpin-pemimpin mereka menuduh pemimpin-pemimpin kerajaan hipokrit, tetapi mereka sendiri bersandiwara apabila musuh ketat boleh menjadi kawan semata-mata mahu merebut kuasa politik.
Mereka tuduh kerajaan hipokrit tetapi mereka sendiri
bersandiwara apabila musuh ketat jadi kawan kerana
kuasa.
|
Berdasarkan apa yang disenaraikan adalah jelas, Pakatan Harapan hakikatnya bagaikan sekumpulan ‘ketam yang mahu mengajar anak berjalan lurus’. Isu-isu yang mereka bangkitkan bukanlah untuk demi kepentingan rakyat tetapi sebaliknya mahu memperdaya rakyat supaya menyokong mereka dalam PRU akan datang. Sebab itulah mereka sanggup mengamalkan politik kebencian. Mereka mahu rakyat membenci kerajaan dan apabila usaha itu berjaya maka tercapai agenda politik mereka untuk menawan Putrajaya.
Pakatan Harapan memanipulasi sesuatu isu habis-habisan. Sama ada isu yang mereka bangkitkan itu betul atau tidak, benar atau palsu, ia soal kedua, apa yang penting pemikiran rakyat perlu diracuni supaya membenci kerajaan.
Setakat ini tidak ada satupun usaha kerajaan mendapat pujian Pakatan Harapan apatah lagi sejak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup ‘jadi hamba’ DAP semata-mata mahu menjatuhkan Perdana Menteri seorang Melayu. Beliau terpaksa mematuhi strategi DAP menghancurkan Melayu, “Use Malay to screw Malay”.
Mereka tuduh kerajaan hipokrit tetapi mereka sendiri
bersandiwara apabila musuh ketat jadi kawan kerana
kuasa.
|
Dr. Mahathir yang dahulu pernah menjadi mangsa politik kebencian mainan parti-parti pembangkang, kini sudah menggunakan pendekatan yang sama kerana terlalu marah kepada kerajaan BN atas kepentingan peribadi beliau yang tidak dapat dipenuhi bukannya kepentingan rakyat. Beliau menggunakan rakyat minoriti yang tidak tahu apa-apa untuk menyebarkan politik kebenciannya.
Oleh itu kita tidak perlu terkejut jika Pakatan Harapan akan terus menggunakan politik kebencian sebagai ‘senjata’ bagi meraih sokongan. Ia memandangkan itu sahaja modal yang mereka ada selepas segala pembohongan dan fitnah mereka mampu ditangani oleh kerajaan BN yang memerintah dengan penuh kesabaran.
Mereka tuduh kerajaan tidak pandai mentadbir dan mengurus
negara tetapi negeri yang dia perintah berhadapan dengan
pelbagai masalah dan kemelut termasuk dirinya didakwa kerana
terlibat dengan rasuah.
|
Oleh itu sejak negara mencapai kemerdekaan 31 Ogos 1957 iaitu dalam tempoh 60, pembangkang tidak pernah diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara ini melainkan di peringkat negeri seperti di Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Trengganu, Kedah dan Perak. Kejayaan pembangkang memerintah negeri-negeri tersebut bukanlah kerana kecemerlangan mereka atau sumbangan mereka kepada rakyat negeri-negeri berkenaan tetapi kerana rakyat termakan kepada politik kebencian melalui pembohongan dan fitnah mereka. Trengganu, Kedah dan Perak tidak bertahan lebih lama sebab, mereka tidak lagi, serta gagal untuk mempengaruhi rakyat negeri berkenaan melalui propaganda pembohongan dan fitnahnya.
Berikutan itulah mereka sanggup melakukan apa sahaja pendekatan politik termasuk matlamat menghalalkan cara bagi memastikan impian mereka untuk menawan Putrajaya dalam PRU-14 nanti tercapai. Tetapi hakikatnya mereka juga lupa atau sengaja melupakan ‘di tubuh’ mereka sendiri terdapat ‘pelbagai penyakit’.
.Apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang sudah menjadi bukti, hakikatnya pemimpin-pemimpin pembangkang tidak sehebat mana atau bukanlah pentadbir yang cekap. Sebaliknya mereka hanyalah sekelompok ahli politik yang berjuang semata-mata untuk meraih kuasa tidak kira dengan apa cara seklipun.
Di Selangor dan Pulau Pinang sekarang, dalam pentadbiran kerajaan negeri mereka sudah tidak mengamalkan slogan retorik mereka C.A.T (Competency Accountability dan Transparency), tetapi sekarang apa yang mereka amalkan ialah Cheat, Arrogant dan Tokong.
Sebab itulah mereka menggunakan istilah ‘Pakatan’ dan memetik kata-kata Dr. Mahthir satu ketika dahulu: “Orang kita kalau ‘pakat-pakat’ ni nak buat jahat seperti merompak, membunuh, jadi pilihlah barisan.…lurus.”
No comments:
Post a Comment