Wednesday 2 August 2017

WANG FOREX YANG DICURI DIGUNAKAN UNTUK MEMBIAYAI PAKATAN HARAPAN.

Mahathir telah bersetuju untuk membiayai Pakatan Harapan RM3 bilion untuk pilihan raya akan datang untuk mereka bersetuju mendaftar gabungan mereka dan mewujudkan logo dan manifesto pilihan raya bersama. Tetapi difahamkan terdapat satu  perkara tentang RM3 bilion itu. Ia itu difahamkan RM3 bilion itu merupakan sebahagian daripada wang Forex yang dicuri dari Bank Negara Malaysia untuk Mahathir menutup mulut Kit Siang.

Untuk bulan sejak pelancaran PPBM atau Pribumi telah melobi untuk hanya berkerjasama dengan Pakatan Harapan yang dikenali sebagai Pribumi-Pakatan Harapan. Sekarang, akhirnya,Pakatan Harapan telah bersetuju untuk Pribumi menyertai gabungan pembangkang itu. Oleh itu sekarang tidak lagi dikenali sebagai  Pribumi-Pakatan Harapan tetapi sebagai Pakatan Harapan iaitu gabungan empat parti yang mengandungi : DAP, PKR, Pribumi dan PAN.

Walaubagaimana pun, Mahathir tidak mahu Pribumi sebagai ahli rasmi Pakatan Harapan melainkan gabungan tersebut didaftarkan mengikut undang-undang, dengan beliau sebagai Pengerusi, dan melainkan semua parti yang menjadi ahli bertanding dalam pilihan raya akan datang di bawah satu nama di bawah satu bendera dan satu logo. Mahathir mahu Pakatan Harapan seiras seperti Barisan Nasional(BN) di mana semua parti dalam gabungan bertanding dalam pilihan raya di bawah BN dan bukan parti-parti berasingan. Mahathir berasa inilah caranya gabungan pembangkang boleh menang melebihi 70 kerusi parliamen.

Pakatan Harapan telah bersetuju mendaftar gabungan berdasarkan undang-undang dan mewujudka logo dan manifesto pilihan raya bersama seperti mana yang Mahathir mahu.
Pada 20th March 2017, Pakatan Harapan mengumumkan bahawa mereka telah bersetuju mendaftar gabungan berdasarkan undang-undang dan mewujudkan logo dan manifesto pilihan raya bersama, seperti apa yang Mahathir mahu. Mahathir, sebagai balasan, bersetuju mengadakan wang RM3 bilion yang diperlukan pembangkang untuk membiayai pilihan raya akan datang.
Semasa isu RM2.6 bilion derma yang berpunca daripada Arab Saudi yang diterima oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak terbongkar, Mahathir berkata bahawa  RM2.6 bilion terlalu banyak. Mahathir mendedahkan bahawa semasa beliau menjadi Perdana Menteri beliau hanya perlu RM1.5 billion untuk membiayai pilihan raya (di mana semua orang sudah tahu dahulu lagi). 
Sekarang Mahathir terpakasa menelan balik perkataan yang beliau sebut sebelum in kepada Najib. RM1.5 billion sebenarnya tidak mencukupi dan beliau sendiri terpaksa mengadakan RM3 bilion untuk membiayai Pakatan Harapan. Dengan ringkas, Mahathir telah mengesahkan bahawa RM1.5 bilion tidak begitu banyak dan tidak mencukupi untuk membiayai pilihan raya memandangkan beliau sendiri terpaksa diperuntukkan dengan RM3 bilion untuk membiyai Pakatan Harapan dalam pilihan raya akan datang..
 Mahathir terpaksa menutup mulut Kit Siang dengan wang (itulah sikap semula jadi Mahathir sebagai perasuah tegar).
Tetapi Mahathir mempunyai lebih daripada satu sebab untuk bersetuju untuk membiayai Pakatan Harapan sehingga RM3 bilion. Pertama, sudah tentu, untuk mendapatkan Pakatan Harapan untuk bersetuju mendaftarkan gabungan pembangkang berdasarkan undang-undang dan mewujudkan logo dan manifesto pilihan raya bersama. Kedua untuk menentukan bahawa Kit Siang tidak bekerjasama dengan atau memberi keterangan di hadapan Suruhabjaya Siasatan Diraja (RCI) yang akan dibentuk untuk menyiasat kerugian Forex AS$10 bilion daripada 1988 ke 1994.
Kit Siang mempunyai banyak bukti berkaitan dengan skandal ini, dan sekiranya beliau memberi keterangan di hadapan RCI dan mempersembahkan bukti ini, Mahathir boleh diibaratkan orang yang sudah mati berjalan(a dead man walking). Dan  Kit Siang telah pun mendedahkan sebelum ini bahawa beliau mempunyai bukti dan sekiranya pembangkang memperolehi kuasa beliau akan menentukan bahawa Mahathir ditahan dan dipenjarakan seluruh hayatnya.
Dan ini paling menakutkan Mahathir. Beliau perlu menutup mulut Kit Siang dengan menyumbat mulutnya dengan wang. Dan Mahathir akan menggunakan sebahagian daripada wang yang dicuri dari Bank Negara di bawah samaran ‘Kerugian Forex’ untuk menyumbat mulut Kit Siang. Dan setelah mulut Kit Siang disumbat dengan wang yang dicuri beliau akan merupakan orang yang terakhir di bumi ini yang akan mengaitkan Mahathir dalam kecurian bilion daripada Bank Negara yang berkaitan dengan urusan Forex pada 1988-1994.
DAP berpura-pura perlu menjana wang untuk membiayai pilihan raya yang akan datang, wal hal mereka sudah ada RM3 bilion daripada Mahathir, tidak termasuk   RM1.5 bilion yang dahulu mereka terima daripada Israel.
Dengan ringkas, Mahathir beli Kit Siang untuk menutup mulutmya. Sebagai satu bonus, Mahathir dapat jadi Pengerusi sebuah gabungan yang didaftarkan mengikut undang-undang. Imej Pakatan Harapan akan kemudian bertukar daripada gabungan pimpinan-DAP kepada gabungan pimpinan-Pribumi dan ia boleh membuang identiti Ali Baba. Mahathir berharap ini akan kemudian menarik lebih ramai pengundi Melayu. Dan ini juga berkesan untuk Kit Siang sebab ketika itu DAP tidak perlu menggunakan  RM1.5 bilion yang diterima dari Israel di mana ia mempunyai risiko untuk membuktikan dakwaan dari mana DAP memperolehi sumber pembiyaan tersebut.
Tetapi Mahathir tidak sepenuhnya jelas setakat setakat ini. Sementara itu Pakatan Harapan mungkin telah bersetuju untuk mendaftar gabungan dan mewujudkan logo dan manifesto pilihan raya bersama, itu tidak bermakna DAP masih tidak boleh mengadakan manifesto pilihan raya sendiri (berasingan), seperti dahulu, (atau malah manifesto pilihan raya untuk setiap negeri) dan bertanding pilihan raya di bawah bendera DAP  — yang bermakna akan bertentangan daripada tujuan asal.
DAP masih membiarkan pintu terbuka dan ‘rocket’ masih belum dibuang setakat ini.  DAP tahu bahawa pengundi Cina dijamin mengundi ‘rocket’ tetapi tidak ada jaminan bahawa mereka mengundi simbol yang lain. Oleh itu DAP akan rugi banyak dengan membuang ‘rocket’ nya.
Pengundi Cina mengenali DAP dengan simbol ‘rocket dan selain daripada itu akan merugikan DAP banyak undi.
Kit Siang mahu Mahathir menyerahkan RM3 bilion dahulu sebelum DAP akan membuat keputusan terakhir dan menutup pintu atas simbol ‘rocket’. Hingga itu pintu masih terbuka. Janji RM3 bilion ialah satu perkara. Tetapi selagi RM3 bilion belum lagi dalam poket anda banyak ketika itu banyak perkara boleh berlaku dalam perjalanan. Namun begitu, Mahathir telah banyak pusingan-U akhir-akhir ini yang anda tidak tahu apakah keputusan beliau pada hari esok.
Oleh itu setakat ini keadaan adalah buntu. Mahathir mahu gabungan didaftarkan berasaskan undang-undang dan bendera dan logo bersama dan manifesto pilihan raya bersama. Beliau juga mahu semua parti yang bertanding dalam pilihan raya akan datang di bawah satu nama dan bukan di bawah nama parti individu. Anthony Loke Siew Fook berkata ia belum lagi muktamad. Dan ia akan menjadi muktamad hanya apabila Mahathir menyerahkan pembiyaan RM3 bilion.
Mahathir tiada pilihan tetapi menyerahkan RM3 bilion sebab beliau perlu menutup mulut Kit Siang. Sekiranya Kit Siang menyanyi sedih semasa RCI Forex maka Mahathir diibaratkan sebagai ‘daging mati’ (dead meat). Tetapi sama ada beliau menyerahkan wang tersebut sekarang atau hampir dengan pilihan raya merupakan satu keputusan yang beliau harus dibuat sekarang. RCI mungkin dibentuk dan bersidang tidak lama lagi dan sekiranya Mahathir tidak boleh menutup mulut Kit Siang, kemudian sesungguhnya masa hadapan beliau akan menjadi terlalu suram. Mahathir bergantung kepada talian hayat Kit Siang and beliau harus bebaskan diri daripada cengkaman Kit Siang.

Kit Siang hilang kesabaran apabila ditanya tentang pendirian beliau tentang skandal Forex.
Apala ditanya oleh wrtawan tentang pendirian beliau sekarang tentang skandal Forex, Kit Siang hilang kesabaran dan menjerit bahawa pendirian beliau masih sama.  Kit Siang kata beliau masih mahu melihat mereka yang menyebabkan kerugian AS$10 bilion ini harus disiasat dan dihukum. Dan skandal perlu disiasat oleh RCI sebab sebahagian besar wang itu bukan ‘kerugian biasa’ tetapi dicuri disebalik penyamaran ‘Kerugian Forex’. 
Sekiranya peranan Mahathir dalam kecurian ini didedahkan kemudian beliau akan dipaksa untuk memulangkan wang tersebut. Dan kita bercakap tentang AS$10 bilion di sini dengan sebahagian besar daripada itu sebenarnya dicuri. Oleh itu RM3 bilion adalah harga yang kecil untuk menutup mulut Kit Siang dan pada masa yang sama untuk menjadi Pengerusi Pakatan Harapan yang berdaftar mengikut undang-undang dan dilantik sebagai Perdana Menteri-dalam-menunggu.
Oleh itu siapa kata Lim Kit Siang dan pemimpin DAP bersih, suchi, tidak rasuah dan tidak boleh dibeli? Kit Siang telah membuktikan bahawa dengan harga yang betul beliau boleh dibeli. Dan Mahathir, dengan itu, telah belajar bahawa bila berurusan dengan Kit Siang, janji sahaja tidak mencukupi.Ia perlu disertakan dengan wang.



No comments:

Post a Comment