Ya itulah jumlahnya, RM40 billion. Kalau ikut kata Kit Siang, dia kata Skandal Forex baru salah satu sahaja dari empat skandal besar Mahathir.
“Dalam buku Barry Wain, yang bertajuk “Malaysian Maverick”, empat skandal kewangan dalam tempoh pimpinan Mahathir mengalami jumlah kerugian bernilai RM100 bilion,” kata Kit Siang pada 3 Jun 2012.
Isu kehilangan RM100 billion ini besar. Skandal Forex sahaja dianggar hilang RM40 billion. Belum pernah disiasat dengan telus oleh mana mana pihak. Setelah 24 tahun, misteri kehilangan wang sejumlah RM40 billion ini bakal terbongkar.
Kabinet pada 21 Jun 2017, telah bersetuju dengan syor Pasukan Petugas Khas (PPK) yang mencadangkan perlunya penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Hari ini, 21 Ogos akan bermulalah pendengaran prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing (Forex).
Kit Siang dan Anwar Ibrahim yang kini menjadi sekutu Mahathir dalam pakatan pembangkang akan menjadi saksi utama kes ini. Kit Siang sampai tulis buku berkaitan Skandal Forex Mahathir ini. Anwar juga konsisten mengecam Mahathir dalam isu Skandal Forex ini dalam ceramah politiknya sebelum ini.
Yang tidak konsisten adalah Mahathir. Dia sudah mula memaafkan dan memuji Kit Siang demi mengambil hati pemimpin DAP itu agar memberi keterangan yang memihak kepadanya kini. Mahathir juga dijangka akan memaafkan dosa liwat Anwar pada minggu ini demi “melepaskan tengkuknya” dalam Skandal Forex.
4 April 2017, Kit Siang telah dipanggil untuk memberi keterangan berkenaan kes penyelewengan wang FOREX di Kementerian Kewangan, Putrajaya tetapi bercakap 30 minit sahaja.
30 minit sahaja? Sekejap sahaja masa itu, berbanding buku tulisan Kit Siang bertajuk “The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal” yang ada 38 mukasurat. Ditulis Kit Siang pada tahun 1994.
Apakah kali ini Kit Siang akan cerita habis tentang Skandal Forex ini? Atau demi perjanjian sulit mahu jadikan Mukhriz sebagai PM dan DAP sebagai TPM, Kit Siang akan berbohong lagi semasa RCI Forex ini.
Jumlah Forex Scandal berbeza beza, apakah ada kerja kerja “cover up” pada masa itu. Jumlah kehilangannya amat berbeza dari laporan BNM, dari kenyataan bekas Timbalan Gabenor, Datuk Murad dan juga bekas Gabenor.
Bahkan ia juga berbeza seperti kenyataan Menteri Kewangan pada ketika itu , iaitu Anwar Ibrahim sendiri. Samalah dalam isu 1MDB, angka Mahathir berubah rubah.
Kempen kebencian Mahathir terhadap Najib mengenai 1MDB bertukar tukar angkanya. Dari RM42 billion, kemudian jadi RM27 billion dan kemudian Mahathir kata dia tiada bukti.
Angka yang berbeza beza tentang 1MDB dan Skandal Forex ini merumuskan satu kesimpulan bahawa Mahathir memang suka buat angka yang berbeza beza bila mahu cipta cerita tidak benar.
Nur Jazlan juga ada menyatakan arwah bapa mentuanya iaitu Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Jaafar Hussin sebenarnya menjadi ‘fall guy” dalam isu Forex Scandal ini.
Jazlan mendakwa arwah dipaksa mengaku silap bagi melindungi pihak lain. Ini katanya untuk mengambil “blame” dari pihak yang sebenarnya dalang kepada kehilangan wang negara. Siapa dalang itu sebenarnya?
Menurut portal KL Xpress, yang merumuskan tiga jenis jenayah besar yang dikatakan telah ditutup oleh pihak tertentu ketika zaman Mahathir menjadi PM dan Daim menjadi Menteri Kewangannya. Tiga jenis jenayah besar berkaitan Forex menurut portal KL Xpress adalah seperti berikut:
Jenayah Satu
Bank Negara dikatakan kehilangan USD$10 bilion (RM42.93 bilion). Sama ada melibatkan urusniaga sebenar atau sebahagian telah dihilangkan melalui dagangan berat sebelah, pasukan RCI perlu mendedahkannya.
Jenayah Dua
Kabinet tidak diberikan maklumat sebenar tentang kehilangan ini. RCI akan mempunyai akses kepada fail sulit Kabinet untuk membuktikan Kabinet telah dimaklumkan bahawa kerugian hanya RM5.7 bilion walaupun pada hakikatnya kerugian sebenar adalah AS$10 bilion (RM42.93 bilion). Selain itu, mereka memberitahu Kabinet bahawa kerugian hanya ‘perbelanjaan tertunda’ dan ‘kerugian tidak nyata’.
Jenayah Tiga
Parlimen tidak diberikan maklumat sebenar. Selain itu, mereka turut berbohong kepada Parlimen pada 1993 apabila menceritakan tentang kerugian besar yang dialami oleh BNM akibat urus niaga mata wang asing sebagai satu penipuan dan propaganda pembangkang semata mata.
Pada 1994, Parlimen diberitahu, BNM kehilangan sedikit wang akibat pasaran forex namun jumlahnya kecil dan hanya kerugian di atas kertas. Tiada sebarang bayaran dilakukan.
Tiga jenayah ini membuktikan bahawa Skandal Forex adalah satu jenayah kewangan terbesar di negara ini. Sampai bila skandal sebegini boleh diselindungkan? Ianya akan terungkai dan terjawab bila siasatan RCI ini selesai.
No comments:
Post a Comment