Ustaz Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya |
Mengikut rekod dizaman Tun Dr Mahathir sebagai PM lah undang-undang zalim ISA ini diperalatkan semaksimanya demi survival politik beliau.Semasa beliau PM dalam tempoh 1 hari sahaja iaitu 27 Oktober 1987 beliau telah menahan tanpa bicara 106 aktivis politik, ahli akademik, NGO kononnya kerana mengancam keselamatan negara.Demikianlah kemuncak kezaliman Umno di bawah Dr Mahathir yang hingga hari ini tidak pernah menyesal atau memohon maaf di atas tindakannya itu.
Atas bertubi-tubi tuntuan dan desakkan rakyat Malaysia sebelum ini akhirnya hari ini kita bebas dari ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Akta zalim ini memberikan kuasa kepada kerajaan melalui Menteri Dalam Negeri untuk menahan tanpa bicara mana-mana individu yang pada fikiran beliau mengancam keselamatan negara.
Zaman awal Merdeka ia digunakan lebih untuk menahan para pengganas kominis dan talibarut mereka. Namun kemudiannya ia telah disalah guna kerajaan untuk menahan siapa sahaja yang mengancam kedudukan politik parti pemerintah dan PM yang berkuasa.
ISA telah dieksploitasi sepenuhnya demi survival pihak politik yang berkuasa kerana yang ditahan tidak perlu dibawa ke mahkamah.
Kerana itu ancaman terbesar pada para pejuang demokrasi dan hak rakyat ketika itu adalah ISA ini.
Mengikut rekod dizaman Tun Dr Mahathir sebagai PM undang-undang zalim ini diperalatkan semaksimanya demi survival politik beliau. Semasa beliau PM dalam tempoh 1 hari sahaja iaitu 27 Oktober 1987 beliau telah menahan tanpa bicara 106 aktivis politik, ahli akademik, NGO kononnya kerana mengancam keselamatan negara.Demikianlah kemuncak kezaliman Umno di bawah Dr Mahathir yang hingga hari ini tidak pernah menyesal atau memohon maaf di atas tindakannya itu.
Bayangkan berapa ramai anak-anak dan isteri yang dipisahkan dari bapa dan suami masing-masing. 60 hari pertama mereka ditahan dalam bilik gelap dan disoal siasat sesuka hati sehingga berjam-jam.
Ada yang disiksa, ditampar, ditumbuk, diaib dan dibogelkan dalam tempuh itu.
Datuk Seri Anwar dan TPM hari ini pernah menjadi mangsa kerakusan politik Mahathir apabila merengkok bawah ISA.
Kini Alhamdulillah undang-undang itu telah dibatalkan kerajaan. Semoga Malaysia tidak melihat lagi akta zalim itu dan pemimpin yang tidak berhati perut yang menggunakannya.
Tiba-tiba dalam akhbar Sinar Harian hari ini dengan selamba dan sombong bekas PM Tun Dr Mahathir menjelaskan sebab mengapa Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang tidak ditahan bawah ISA semasa Peristiwa Memali.
Kononnya penahanan Tuan Guru akan mencetuskan rusuhan dan huru- hara kerana beliau punya ramai penyokong yang fanatik.
Itu kata beliau.
Sejauh manakah asas dan kebenarannya. Kenapa perlu ISA? Kenapa tidak didakwa Tuan Guru di mahkamah terbuka?
Jika Tuan Guru ancaman pada keselamatan negara berapa ramaikah terancam nyawa dan harta akibat tindak-tanduk Tuan Guru?
Kerana itulah RCI perlu dibentuk untuk siasat Peristiwa Memali dan agar Raja ISA ini disiasat dan dipanggil beri keterangan. Rakyat perlu tahu segalanya.
Oleh itu Mahathir janganlah terlalu sombong hingga anggap yang lain semua salah anda sahaja yang benar dan betul.
Rasulullah saw bersabda maksudnya:
“Tidak akan masuk surga orang yang ada di dalam hatinya sebesar biji dzarah dari kesombongan.” (HR. Muslim)
No comments:
Post a Comment