Timbalan Presiden PPBM Mukhriz Mahathir berkata tindakan akan diambil terhadap exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Muhammad Hafiz Azhar, yang membangkitkan isu sensitif terhadap pemimpin parti dan tidak mempertahankan parti (walaupun berlaku salah laku yang nyata oleh pemimpin mereka).
Pada asasnya Muhammad Hafiz telah minta Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjelaskan bagaimana anak-anak mereka perhal kaya luar biasa dan menjelaskan dakwaan skandal Muhyiddin Yassin dengan perempuan yang sudah bersuami. Muhammad Hafiz juga berkata bahawa ahli PPBM telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti sebab kekurangan integriti dan penyalah guna kuasa.
Kononnya kerana memungkiri ‘peraturan’ parti tindakan akan diambil terhadap Muhammad Hafiz. Apabila Mukhriz, Muhyiddin dan beberapa lagi pemimpin PPBM melakukan perkara yang sama terhadap Perdana Menteri Tun Razak mereka mengatakan ia dibolehkan untuk menyerang Najib dan bahawa tidak adil diambil tindakan terhadap pengkritik Perdana Menteri. Mengapa dengan itu PPBM tidak mempraktik apa yang diajar? Adakan PPBM mengamalkan ‘double standard’ dalam berpolitik?
Disebalik mengambil tindakan terhadap Muhammad Hafiz mereka harus jawab soalan beliau, itu namanya ketelusan yang tidak ada dalam kepimpinan PPBM. Walaubagaimana pun sebagai seorang exco, soalan yang beliau diajukan ialah soalan yang sahih dan berhak mendapat jawapan yang telus untuk kepentingan akar umbi PPBM dan bukanya tindakan tatatertib. Jika PPBM benar telus, bagaimana anak-anak Mahathir menjadi billionair dan apakah cerita disebalik dakwaan skandal Muhyiddin dengan Nika Gee? Sekiranya mereka enggan menjawab soalan-soalan ini apakah hak mereka untuk menuntut Najib menjawab soalan mereka? Walaupun telah dijawab oleh Najib sejak tahun 2014 termasuk penyiasatan SPRM dan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).
Exco Armada tuntut penjelasan
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu yang dilihat tidak berintegriti dan menyalahgunakan kuasa.
Exco Armada PPBM, Muhammad Hafiz Azhar berkata, pelbagai soalan diajukan oleh ahli peringkat akar umbi mengenai kekayaan luar biasa anak-anak Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga skandal Nika Ghee dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Bagaimana pun semua soalan itu akan dielak daripada dijawab oleh mereka yang berkenaan ketika mesyuarat bersama dan saya sendiri menghantar pesanan ringkas kepada Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetapi semuanya membisu seperti ingin melindungi sesuatu.
“Perkara itu perlu dijelaskan dan semua ahli ingin mengetahui kebenaran. Jika mereka tidak jujur maka selama ini perjuangan kami untuk parti adalah sia-sia,” jelasnya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau yang juga Exco Biro Ke selamatan Armada bersama lebih 30 ahli PPBM hadir menyatakan sokongan dan mendesak agar pe mimpin parti memberi penjelasan mengenai dakwaan tersebut.
Muhammad Hafiz berkata, anak muda benar-benar mahu berjuang untuk parti tetapi jika pucuk pimpinan yang ada tidak mampu memberikan semangat yang sama, lama kelamaan keyakinan mereka semakin hilang.
“Dahulu mereka menjanjikan satu perjuangan yang bersih, tetapi kini mereka sendiri tidak bersih dengan skandal dan isu yang tidak dapat diselesaikan,” katanya.
No comments:
Post a Comment