Friday 23 June 2017

AKHIRNYA KIT SIANG TELAH HILANG LIDAHNYA.

Ringkasan artikel:

Sejak melebihi 20 tahun Kit Siang telah memekik, menjerit, mengeloh, mengilai dan merungut, menuntut bahawa satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk membawa penjenayah disebalik kerugian spekulasi mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia (BNM) ke muka pengadilan. Dan sekarang ia akan berlaku. Adalah lebih baik keadilan tertangguh daripada keadilan dinafikan. Hasrat 20 tahun Kit Siang untuk melihat semua mereka disebalik skandal spekulasi mata wang asing (forex) Bank Negara dipenjarakan dijangkakan akan termakbul. Tetapi kemudian itu akan mewujudkan masalah lain untuk Kit Siang. Mahathir, Daim dan Anwar sekarang dengan Pakatan Harapan. Oleh itu, sekiranya ketiga-tiga mereka dipenjarakan, Pakatan Harapan akan menderita kehilangan pemimpin, mungkin termasuk diri Kit Siang sendiri kerana berbohong dalam RCI untuk menyelamatkan rakan.

Bulan puasa boleh memenatkan untuk banyak orang dan kelihatan seperti Lim Kit Siang juga salah seorang kelhatan perlahan sedikit dalam bulan puasa. Umur mungkin satu faktor memandangkan beliau telah menjadi pemimpin DAP melebihi 50 tahun sementara Umno mempunyai enam pemimpin dan PAS mempunyai lima pemimpin dalam usia yang sama.

Dengan tidak diragui 50 tahun memekik, menjerit, mengeloh, mengilai dan merungut memenatkan sesaorang. Dan pernah tidak Kit Siang diri sendiri mengatakan beliau telah bercakap dan menulis sepuloh juta perkataan semasa tempoh tersebut? Sekiranya anda duduk tanpa-henti untuk 12 jam sehari untuk bercakap atau menulis sepuloh juta perkataan — dan anda berhenti 12 jam setiap hari untuk makan, tidur dan mandi, dan lain-lain — ia akan mengambil masa anda setahun untuk selesai.
Oleh itu sepuluh juta perkataan merupakan banyak perkataa. Dan Kit Siang bercakap besar bahawa inilah jumlah perkataan beliau telah bercakap dan tulis sebagai pemimpin DAP — semasa tempoh mana Umno melihat enam pemimpin sementara  PAS melihat lima.  Tetapi sejak 24 jam terakhir Kit Siang telah hilang lidahnya dan telah tidak berupaya menyatakan sebarang patah perkataan.


Kit Siang tidak lagi memekik, menjerit, mengeloh, mengilai, and merungut.
Biasanya Kit Siang terlalu cepat. Dalam tempoh beberapa jam sebarang peristiwa beliau akan sedia luar di sana dengan posting melebihi 2,000 perkataan mengayun keluar kanan, kiri dan tengah seperti barbarian Mongol. Enam jam terlalu panjang untuk Kit Siang. Apa pula 24 jam?
Begitu jauh kita telah tidak dengar sepatah perkataan daripada Kit Siang tentang penubuhan Suruhanjaya Siastan DiRaja (RCI) yang diluluskan Kabinet melebihi 24 jam yang lalu untuk menyiasat kerugian AS$10 bilion yang dialami Bank Negara Malaysia dalam perjudian pertukaran mata wang asing (forex) berbalik semula ke akhir 1980 dan awal 1990.
Kit Siang adalah orangnya yang pada 1993 membawa perkara ini ke perhatian dunia apabila beliau membentangkannya di Parlimen. Sudah tentu, pada ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad menyimpan kesenyapan yang mutlak dan tidak menyebut sepatah perkataan pun manakala  Anwar Ibrahim menafikannya dan memanggil nya tuduhan pembohongan dan fitnah dan propaganda pembangkang.
Itulah sahaja perkara yang pembangkang bagus iaitu untuk berbohong dan memfitnah, kata Anwar. Pembangkang tidak mampu untuk bercakap benar dan mereka dan mereka mempolitik segalanya hanya untuk mencemar nama negara, kerajaan, UMNO, Barisan Nasional dan Perdana Menteri. Pembangkang tidak akan mengiktiraf kebenaran walaupun sekiranya mereka digigit dari belakang.
Ya, Anwar amat marah. Beliau marah sebab pada 1991 Mahathir dan Tun Daim Zainuddin menjadikan beliau sebagai Menteri Kewangan tujuan sebenar untuk menyembunyikan skandal spekulasi pertukaran mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia. Dan sekarang Anwar terpaksa melaksanakan tugasnya tetapi beliau tahu bahawa AS$10 bilion terlalu besar untuk baunya disembunyikan. Tetapi ketika beliau terima tugas sebagai Menteri Kewangan dengan beberapa syarat dikenakan, oleh itu beliau terpaksa melaksanakannya dengan berbohong kepada Parlimen — sesungguhnya satu kesalahan yang serius.
Tahun berikutnya, pada 1994, Kit Siang sekali lagi membangkitkan perkara ini di Parlimen dan menuduh Anwar berbohong. Kit Siang telah naik geram  dan  menuntut  Anwar meletak jawatan kerana berbohong kepada Parlimen. Anwar tidak menafikan beliau berbohong kepada Parlimen setahun sebelumnya dan menjelaskan bahawa sebenarnya kerugian yang dialami merupakan kerugian atas kertas, bukan kerugian sebenar, bahawa kerugian amat kecil, dan pesalah dalam kerugian ini ialah Gabenor Bank Negara, yang telah pun dihukum atas jenayahnya.

Kit Siang menuduh Anwar berbohong dan menuntut beliau meletak jawatan.
Itu sebenarnya satu lagi pembohongan — satu pembohongan untuk menutup satu pembohongan. Pertama, Gabenor Bank Negara bukanlah pesalah atas kerugian Bank Negara Malaysia. Beliau merupakan mangsa atau kambing hitam.. Kedua, kerugian yang dialami bukanlah kecil. Ia kerugian yang terlalu besar dan secara praktikal boleh memufliskan Bank Negara. Ketiga, ia bukan merupakan kerugian di atas kertas tetapi kerugian sebenar kerana Bank Negara realitinya telah membayar keluar wang yang disimpan termasuk wang risab (reserve).
Pada ketika itu, sekira di negara lain, kerjaya politik Anwar mungkin telah berakhir. Tetapi ketika itu Anwar berbohong bagi pihak Mahathir dan Daim untuk melidungi kedua-dua mereka. Dengan itu beliau mempunyai kekebalan dan perlindungan daripada dua orang yang paling berkuasa di Malaysia ketika itu. Anwar boleh berbuat apa sahaja beliau suka hanya selagi beliau sanggup melindungi belakang  Mahathir and Daim dan menentukan bahawa dunia tidak tahu bahawa Mahathir and Daim menyebabkan kerugian AS$10 bilion wang pembayar cukai Malaysia, di mana  ia sekarang bernilai RM99 bilion anggaran wang kita.
Ya, itulah apa yang AS$10 bilion ketika itu bernilai sekarang, RM99 bilion — atau, sebagaimana mereka kata di Amerika Syarikat, RM100 bilion bersama dengan tukaran.

Sekarang anda tahu mengapa Mahathir bercakap terlalu banyak tentang 1MDB dan  DoJ? Beliau perlu semua orang fokus terhadap dan bercakap tentang 1MDB. Oleh itu beliau terus memberitahu semua orang bahawa RM42 bilion wang 1MDB hilang atas angin. Ini satu pembohongan, sudah tentu. Tetapi beliau dan Pakatan Harapan mengulangi tuduhan ini berulang-ulang dengan harapan satu pembohongan, jika diulangai banyak kali oleh semua orang, akan bertukar menjadi kebenaran kepada persepsi semua orang.
Tetapi sekarang terdapat satu isu yang lebih besar yang membayangi 1MDB. Dan ia merupakan hampir RM100 bilion skandal spekulasi mata wang asing (forex) pada akhir  1980s dan awal 1990. Dan Mahathir amat takut atas perkara ini sebab sebanyak mana beliau dan Pakatan Harapan mungkin berkata ini merupakan satu cerita lama, yang tiada had undang-undang untuk kesalahan rasuah, sama juga untuk pembunuhan.
Kami maksud, Peperangan Dunia Kedua berakhir 72 tahun yang lalu tetapi mereka akan masih  menangkap dan mendakwa penjenayah perang Nazi sekiranya mereka masih hidup lagi sekarang. Sebenarnya tidak ada istilah cerita lama. Sebagai contoh,  sekiranya mereka terjumpa dengan sebarang aset kepunyaan Marcos mereka akan masih merampas aset tersebut walaupun ia dicuri berdekad dahulu..

Tiga orang ini ibarat  membakar apa yang sekarang bernilai RM100 bilion wang Bank Negara.
Bagaimanapun, seorang yang menghadapi mimpi ngeri yang teruk ialah Kit Siang. Beliaulah orangnya pada 1993 memulakan keseluruhan perkara ini. Dan untuk lebih  20 tahun beliau telah menjerit, memekik, mengeloh, mengilai dan merungut menuntut agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menghadapkan penjenayah yang menyebabkan kerugian RM100 bilion wang Bank Negara Malaysia  ke muka pengadilan.
Dan sekarang ia dalam proses untuk berlaku. Lebih baik keadilan tertangguh daripada keadilan dinafikan. Hasrat 20 tahun Kit Siang untuk melihat semua disebalik skandal spekulasi pertukaran wang asing (forex) Bank Negara dipenjara.Tetapi kemudian itu akan mengutarakan satu masalah lain untuk Kit Siang. Mahathir, Daim dan Anwar sekarang dalam Pakatan Harapan. Oleh itu, sekiranya ketiga-tiga orang ini dipenjarakan, Pakatan Harapan akan menderita.
Walaupun ketiga-tiga orang ini tidak dipenjarakan tetapi hanya didedahakan sebagai mereka disebalik rompakan AS$10 bilion, yang sekarang bernilai RM100 bilion dengan tukaran, pendedahan ini sudah cukup untuk merosakkan reputasi individu berkenaan. Macam mana untuk bercakap tentang masalah kecil seperti 1MDB apabila ia telah dibayangi oleh masalah raksasa seperti wang yang dicuri daripada Bank Negara?

Najib tidak bercakap banyak seperti Mahathir, Kit Siang dan Anwar tetapi bila beliau membuat gerakan biasanya merupakan pukulan maut.
Sekarang beritahu kami, adakah Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Budak Boffin atau “Boffin Boys’ nya bijak atau tidak?
Dr Wan Azizah Wan Ismail merungut bahawa semua ini merupakan helah politik atau  political ploy. Apakah masalah permpuan berkipas ini? Adakah beliau terlalu bisu atau apa?  Sudah tentu ia satu helah politik? Adakah tidak serangan ke atas 1MDB satu helah politik? Adakah tidak rancangan untuk bercakap tentang cincin berlian Rosmah Mansor semasa Hari Raya hujung minggu ini ketika menikmati hidangan ketupat dan rendang satu helah politik atau political ploy?
Melayu panggil itu sebagai bodoh macam lembu. Anda menggunakan isu 1MDB sebagai senjata politik untuk menyerang Najib dan Umno dan kemudian anda merungut bahawa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap kerugian pertukaran wang asing (forex) Bank Negara merupakan political ploy atau helah politik.
Sekiranya anda tidak boleh tahan dengan kepanasan atau haba keluarlah daripada dapur. Dan sekiranya anda fikir RCI kerugian forex Bank Negara merupakan isu tunggal yang akan diketengahkan, dengan itu anda lebih bisu daripada anda dilihat..  RCI terhadap kerugian forex Bank Negara hanya permulaan. Ada banyak lagi  belum diketengahkan. Dan sehingga masa Najib dan budak-budaknya selesai dengan anda, anda mungkin berhasrat tidak dilahirkan.
Sekarang nikmatilah Hari Raya anda, sekiranya anda boleh.

No comments:

Post a Comment