Friday 2 June 2017

NOR MOHAMED YAKCOP MELINDUNGI BELAKANG MAHATHIR DAN DAIM.

Ringkasan artikel:

Baru-baru ini, Nor Mohamed Yakcop, bekas Penolong Governor Bank Negara Malaysia (BNM) semasa bencana AS$10 bilion pertukaran asing, memberi keterangan di hadapan Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk mengkaji semula keterangan dan bukti terhadap skandal tersebut mendahului Suruhanjaya Siasatan DiRaja atau the Royal Commission of Inquiry (RCI). Dan apa Nor Mohamed beritahu pasukan petugas tersebut hanyalah merupakan pembohongan.

Pada 8hb Mei 2017, Malaysia Today menulis’Jaffar memberi tahu Ismail bahawa Daim merupakan yang disyaki disebalik bencana pertukaran mata wang asing (Forex). Di dalam artikel tersebut menyatakan:
Perkara yang menarik dalam penyiasatan ini bahawa akhirnya kita diberitahu bahawa Tun Daim Zainuddin ialah idividu utama disebalik keseluruhan bencana ini. Bekas Governor Bank Negara Tun Ismail Ali terserempak dengan bekas governor Bank Negara Jaffar Hussein (kedua-duanya meninggal pada 1998) di lapangan terbang pada awal 1990an dan yang terdahulu bertanyakan kepada yang terkemudian tentang berapa buruk keseluruhan keadaan. Jaffar memberi tahu Ismail  bahawa keadaannya ketika itu adalah buruk dan bahawa arahan untuk bermain mata wang asing adalah sebenarnya datang daripada Daim sendiri dan bahawa Mahathir kelihatan lebih jelas dalam kumpulan tersebut.

Nor Mohamed bercakap bohong di hadapan Pasukan Petugas Khas tersebut dengan meletakkan tuduhan kerugian Bank Negara AS $10 bilion ke atas Tan Sri Jaffar dan melindungi penglibatan Mahathir dan Daim dalam skandal itu. 
Nor Mohamed Yakcop, telah memberi keterangan kepada Pasukan Petugas Khas yang dibentuk untuk mengkaji keterangan dan bukti tentang kerugian Bank Negara jumlah AS$10 bilion akibat spekulasi mata wang asing, mendahului sidang Suruhanjaya Siasatan DiRaja atau Royal Commission of Inquiry (RCI). Nor Mohamed merupakan Penolong Governor Bank Negara semasa berlakunya bencana kerugian pertukaran wang asing Bank Negara.
Setelah diketahui umum berbalik pada akhir 1980 bahawa Bank Negara merupakan kaki judi terbesar di dunia dalam pertukaran wang asing. Pada masa itu Mahathir masih lagi Perdana Menteri dan  Daim sebagai Menteri Kewangan sementara Jaffar Hussein sebagai Governor Bank Negara.
Pada 1991, apabila perkara ini telah menjadi terlalau panas untuk ditangani dan kerugiannya sudah melepasi berbilion Ringgit, Daim meletakan jawatannya sebagai Menteri Kewangan dan jawatannya telah diserah kepada Anwar Ibrahim. Tugas Anwar ialah untuk menutup cerita tentang kerugian besar Bank Negara dan pada hakikatnya Mahathir dan Daim merupakan penyebabnya.
Pada 1993, baunya telah terlalu busuk sehingga tidak boleh tutup lagi. Lim Kit Siang telah membentangkan perkara ini di Parliamen dan Anwar telah berbohong dan menyatakan bahawa cerita tentang kerugian besar Bank Negara adalah tidak benar.
Pada 1994, Kit Siang sekali lagi menyoal Anwar di Parliamen dan kali ini beliau mengaku bahawa ceritanya adalah benar tetapi bahawa ia merupakan hanya kerugian kecil ‘kerugian atas kertas’ dan bukannya sebesar sebagaimana yang dilaporkan.
Hari ini, Anwar kata kerugian sebenar AS$10 bilion dan bukan sedikit sebagaiman yang beliau beri tahu Parlimen pada 1994 — tambahan lagi ia merupakan kerugian sebenar dan bukan hanya ‘kerugian atas kertas’.

Tiga penjenayah di sebalik kerugian pertukaran mata wang asing Bank Negara AS$10 bilion.
Nor Mohamed memberi tahu Pasukan Petugas Khas bahawa Tan Sri Jaffar yang membenarkan beliau untuk spekulasi pasaran mata wang asing. Nor Mohamed tidak pernah menyebut penglibatan  Mahathir atau Daim dan adalah amat jelas beliau cuba untuk melindungi kedua-dua bekas boss nya.Keterangan lisan Nor Mohamed bercanggah dengan apa yang Tan Sri Jaffar  beritahu Tun Ismail lebih kurang 25 tahun yang lalu.
Tetapi ini bukanlah apa yang Kit Siang telah beritahu sejak 1993 atau apa yang Anwar telah beritahu sejak 2013. Tatakala itu kedua Kit Siang dan Anwar telah membabitkan Mahathir dan Daim dan menyatakan merekalah disebalik skandal pertukaran mata wang asing, sementara Tan Sri Jaffar hanya merupakan mangsa yang tidak bersalah atau dikambing hitamkan.

Tan Sri Jaffar, mangsa di atas jenayah Mahathir dan Daim.
Nor Mohamed juga telah memberitahu Pasukan Petugas Khas tersebut bahawa kerugian AS$10 bilion atas perjudian pasaran mata wang asing boleh dianggap ‘perkara biasa’ dan bukan satu perkara yang perlu dirisaukan. Pada lain perkataan, Nor Mohamed telah menyatakan bahawa kehilangan wang rakyat bukan satu jenayah walaupun ia telah disembunyikan daripada pengetahuan umum dan pada mulanya dinafikan apabila dibentangkan di Parlimen.
Nor Mohamed juga telah memberitahu Pasukan Petugas Khas bahawa beliau seorang orang tua yang telah berkhidmat kepada negara sekian lama dalam beberapa jawatan penting. Dengan itu beliau tidak seharusnya dipertanggungjawapkan untuk sebarang jenayah yang mungkin beliau telah lakukan berkaitan dengan perjudian dalam pasaran mata wang asing atau kerugian yang dialami negara disebabakan oleh perkara tersebut.
Masalah proses memberi keterangan dalam Pasukan Petugas Khas ialah ia tidak diambil secara bersumpah (oath), oleh itu anda boleh memberitahu apa yang anda suka termasuk pembohongan. Malahan sekiranya anda didapati berbohong tiada sebarang tindakan boleh diambil terhadap anda. Keadaan berlainan dengan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI), walaupun,ia merupakan perkara yang lain. Keterangan yang diberi hadapan RCI diambil secara bersumpah (oath) dan sekiranya anda berbohong anda boleh dipenjarakan.

Dr Rosli Yaakop, seorang pengurus kanan Bank Negara ketika itu, bercangah dengan apa yang Nor Mohamed beritahu kepada Pasukan Petugas Khas.
Oleh itu, mari kita tengok sama ada Nor Mohamed kekal dengan ceritanya atau beliau akan mengubah cerita beliau setelah beliau dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan DiRaja. Apa yang beliau beritahu Pasukan Petugas Khas merupakan satu pembohongan, yang bercanggah dengan apa yang Kit Siang, Anwar dan Dr Rosli Yaakop dari Bank Negara kata sejak bertahun-tahun yang lalu. Dan sekiranya Nor Mohamed memberitahu Suruhanjaya Siasatan DiRaja dengan apa yang beliau beritahu Pasukan Petugas Khas sebelum ini, orang tua atau tidak, beliau akan mendapati dirinya  dipenjara kerana sumpah bohong atau perjury.  .

No comments:

Post a Comment