Monday, 26 June 2017

DAHULU PEMBANGKANG MENDAKWA KONONNYA PERDANA MENTERI MALAYSIA GAGAL DAN SEKARANG KETUA MENTERI DAP P.PINANG ITU PULA BETUL-BETUL GAGAL.

Lim Guan Eng Ketua Menteri
Pulau Pinang yang belum di
sahkan kerana menipu ROS.
Ringkasan artikel:

Sepatutnya Lim Guan Eng perlu banyak bergurau dengan Tan Seng Giaw pemimpin DAP yang berpengalaman luas yang berwibawa daripadanya, bukan sebaliknya.

Dengan pelbagai isu yang melanda pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak keterlaluan untuk merumuskan beliau merupakan pemimpin yang gagal.

Bukan sahaja kerana terpalit isu rasuah dan integriti sehingga didakwa di mahkamah, banyak lagi kontraversi dan isu menyerlahkan belang sebenar sebenar Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) hingga sekarang kerana menipu dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC).

Tan Seng Giaw pemimpin DAP
yang di anaya di dalam pemilihan
CEC DAP.
Perbelanjaan beberapa projek mega yang luar biasa dan tidak telus,masalah perumahan, kerap banjir, masalah alam sekitar, pembangunan tidak seimbang, bersikap angkuh dan tidak boleh dikritik adalah antara masalah beliau.

Terbaharu, Guan Eng memberikan reaksi kurang matang kepada teguran pemimpin kanan DAP, Dr. Tan Seng Giaw terhadap pembangunan negeri itu yang tidak seimbang. Ahli Parlimen Kepong DAP itu kononnya didakwa gagal dihubungi oleh kepimpinan parti DAP sejak awal tahun, dengan kata lain lama menghilangkan diri untuk membawa konotasi negatif, yang hakikatnya ia tidak benar.

Pemimpin sejati DAP yang banyak berjasa seperti Seng Giaw boleh diperlekehkan begitu sahaja. Seperti dijangka sesiapa sahaja pemimpin DAP mengkritik beliau akan menjadi mangsa percaturan politiknya. Sepatutnya Guan Eng perlu banyak bergurau dengan Seng Giaw yang berpengalaman luas selain berwibawa, bukan sebaliknya. Itulah hodohnya demokrasi acuan Guan Eng yang cakap tak serupa bikin. Bagai ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang najis.




No comments:

Post a Comment