Friday 16 June 2017

KEHEBOHAN YANG TIDAK PERLU KE ATAS KAIN BURUK YANG DIKENALI SEBAGAI SARAWAK REPORT.



Sarawak Report  mendakwa bahawa Shafee menerima RM9.5 juta daripada  Najib tidak akan mengubah fakta kase. 

Sejak berita mendakwa peguam kanan, Muhammad Shafee Abdullah, terima RM 9.5 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak, pihak pembangkang begitu terangsang kononnya ia berita panas.  
Seperti biasaSarawak Report tidak memberi sebarang bukti kukuh untuk menyokong dakwaannya.
Clare Rewcastle Brown sering kali dipanggil ‘pemberi maklumat’ atau ‘whistleblower’ oleh pembiayanya(bekas pemimpin negara ini) dan penyokongnya (pakatan pembangkang negara ini). Beliau lebih sebagai pena beracun diupah untuk memfitnah.Jika dibayar nilai yang dipersetujui, beliau sanggup menulis apa sahaja yang dituntut oleh pelanggannya; satu campuran liberal separuh benar dan sekali gus pembohongan, merupakan kilang pengeluar berita palsu. Beliau,bagaimanapun, pada kesudahanya merupakan sebagai senjata untuk pembangkang di negara ini.

Saya telah ditawarkan AS$2.7 juta untuk menjual data yang saya curi : kata bekas pekerja Petro Saudi Xavier Andrea Justo dalam isu 1 MDB.

Rakyat Malaysia tidak boleh lupa kegagalan Xavier Andre Justo. Brown merupakan orang tengah untuk Pembangkang dan penyokongnya untuk merundingkan dengan  Justo bagi pembelian data yang dicuri Justo daripada Petro Saudi, yang mana dikatakan mengandungi data tentang 1MDB, dengan harga AS$3 juta. Wang yang dijanjikan tidak pernah dibayar kepada Justo walau pun berlaku beberapa pertemuan antara Justo, Brown dan Tong Kooi Ong dan editor media The Edge – Mr Ho Kay Tat. Justo telah dipermainkan oleh Tong dan Brown.
Daripada rundingan,antara Brown dan Justo tentang kaedah pembayaran jelas  menunjukkan ia unsur pengubahan wang haram (money laundering) sekiranya ia  berlaku.
Nasib tidak baik Justo telah ditahan di Thailand di mana beliau telah bersembunyi di sebuah banglo kepunyaan Tong Kooi Ong.
Setelah beliau ditahan, Justo mendedahkan dengan mengaitkan Brown, Tong dan banyak lagi ahli Pembangkang.
Dengan penahanan itu, Brown melancarkan kecaman yang tidak rasional menggambarkan Polis Thai sebagai korup, Singapura bandaraya penuh dosa dan bersubahat dengan kerajaan Malaysia. Beliau juga menuduh Switzerland sebagai penyokong.
Pemimpin yang kononnya dahulu anti Barat sekarang membiayai media

Barat Sarawak Report untuk mengkhianati negara. Nasib baik ISA sudah

dimansuhkan, jika tidak beliaulah penghuninya di Kemunting Taiping Perak.

Clare Brown bekerja untuk Dr Mahathir Mohamad dalam cubaan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak.
Justo juga mendedahkan kepada Polis nama pemimpin Pembangkang sebagai contoh, Sufi Yussof, pembantu kepada Mahathir. Sufi telah menjadi pembantu Mahathir sejak 2000.
Justo juga sepatutnya menamakan bekas timbalan ketua UMNO bahagian Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan, Peguam bekas pembantu Mahathir Matthias Chang, Ahli Parlimen DAP Tony Pua; mereka semua sudah tentu tidak mengaku terlibat.
Semua pelaku dalam kegagalan ini telah didedahkan. Ketua di kalangan mereka yang telah dikenal pasti ialah Mahathir.
Bukan sahaja rancangan Mahathir yang seperti syaitan cuba disembunyikan dengan cara tergopoh gapah, tetapi tuduhan yang tidak disahkan, dianggap sebagai palsu telah diteruskan oleh Sarawak Report, bukan sahaja ia memakan diri tetapi telah menghina  Mahathir dan telah digunakan untuk membantu Anwar Ibrahim. Meskipun peristiwa bersalaman dan pelukan mesra di antara mereka berdua, banyak daripada kita tahu ia hanya merupakan ‘wayang kulit’. Rasa benci di antara mereka amat  mendalam dan dibiarkan tersembunyi demi untuk kesesuaian politik.  
Tidak lagi bernasib baik ialah Tong Kooi Ong yang dikatakan telah merantau di Eropah. Clare Brown yang tidak bermoral telah memberi amaran bahawa Malaysia, Singapura, Thailand, Arab Saudi dan Switzerland perlu dijauhi kerana risiko ditahan oleh pihak berkuasa negara berkenaan. 
Sekarang berbalik kepada Anwar Ibrahim seorang yang degil ibarat mencengkam jerami bagi mengelakkan mati lemas dalam air, oleh kerana terdesak, beliau telah mencari jalan untuk  dibebaskan dari penjara. Jika kita ingat bahawa Anwar dan peguamnya cuba untuk menangguhkan rayuan terhadap kase rayuan liwatnya sebanyak 67 kali, mungkin setelah mendengar Shafee sebagai pendakwa raya. Semua bantahan yang dimajukan oleh peguam-peguam terhadap Shafee sebagai pendakwa raya ditolak oleh mahkamah.
Satu yang menarik untuk diambil perhatian bahawa Shafee telah dilantik sebagai Pendakwa Raya dalam kase ini ketika itu oleh Peguam Negara, Abdul Gani Patail, yang mana beliau sekarang menjadi orang kesayangan Pembangkang.
Xavier Justo pencuri data Petro Saudi bersama isteri dan anaknya. Pembangkang telah

menggunakan pencuri untuk mendapatkan data yang telah dipinda untuk memfitnah

1 MDB.

Clare Brown menipu Xavier Justo AS$2 juta yang dijanjikan.
Dakwaan Sarawak Report bahawa Shafee menerima RM 9.5 juta daripada Najib tidak akan mengubah  fakta kase itu.
Raja Petra Kamarudin telah dalam satu artikelnya pada 7 June 2017 dalam  Malaysia Today dengan penuh warna warni dan grafik menjelaskan mengapa Anwar didapati bersalah meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Oleh itu perkara itu tidak perlu diulang semula.Perkara utama kase bergantung kepada fakta sama ada Anwar ‘melakukan atau tidak’?
Mahkamah berpendapat bahawa Anwar telah melakukannya.
Sama ada Shafee terima wang dari Najib di sini tidak pentingSarawak Report tidak memberi sebarang bukti mengapa wang tersebut dibayar, sekiranya ia betul.
Sekiranya Najib telah bayar kepada hakim untuk mempengaruhi keputusan kase; ia merupakan satu perkara yang lain.
Tim Anwar harus membuktikan bahawa wang yang diberi merupakan sebagai satu dorongan, yang mana ia merupakan satu tugas yang sukar untuk membuktikannya di mahkamah.
Mengapa Anwar didapati bersalah? Pemberat pembuktian telah menentangnya. Anwar sudah tentu tidak cuba membantu dirinya dengan enggan memberi keterangan di kandang saksi sebab beliau kuatir Shafee akan mengoyak-goyakkannya sehingga hancur semasa pemeriksaan balas. Kedua, beliau enggan memberi contoh air maninya kepada mahkamah. Walaupun beliau bercakap besar mempunyai 12 saksi, tidak seorang pun memberi keterangan di mahkamah. Malahan isteri beliau sendiri tidak muncul untuk beri keterangan bagi pihak beliau. Oleh itu , beliau gagal  memberi alibi yang menyakinkan.
Pergi ke mahkamah dan buat perkara sama dan akan membawa keputusan yang sama. Lebih jelas ini sepatutnya ia diketahui oleh tim undang-undangnya yang mana sekarang tampak kelihatan mempunyai bukti  yang lemah.
Lazimnya bahawa peguam tertakluk oleh etika untuk menasihatkan pelanggannya sekiranya tiada alasan yang baik untuk membuka semula kase yang telah diputuskan oleh mahkamah tertinggi negara. Mungkin mereka telah dinasihat agar tidak membuka semula kase ini, tetapi Anwar yang keras kepala mendesak agar ia diteruskan.
Majlis Peguam harus menyiasat perkara ini dan memastikan bahawa terlebih dahulu Anwar telah diberi nasihat. Sekiranya tidak peguam yang terlibat harus dicela. Sekiranya kase ini dibawa semula ke mahkamah sudah pasti pihak hakim yang mengendalikan kase akan mencela peguam yang terlibat !
Majlis Peguam buat kali terakhir harus bertindak objektif disebalik menjadi sebagai jurucakap untuk Pembangkang. Jika mereka terlalu yakin dengan kedudukan mereka dalam arena politik tanah air disarankan mereka agar dicabar untuk mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai sebuah entiti politik untuk menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang. Jangan baling batu sembunyi tangan. Itu pengecut namanya.


No comments:

Post a Comment