Sunday 18 June 2017

SAMAN SIVIL DOJ MERUPAKAN SATU KOMPLOT UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN DI LUAR PROSES DEMOKRASI.

Ringkasan artikel:

Kalau di negara lain, komplot menjatuhkan kerajaan di luar proses demokrasi, pasti menerima padahnya. Berbeza di Malaysia hari ini setelah ISA dimansuhkan, pengkhianat boleh mengulangi pengkhianatan dengan bebas dan mudah.

Clare Rewcastle Brown
Sekali lagi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memfailkan saman sivil berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Tindakan undang-undang  kedua ini (hanya dengan kenyataan tanpa dibicarakan di mahkamah)dibuat selepas setahun kenyataan pertama dibuat oleh DOJ, yang banyak pihak melihatnya sebagai kitar semula tidak ada perkara baru.

Jika dirumuskan, banyak keraguan terhadap kenyataan (kononnya saman sivil) terbaharu, sama seperti sebelum ini. DOJ bertindak hanya berdasarkan aduan sebelah pihak, bermotifkan konspirasi politik, tanpa lampiran bukti, maklumat yang dimanupulasi dan tidak menghubungi pihak perundangan Malaysia. Sebenarnya episod kemelut 1MDB telah selesai selepas pelbagai langkah diambil termasuk menerusi pelan rasionalisasi. Persoalan pokok juga sudah terjawab dalam siasatan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang bahawa tiada bukti penyalahgunaan wang 1MDB.
Matthias Chang

Banyak pihak percaya kenyataan (kononnya saman sivil) ini yang sekali akan gagal tetap sudah cukup memberi tekanan kepada Malaysia. Semua ini mempunyai agenda besar mengundang campur tangan asing dalam hal ehwal politik dan domestik Malaysia. Maka sekali lagi timbul desakan agar pemimpin Pakatan Harapan dan individu tertentu seperti Pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, peguam Matthias Chang, Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan aktivis Suaram, Cynthia Gabriel disiasat.


R. Sivarasa
Sepatutnya mereka sudah lama diambil tindakan selepas kenyataan pertama DOJ pada Julai tahun lalu untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kuasa asing. Kalau di negara lain, komplot menjatuhkan kerajaan di luar proses demokrasi, pasti menerima padahnya. Sebagai contoh mengapa Tun Dr.Mahathir boleh bertahan selama 22 tahun memerintah, walaupun terdapat desas desus terhadapnya kerana banyak salah laku dalam pentadbiran beliau ketika itu. Ini adalah kerana pengaruh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih berkuat kuasa ketika pentadbiran beliau. Berbeza di Malaysia hari ini setelah ISA dimansuhkan, pengkhianat boleh mengulangi pengkhianatan dengan bebas dan mudah. Oleh itu banyak pihak berharap kali ini pihak berkuasa kerajaan mengambil pengajaran dan lebih ke hadapan bagi menghindari mudarat besar menimpa negara. Sebagai contoh, isu siasatan ke atas Suaram menerima dana asing dan agenda serongnya telah bertahun-tahun dibangkit tetapi tiada tindakan konkrit. Jangan sudah terhantuk baru tengadah.
Cynthia Gabriel

Walaupun ISA sudah dimansuhkan, tetapi ia telah digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SO(SM)A 2012 yang mematuhi piawaian demokrasi dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan. Salah satu daripada empat kesalahan yang boleh didakwa di bawah akta ini ialah bagi mereka-mereka yang cenderung,”untuk mendapatkan perubahan (pemerintahan atau kerajaan), selain dengan cara yang sah (pilihan raya yang demokratik), apa-apa jua yang ditetapkan oleh undang-undang".

Rakyat yakin, walau apa pun cabarannya, mereka akan bersatu untuk menghadapi sekali lagi ancaman asing ini bersama tali barut tempatannya mereka. Ini bukan sekadar soal 1MDB dan DOJ tetapi soal kedaulatan negara.

Oleh itu berikutan daripada laporan polis yang telah buat oleh sebuah NGO terhadap empat suspek dalang dalam isu DOJ ini, PDRM tidak harus berkompromi untuk menyiasat mereka dengan terperinci. Sekiranya mereka didapati bersalah harus didakwa di bawah SO(SM)A 2012.

No comments:

Post a Comment