Ringkasan artikel:
Saman sivil DOJ telah dirancang dengan baik dan kumpulan tersebut mengambil masa untuk memastikan mereka tidak lagi tersalah langkah seperti mana yang berlaku pada Julai 2016.
Tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memfailkan saman sivil berkaitan 1MDB didakwa sebagai tindakan terancang bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada perbalahan yang berlaku dalam Pakatan Harapan.
Saman sivil DOJ ini merupakan cubaan Mahathir untuk menghidupkan semula isu 1MDB bagi memastikan perkara ini menjadi isu utama yang dimainkan pada pilihan raya akan datang.
Clare Rewcastle Brown |
Selepas serangan DOJ yang pertama pada Julai 2016 yang lalu gagal menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahathir meminta beberapa individu termasuk aktivis, Cynthia Gabriel dan pengendali Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown untuk mengambil alih serangan seterusnya.
Cynthia juga adalah orang yang menyerahkan Verified Complaint for Forfeiture kepada Pemangku Peguam Amerika Syarikat Daerah Pusat California, Sandra Brown untuk tindakan selanjutnya.
Cynthia Gabriel |
Cynthia sebenarnya adalah individu yang dikatakan terlibat mengatur agar George Soros membiayai kempen pilihan raya umum sebuah parti pembangkang pada 1999.
Mengenai Sandra Brown pula, wanita itu merupakan individu yang sama terlibat dalam operasi untuk menjatuhkan Najib sebelum ini.
Seminggu yang lalu salinan Verified Complaint for Forfeiture telah diberikan kepada Mahathir dan Brown.
Saman sivil DOJ telah dirancang dengan baik dan kumpulan tersebut mengambil masa untuk memastikan mereka tidak lagi tersalah langkah seperti mana yang berlaku pada Julai 2016.
Sandra Brown |
Kumpulan tersebut perlu bergerak dengan segera pada waktu ini sebelum Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump membersihkan DOJ.
Berdasarkan apa yang terjadi yang lepas, saman sivil DOJ itu sekadar satu proses kitar semula dan hanya direka dengan niat untuk menjejaskan kerajaan Malaysia.
Banyak tuduhan yang sangat peribadi dan ia merupakan satu cubaan untuk memancing pengundi semata-mata. Malah pakar undang-undang yang telah meneliti dokumen DOJ mengatakan bahawa saman ini cacat dan tidak benar.
Banyak pihak meramalkan bahawa pengakhiran tindakan sivil kedua oleh DOJ ini tidak akan ke mana-mana, sama seperti tindakan pertama pada Julai 2016 yang tidak dipedulikan kebanyakan pengundi di negara ini khususnya orang Melayu.
Saman sivil DOJ kali ini juga sekadar silap mata untuk mengaburi mata rakyat Malaysia daripada masalah dalaman melibatkan gabungan Pakatan Harapan yang sedang menuju kehancuran.
No comments:
Post a Comment