Ringkasan artikel:
Lagu-dan-tarian DoJ bukan untuk tujuan undang-undang. Ia untuk tujuan politik. Tindakan undang-undang akan memakan masa yang terlalu panjang dan mungkin tidak berakhir sebagaimana yang anda harapkan. Walaubagaimanapun, dan siapa boleh tunggu sepuluh tahun? Laporan Pasukan Petugas Khas tentang kerugian AS$10 bilion wang pertukran asing (forex) akan siap dalam tempoh lebih kurang minggu, jika tidak hari, sementara pilihan raya umum bila-bila masa mulai Ogos tahun ini ke setengah tahun pertama tahun hadapan. Oleh itu kita bercakap tentang pelan 12 bulan terbaik. Dan, sudah pasti, perkara DoJ tidak boleh diselesaikan dalam tempoh 12 bulan.
(NST, 14 March 2017) – Pasukan Petugas Khas yang dibentuk untuk menyiasat kerugian pertukaran wang asing (forex) Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990 akan mempersembahkan laporan penyiasatan kepada Kabinet dalam tempoh tiga bulan. Sekiranya perlu, ini akan termasuk membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap perkara tersebut.
Tan Sri Mohd Sidek Hassan, yang merupakan pengerusi pasukan petugas, menyatakan bahawa tim yang mengandungi enam ahli itu akan menumpukan atas tiga terma rujukkan. Ini termasuk menjalankan penyiasatan permulaan terhadap kerugian oleh BNM.
Ini termasuk menjalankan siasatan permulaan ke dalam kerugian oleh BNM yang ada kaitan dengan transaksi spekulatif mata wang asing.
“Pasukan petugas akan siasat sama ada tindakan untuk menyembunyikan kerugian, dan sama ada kenyataan mengelirukan terhadap perkara tersebut dipersembahkan kepada Parlimen. Pasukan petugas akan memajukan cadangan untuk tindakan lanjut oleh pihak kerajaan, termasuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), sekiranya perlu, berdasarkan keputusan penyiasatan”, kata Sidek dalam satu kenyataan, hari ini.
******************************************
Selama 30 tahun Kit Siang melancarkan perang salib untuk mendedahkan kebenaran terhadap kerugian AS$10 bilion dialami Bank Negara akibat spekulasi mata wang asing dan sekarang beliau telah lakukan pusingan-U dan tidak memihak kepada apa yang beliau telah dedahkan.
Itulah apa yang Pasukan Petugas Khas umumkan tiga bulan yang lepas. Dan tiga bulan untuk Pasukan Petugas Khas membentangkan laporan ke Kabinet telah pun sampai masanya. Dan bila Pasukan Petugas Khas mengumumkannya tiga bulan lepas membuatkan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang merasa panik.
‘Gang of four’ ini tahu apa yang berlaku pada 1990 yang menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian AS$10 bilion dalam perjudian pasaran mata wang asing. Hakikatnya, sebagaimana Kit Siang sendiri akui, beliau telah menulis berjuta perkataan tentang perkara tersebut. Dan beliau telah membawa perkara tersebut di Parlimen pada 1993 dan 1994 dan menjelaskan dengan lebih terperinci tentang skandal ini.
Dan, sudah tentu, Mahathir, Daim dan Anwar juga tahu sama sebab mereka disebaliknya. Daim merancangkan perjudian, Mahathir mengarahkan Bank Negara untuk berjudi, dan Anwar telah bertanggungjawab untuk menyembunyikan skandal dan menafikan di Parlimen. Oleh itu keempat-empat mereka tahu secara terperinci apa yang berlaku di hujung jari mereka.
Dan inilah sebabnya mengapa mereka panik. Mereka tahu Pasukan Petugas Khas — dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) akan mengikuti laporan Pasukan Petugas Khas ke Kabinet — akan mendedahkan kebenaran. Dan kebenaran bukan sahaja menyakitkan Pakatan Harapan tetapi juga tidak boleh disembunyikan dengan lebih lama. Dan ini akan menyakitkan Pakatan Harapan dengan lebih buruk lagi dan tidak hairan ia akan menyebabkan prestasi pilihan raya mereka nanti.
Oleh itu Mahathir, Daim, Anwar dan Kit Siang perlu untuk melakukan kawalan kerosakkan (damage control). Mereka tidak mampu untuk tidak membuat sesuatu. Tidak membuat sesuatu merupakan suatu bunuh diri politik. Hanya satu senjata yang Pakatan Harapan ada untuk menentang Perdana Menteri Najib Tun Razak, Umno, Barisan Nasional dan kerajaan ialah dengan mendakwa kononnya meyalah guna kuasa, rasuah, salah laku, tadbir urus yang buruk, tidak telus and membazir wang rakyat. Itulah apa yang mereka harap untuk menjatuhkan Najib dan kerajaan yang beliau pimpin.
Mahathir, Anwar dan Daim akan menghadapi kesukaran apabila laporan Pasukan Petugas Khas dikeluarkan dan mereka akan turut mengheret Kit Siang bersama mereka.
Tetapi apa akan berlaku sekiranya hanya sebelum Hari Raya Pasukan Petugas Khas (atau Kabinet) mengumumkan laporan siasatan? Macam mana Pakatan Harapan boleh memberitahu pengundi bahawa kerajaan perlu dijatuhkan sebab salah guna kuasa, rasuah, salah laku, tadbir urus yang buruk, tidak telus, membazirkan wang rakyat, dan lain-lain? Adakah ia tidak kelihatan hypokrit untuk Pakatan Harapan menyuruh pengundi menjatuhkan kerajaan untuk kesalahan yang sama yang Pakatan Harapan sendiri telah lakukan?
Itu adalah apa yang telah menyukarkan Mahathir, Daim, Anwar dan Kit Siang. Oleh itu mereka perlu untuk mengalihkan perhatian jauh daripada apa yang Pasukan Petugas Khas hampir umumkan tidak lama lagi. Sekiranya, katakan, Pasukan Petugas Khas mengumumkan penemuannya beberapa hari sebelum Hari Raya, iaitu semasa rakyat Malaysia akan balek kampung, itu dahsyat. Orang akan bercakap tenteng bagaimana Mahathir dan Daim curi AS$10 bilion wang pembayar cukai dan bagaimana Anwar menyembunyikan jenayah dan berbohong kepada Parlimen dan bagaimana Kit Siang mendedahkan jenayah dan bercakap tentangnya selama 20 tahun — dan bagaimana, sekarang, Kit Siang tidak lagi bercakap mengenainya dan telah memaafkan Mahathir, Daim dan Anwar sejak mereka menjadi sekutu politik.
Ya, ia dilihat buruk, adakah tidak? Dan itulah yang menyebabkan panik. Dan itulah mengapa mereka duduk — bersama dengan Matthias Chang, Cynthia Gabriel and Sivarasa Rasiah — untuk merancangkan rancangan bagaimana untuk mengalihkan perhatian jauh daripada kecelakaan yang menanti dalam pengumuman Pasukan Petugas Khas .Dan semasa itulah apabila mereka merancang ‘AS-DoJ Bahagian 2’.
Untuk membayar pengumuman DoJ, Mahathir menderma AS$5 juta kepada Clinton Foundation dan sebahagian wangnya pergi ke orang-orang Lynch.
Pada 2016, Mahathir hantar Mathias Chang, Khairuddin Abu Hassan, Zeti Akhtar Aziz, Abu Kassim Mohamed, dan Abdul Gani Patail ke Amerika Syarikat untuk berjumpa DOJ. Pada 20th July 2016, DoJ mengumumkan tentang penyiasatan terhadap 1MDB. Itu sepatutnya sebagai guruh sebelum kilat — tetapi disebabkan oleh kesilapan besar Daim dan Kadir Jasin, kilat tidak berlaku. Dan Mahathir naik berang.
Kali ini mereka tidak harus gagal. Oleh itu minggu ini pengumuman DOJ dirancang rapi. Mahathir menyuruh Matthias and Sivarasa untuk menulis kenyataan DoJ ( di mana mengapa ia datang dalam 251 muka surat, dengan lebih separuh merupakan fitnah dan tidak relevan kepada isu). Apa yang Mahathir mahu bukanlah dokumen perundangan tetapi dokumen yang dipenuhi sensasi dan drama, walaupun ia tidak relevan kepada isu dan tidak boleh dibuktikan atau bertahan di mahkamah. Bagaimanapun, Mahathir tidak mengharapkan dokumen tersebut pergi ke mahkamah. Dan walaupun jika ia berlaku, sudah tentu Mahathir sudah lama mati dan tidak wujud lagi.
Lagu-dan-tarian DoJ ialah bukan untuk tujuan perundangan. Ia untuk tujuan politik. Tindakan undang-undang memakan masa terlalu lama dan memberi keputusan sebagaimana yang tidak diharapkan. Dan walaubagaimana pun siapa boleh tunggu sepuluh tahun? Laporan Pasukan Petugas Khas atas kerugian AS$10 bilion pertukaran wang asing akan siap dalam tempoh minggu, sekira tidak hari, sementara pilihan raya boleh jadi bila-bila masa daripada Ogos tahun ini kepada setengah tahun pertama tahun hadapan. Oleh itu kita bergakap tentang rancangan 12 bulan paling baik. Dan, sudah tentu, perkara tentang DoJ tidak boleh diselesaikan dalam tempoh 12 bulan.
Oleh itu rancangannya adalah mudah. Sejurus setelah pengumuman DOJ dibuat, setiap orang harus memberi respon dan memukul kiri, kanan dan tengah.Dan itu sedang berlaku, malah termasuk ketika anda sedang membaca ini. Strategi mereka ialah sebolehnya membuat rioh dan memastikan keriohan datangnya daripada sebanyak mungkin orang. Ia ibarat permainan bunga api pada 4hb Julai.
Pengumuman DoJ hanya mereupakan banyak keriohan dan permainan bunga api untuk menarik perhatian dan mengalih perhatian setiap orang daripada laporan yang akan siap tentang skandal AS$10 bilion spekulasi mata wang asing (forex).
Oleh itu Muhyiddin Yassin minta Rosmah Mansor untuk memulangkan barang kemas. Gobind Singh Deo meminta KPN untuk melancarkan satu siasatan jenayah. Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta satu persidangan khas Parliamen untuk membincangkan pengumuman DOJ. Lim Kit Siang meminta seluruh Kabinet meletak jawatan Rabu hadapan.Dan oleh itu segala jeritan dan ratapan akan berlarutan sampai minggu hadapan sehingga semua orang balek kampung hujung minggu hadapan.
Sekiranya anda baca butir-butir dalam dokumen pengumuman sebanyak 251 muka surat , melainkan anda yang mempunyai otak yang perlahan, anda boleh lihat bahawa ia semata-mata merupakan satu eksesais dalam pembentukan-persepsi. Setengah pihak mengatakan dokumen tersebut merosakkan. Tetapi dalam cara mana ia merosakkan? Ia hanya merosakkan imej dan reputasi Najib sekiranya anda percaya apa yang telah didakwa. Ia tidak, bagaimanapun, dari segi undang-undang merosakkan Najib. Dari segi undang-undang Najib tidak akan terjejas. Tentang imej dan reputasi beliau merupakan perkara yang lain.
Penyokong Pakatan Harapan, seperti Dapsters dan Pakatuns, akan mempercayai dokumen 251 muka surat ini. Tetapi dengan itu mereka membenci Najib, Umno, Barisan Nasional dan kerajaan, walaupun sekiranya DoJ tidak buat pengumuman itu dan dokumen 251 muka surat tidak dikeluarkan. Oleh itu, apakah perbezaan hasilnya? Walaupun sekiranya DoJ mengeluarkan satu kenyataan mengatakan bahawa atas siasatan selanjutnya mereka berpendapat bahawa Najib tidak bersalah mencuri RM42 billion wang 1MDB, sebagaimana didakwa oleh Mahathir, Dapsters and Pakatuns sudah tentu tidak akan mempercayai nya. Mereka akan mengatakan DoJ bohong.
Dalam lain perkataan, Dapsters dan Pakatuns akan mengundi Pakatan Harapan tidak kira apa yang berlaku. Pengumuman DoJ ini tidak akan mengubah apa-apa. Penyokong tegar Umno akan juga mengundi Umno tidak kira apa yang berlaku, sementara penyokong tegar PAS akan mengundi PAS. Itulah merupakan realiti keadaan. Tetapi kemudian 30% mereka atas pagar , mereka yang belum membuat keputusan kemungkinan boleh dipengaruhi. Dan inilah sasaran mereka. Dan dalam pilihan raya di mana hanya 5% undi boleh ditentukan keputusanya, 30% atas pagar bukan perkara yang kecil.
Oleh itu pusingan kedua pengumuman DoJ merupakan objektif dua cabang. Ia bukan tentang pergi ke mahkamah.Itu terlalu makan masa dan tidak mencapai objektif jangka pendek mereka. Ia tentang mewujudkan senjata mengalih perhatian besar-besaran (weapon of mass distraction) supaya mereka boleh mengalih perhatian orang ramai jauh daripada laporan tentang kerugian yang dialami Bank Negara berjumlah AS$10 bilion kesan daripada spekulasi mata wang asing (Forex) dan kebenaran disebalik skandal itu. Dan ia merupakan mempengaruhi pengundi atas pagar dan pengundi yang belum buat keputusan dengan cerita bahawa Najib dan Umno curi AS$4.5 bilion wang rakyat.
Khairuddin dan Matthias terbang ke Amerika Syarikat untuk berjumpa DoJ untuk memajukan ‘aduan’, di mana asas kepada pengumuman DoJ.
Apa yang Mahathir harap untuk capai ialah untuk beritahu orang: hey, lupakan tentang AS$10 bilion yang Pasukan Petugas Khas kata yang saya curi walau pun ia bernilai AS$23 bilion hari ini, dan disebaliknya tumpukan ke atas AS$4.5 bilion di mana DOJ mengatakan Najib curi.
Sebenarnya DoJ tidak mengatakan Najib mencuri apa-apa. Mahathir yang mengatakan bahawa DOJ kata Najib curi AS$4.5 bilion. Dan itulah tujuan kepada keriohan pada dua hari yang lepas, yang akan belarutan sehingga Hari Raya. Dan, sudah tentu, Mahathir tidak akan beritahu rakyat Malaysia bahawa dokumen DoJ mengandungi banyak ‘butiran’ sebab ia ditulis oleh Matthias, Sivarasa dan Cynthia untuk dimajukan kepada DoJ untuk diedarkan.
Sebenarnya ia merupakan strategi yang baik sekiranya pilihan raya umum akan diadakan selepas Hari Raya. Tetapi sekiranya pilihan raya umum akan diadakan setahun lagi , segala usaha akan membazir—melainkan mereka mendapatkan semula DoJ untuk membuat pengumuman ke tiga setelah Parlimen dibubarkan setahun daripada sekarang.
Tetapi oleh itu satu tahun terlalu lama dalam politik. Banyak perkara boleh berlaku dalam hanya satu minggu. Sekiranya Kebakaran Menara London telah berlaku sebelum pilihan raya umum UK baru-baru ini, disebalik hanya , keputusannya mungkin berbedza dan mungkin Perdana Menteri UK sekarang ialah Jeremy Corbyn.
Tetapi sudah tentu, Dapsters dan Pakatuns sedang merayakan sepanjang malam dan minum minuman semasa Hari Raya ini. Tetapi parti jamuan tidak akan bertahan selama-lamanya, walaupun ia parti jamuan marathon. Lambat laun semua parti jamuan harus berakhir dan semua orang akan balik ke rumah. Dan itulah masanya bila Najib akan menghentam balik. Dan beliau akan menentukan bahawa hentamannya akan menyebabkan kerosakan kekal dan meninggalkan parut sepanjang hayat. Lepas itu beliau akan memanggil pilihan raya umum dan membunuh Pakatan Harapan semacam mana Red Indian membunuh tentera George Armstrong Custer di Little Big Horn.
Oh, dan satu perkara akhir, tolong ingat apa yang anda baca disini dan bahawa Malaysia Today adalah yang pertama untuk meramalkan pembunuhan beramai-ramai Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang dan serangan hebat DOJ keseluruhannya tidak berjaya untuk menjatuhkan Najib, UMNO dan Barisan Nasional.
Mahathir belanja jutaan untuk mendapatkan DOJ membuat pengumuman yang telah diumumkan pada 20hb Julai 2016 dan jutaan lagi yang telah diumumkan pada 15hb Jun 2017; harga biasa seorang harus bayar untuk perkhidmatan lobi di Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment