Thursday 15 June 2017

JALAN SELAMAT UNTUK CLARE REWCASTLE-BROWN KE MALAYSIA TIDAK DIJAMIN, KATA KETUA POLIS NEGARA(KPN).



Sekiranya pengarang Sarawak Report mahu datang, biar beliau datang dan buktikan apa-apa sahaja yang beliau telah dakwa selama ini, kata KPN Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara (KPN) kata bahawa beliau tidak dapat menjamin ruang yang selamat bagi pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown sekiranya beliau membuat keputusan untuk datang ke Malaysia.
Dengan dakwaan bahawa Rewcastle-Brown telah mencela reputasi atau nama baik Polis DiRaja Malaysia (PDRM), KPN Khalid Abu Bakar menyatakan bahawa beliau harus datang ke Malaysia, dan membuktikan semua dakwaan yang beliau telah buat selama ini melalui laman sesawang fitnahnya, Sarawak Report.
Saya tidak dapat menjamin ruang yang selamat untuk beliau datang. Sekiranya beliau mahu datang, biar beliau datang dan buktikan segala apa dakwaan dan tuduhan yang beliau telah buat selama ini,” katanya setelah melancarkan kempen keselamatan jalan raya untuk musim perayaan sekarang, Ops Selamat 11, di sini hari ini.
Khalid menyatakan kebanyakkan laporan dan dakwaan atau tuduhan yang dibuat dalam Sarawak Report adalah hearsay atau tanpa asas, beliau menambah bahawa Rewcastle-Brown telah membuat tuduhan yang tidak berasas terhadapnya dan beberapa pihak lain di Malaysia.
Beliau telah buat banyak bising, dakwaan dan tuduhan, yang semuanya tidak berasas,” beliau berkata.
Beliau menambah bahawa Rewcastle-Brown, yang berpengkalan di London, mempunyai dendam peribadi dan beliau mahu mencurahkan sedikit demi sedikit sementara membuat semua tuduhan-tuduhan ini daripada seberang laut.”
Setelah ditanya sekira polis akan menyiasat peguam Muhammad Shafee Abdullah atas dakwaan oleh Sarawak Report kononnya RM9.5 juta dipindahkan dalam akaun beliau dari akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak, Khalid mengatakan sebelum itu beliau ada “menjemput” Rewcastle-Brown untuk membantu dalam penyiasatan mereka.
Sarawak Report sebelum ini ada menyiarkan satu artikel atas pemindahan itu, mendakwa bahawa pembayaran RM9.5 juta telah dibuat dalam dua kali pembayaran,pada September 2013 dan February 2014.
Rewcastle-Brown dilaporkan telah berkata bahawa polis Malaysia adalah bebas untuk berjumpa beliau di UK sekiranya mereka hendak bercakap dengannya.
Kenapa di UK dan tidak di Malaysia? Bukankah yang menjadi mangsa ialah seratus peratus rakyat Malaysia? Yang menaja fitnah Sarawak Report juga merupakan rakyat Malaysia. Oleh itu adalah wajar bagi Rewcastle-Brown disiasat oleh PDRM dan diadili  di Mahkamah Malaysia didakwa mengikut Akta Fitnah 1957 (Akta 286) dan dibaca bersama mengikut Seksyen 499-502 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment