Saturday 10 June 2017

MAHATHIR IBARAT KUCHING DI KALANGAN BURUNG MERPATI

Ringkasan artikel:

Mempunyai Mahathir dalam Pakatan Harapan dengan hebatnya akan menguntungkan Barisan Nasional sebab ia ibarat membuang kuching ke dalam kalangan burung merpati.  Mahathir sedang mencipta lebih banyak kerosakkan di sebelah sana seolah-olah beliau sedang berkerja untuk Najib. Tawaran Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan merupakan rahmat Allah untuk Najib. Itu akan memberi kelebihan beberapa kerusi parlimen untuk Najib dan malah akan menjauhkan Pakatan Harapan daripada menguasai Putrajaya.



Gambar tentang Tun Dr Mahathir Mohamad membelek-belek talipon pintar dengan kameranya sementara semua orang mengangkat poster tertera ANWAR PM KE7mungkin boleh memenangi anugerah gambar tahun 2017. Sekiranya satu gambar boleh melukis seribu perkataan maka gambar tersebut boleh melukis sepuluh ribu lagi perkataan.
Mahathir telah terperangkap tidak bersedia (caught with his pants down) atas episod tersebut. Beliau tidak menyedari bahawa PKR akan menyerang hendap beliau dan memalukannya di khalayak ramai dengan mengadakan demonstrasi (dan itulah apa dia, satu demonstrasi) sebagai proklamasi bahawa Anwar Ibrahim sebagai calon yang mereka lantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya akan datang. Dan laungan ‘reformasi’ membuat ia lebih jelas bahawa demonstrasi ‘ANWAR PM KE7 merupakan satu acara anti-Mahathir.


‘Reformasi’ adalah laungan-perang yang dicipta oleh Anwar pada September 1998 sebagai laungan-perang anti-Mahathir. Sejak itu, hampir 20 tahun hingga kini, itu merupakan laungan-perang PKR untuk menentang Mahathir dan penggantinya — Tun Abdullah Ahmad Badawi dan  Najib Tun Razak. Dan Mahathir tahu bahawa setiap kali aktivis PKR melaungkan ‘reformasi’ semasa kehadiran beliau itu adalah ibarat sebagai satu tamparan di mukanya.
Tidak hairan, sebagaimana ditunjukkan gambar tersebut, Mahathir berlagak tenang dan berkira-kira sementara acara mengankat poster dan laungan-reformasi terus berjalan. ‘Alasan’ beliau tidak mengkat poster ‘ANWAR PM KE7’ dan tidak ikut sama dalam laungan ‘reformasi’ ialah kerana beliau sibuk. Kononnya beliau cuba merkamkan peristiwa tersebut dalam telefon pintarnya dan beliau bukanlah seorang yang boleh melakukan pelbagai kerja dalam satu masa dan beliau hanya mampu melakukan satu kerja untuk satu masa..
Perasaan sebenar Mahathir tentang peristiwa yang amat memalukan,bagaimanapun, telah didedahkan seketika beliau kembali ke rumahnya. Beliau amat marah lalu memanggil Kadir Jasin, Syed Akbar Ali dan Zainuddin Maidin atau. Zam untuk satu mesyuarat tergempar di rumahnya di The Mines.

Kadir kononnya strategis media Mahathir yang beroperasi seperti orang hulu negara dan terlalu angkuh.
Mahathir  jelas terangsang dengan peristiwa tersebut sebab bukan sahaja beliau merungut tentang diserang hendap dan dimalukan oleh PKR, beliau juga merungut bahawa Muhyiddin Yassin tidak membuat sebarang kerja dan menghabiskan masa pergi bercuti sementara anaknya, Mukhriz, tidak mengambil perkara sebagai serius dan membiarkan Mahathir melakukan semua kerja. Mahathir mengeluh bahawa Muhyiddin dan Mukhriz mahukan kuasa dihidangkan kepada mereka di atas pinggan perak.
Setakat ini tiada perkara berlaku sebagaimana yang telah dirancang Mahathir. Pada  2014, semasa Mahathir melancarkan serangan pertama ke atas Najib dengan laporan polis Khairuddin Abu Hassan terhadap 1MDB, beliau telah dijanjikan bahawa dalam tempoh lebih kurang enam bulan Najib akan mati (ditumbangkan) dan       Muhyiddin akan jadi Perdana Menteri dengan Mukhriz sebagai orang kedua. Itu 36 bulan yang lalu dan hingga kini mereka masih lagi jauh untuk menjatuhkan Najib.
Syed Akbar telah beri amaran kepada Mahathir bahawa Islam akan musnahkan Malaysia macam mereka lakukan terhadap negara Islam yang lain, oleh itu PAS tidak harus dibenarkan dalam Pakatan Harapan.
Mahathir juga telah melepaskan perasaan marahnya kepada  Lim Kit Siang kerana menutup Pakatan Rakyat pada June 2015, hanya satu bulan sebelum Najib dijangkakan dijatuhkan. Sebab kerana itu, kata Mahathir, “Kita hilang PAS.” Kebodohan dan kedegilan Kit Siang menyebabkan Pakatan akan hilang sekurang-kurang 30 kerusi parliamen dan tanpa kerusi tersebut mereka akan berakhir dengan hanya mempunyai lebih kurang 60 kerusi semasa pilihan raya akan datang.
Pakatan Harapan memerlukan sekurang-kurang 115 kerusi parliamen untuk membentuk kerajaan yang akan datang. Sekarang, tanpa PAS, mereka hanya mempunyai setengah daripada jumlah tersebut.Mereka memerlukan lagi 55 kerusi dan malah dengan PAS mereka masih akan kekurangan lebih kurang 25 kerusi.
Mahathir kelihatan putus asa dan kuasa tembakan tiada lagi dalamnya. Kadir, Syed Akbar and Zam melihat antara mereka. Mereka khuatir Mahathir mungkin membuat keputusan membuang tuala dan meletak jawatan pada malam yang sama. Beliau kelihatan sungguh tertekan untuk melakukannya. Oleh itu mereka menghasilkan satu pelan, dengan harapan ini akan menaikan sedikit semangat Mahathirt. Dan pelan itu untuk Mahathir mengumumkan bahawa beliau sendiri akan menjadi Perdana Menteri sekiranya ‘kawan’ dalam Pakatan Harapan mahu beliau menjadi Perdana Menteri.
Pakatan Harapan telah terpegun dengan tawaran Mahathir yang tidak direspon oleh sesiapa. Ia merupakan senyap dan sepi daripada semua pemimpin Pakatan Harapan melainkan Mukhriz yang menyatakan bahawa beliau keliru dengan kenyataan bapanya dan mungkin media salah petik Mahathir atau beliau berseloroh. Mukhriz cuba membiarkan perkara samar ini untuk terus menjadi kabur supaya tiada siapa boleh menekan beliau kemudian tentang apa yang beliau telah kata.
Idea ini daripada Kadir Jasin, Syed Akbar dan Zam terlalu bodoh membuat sesaoarang berfikir sama ada mereka bertiga ini merupakan kuda Trojan bekerja untuk Najib. Ini merupakan pelan yang teburuk dirancang dalam tempoh 36 bulan dan malah ahli politik novis (baru) boleh beritahu anada bahawa tawaran Mahathir adalah satu epik bencana.
Kadir Jasin merancang strategi media dengan Jahabar Sadiq daripada The Malaysian Insight.
Mahathir mengatakan beliau tidak akan bertanding pilihan raya akan datang. Sekarang beliau menawarkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan.Oleh itu ini bermakna beliau merancang untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Dengan itu Mahathir harus sekarang mengisytiharkan kerusi mana yang beliau akan bertanding sebab sekiranya beliau bertanding di kerusi lama beliau Kubang Pasu beliau akan rugi masa yang besar.
Sekiranya Mahathir akan bertanding kerusi lama beliau Kubang Pasu, beliau akan harus menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan Mohd Johari Baharum dari Umno yang akan menanag 60% undi . PAS akan menang 30% sementara Mahathir akan berjuang untuk memenanagi hanya 10% undi. Sekiranya itu apa yang akan berlaku adalah lebih baiak Mahathir meletakkan pistol di sisi kepala dan memetik picu. Itu akan kurang menyakitkan..
Atau mungkin Mahathir boleh bertanding di 90% kerusi Cina di Pulau Pinang dan DAP boleh beritahu kaum Cina untuk undi Mahathir. Cara itu Mahathir boleh ditentukan menang walaupun itu akan membuatkan beliau sebagai Ahli Parlimen milik-Cina. Tetapi  Pakatan Harapan memang sudah dipunyai DAP, walaubagaimanapun oleh itu ia tidak kisah lagi.


No comments:

Post a Comment