Sunday, 4 June 2017

MAHATHIR MEMBAWA KEBODOHAN KE TAHAP YANG TINGGI

Ringkasan artikel:

Mahathir dengan tidak sedar mengaku bahawa Najib telah habiskan  Muhyiddin dan Mukhriz apabila beliau menawarkan dirinya sebagai calon Pakatan untuk jawatan Perdana Menteri. Bukan sahaja ini dilihat sebagai mengikis di dasar tong tetapi malahan telah menjadi satu bencana yang besar apabila tiada siapa daripada Pakatan Harapan menyahut kepada ‘tawaran’ Mahathir, memaksa Mukhriz memuatkan satu cubaan mengawal kerosakkan (damage control) yang lemah yang telah mewujudkan lebih banyak lagi kerosakan.



“Saya tidak boleh tidak hiraukan rakan saya dalam Pakatan Harapan. Sekiranya mereka mempunyai sebarang cadangan dan ia dipersetuju, kemudian saya mungkin terpaksa mempertimbangkannya. Pada masa ini, saya tidak setuju jadi Perdana Menteri”, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mahathir telah menyatakan banyak perkara bodoh selama 48 tahun sejak 1969 (bermula dengan perkataa ini ‘Saya tidak perlu undi Cina untuk memenanagi pilihan raya’) tetapi ini mungkin perkara teramat bodoh pernah dikatakan. Mahathir mungkin tidak menyedarinya, tetapi beliau dengan tidak sengaja mengakui bahawa beliau telah gagal dan sekarang terpaksa kembali semula ke asal dan memulakan balik keseluruhannya. Bercakap tentang  faux pas atau kesilapan kenyataan yang memalukan tahap tertinggi. Apa di dalam nama shurga yang Mahathir punyai apabila beliau membuat kenyataan tersebut?
Pertama sekali, dalam politik tidak ada istilah kawan. Oleh itu apa “kawan dalam Pakatan Harapan” yang beliau katakan? Hakikatnya, Pakatan Harapan malahan bukan bukan parti politik, ia hanya merupakan sebuah gabungan. Gabungan dibentuk bukan kerana kawan tetapi kerana atas kepentingan bersama atau melawan musuh bersama.


Bagaimanapun, mereka kelihatan sedar tentang kesilapan Mahathir yang dilakukan dalam membuat pengisytiharan itu, oleh itu mereka sekarang sedang melakukan kawalan kerosakan atau ‘damage control’. Mukhriz kata beliau keliru dan tidak pasti sama ada bapanya benar-benar menyatakan apa yang beliau telah laporkan telah berkata dan sekiranya beliau ada berkata mungkin ia satu gurauan. Ini tipikal pusingan U ‘seperti media salah petik saya’ yang ahli politik gemar lakukan sebagai alasan.
Walau apa pun,kerosakan telah pun dilkukan dan tiada jumlah pusingan-U boleh memadamkannya. Ia telah menjadi rekod bahawa Mahathir bersedia kembali semula sebagai Perdana Menteri sekiranya ‘kawannya’ dalam Pakatan Harapan berhasrat memberi beliau balik jawatan Perdana Menteri setelah bercuti 14 yahun.
Hujah Mahathir bahawa beliau mempunyai 22 tahun pengalaman sebagai Perdana Menteri , oleh itu beliau boleh menjadi aset Pakatan Harapan. Selepas itu.sudah tentu, beliau mempunyai 14 tahun pengalaman sebagai Perdana Menteri de facto (atau sekurangnya beliau boleh ingat sebagai Perdana Menteri Malaysia de facto ). Supaya jumlah keseluruhan 36 tahun keseluruhannya, atau 37 tahun menjelang pilihan raya akan datang. Itu hampir sama dengan tempoh pemerintahan Robert Mugabe dari Zimbabwe yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri dan kemudian sebagai Presiden selama 37 tahun dan 43 hari.

Sekarang Mahathir sedar dengan penuh tertekan bahawa Mukhriz bukanlah merupakan lampu yang terang dalam candelier.
Mahathir ingat beliau hanya menguji air sama seperti apa yang Tengku Razali Hamzah lakukan berbalik pada 1986. Pada 1986, Tengku Razaleigh menguji air dengan mengatakan bahawa sekiranya ‘kawannya’ hendakkan beliau mencabar Mahathir untuk presiden parti mereka boleh berbuat demikian. Sekarang Mahathir sedang melakukan perkara yang sama. Tiada siapa yang memerlukan untuk beliau kembali semula sebagai Perdana Menteri Malaysia Oleh itu beliau telah membuat kenyataan untuk melihat sama ada, ada orang akan minta beliau kembali semula sebagai Perdana Menteri memandangkan beliau telah menawarkan dirinya.
Sebenarnya ia merupakan satu muslihat politik yang baik dan langkah ini telah dilakukan banyak kali. Tetapi bagi kase Mahathir ia merupakan tindak- balas ke atas mukanya. Sekiranya ini perkara yang mengejut, ia boleh diterima. Tetapi kemudian apabila Mahathir pertama membuat gerakan ke atas Perdana Menteri Najib Tun Razak pada  2014 ia dilihat untuk menjadikan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang baru dan anaknya , Mukhriz, sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dengan itu apa sahaja Mahathir kata dan lakukan harus dihubung kait dengan itu atau jika tidak ia dilihat sebagai satu pusingan-U atau pertukaran pelan.
Dengan jelas Mahathir telah mengenepikan Muhyiddin, di mana mengapa beliau telah menawarkan dirinya dan bukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan akan datang .Dan beliau tidak boleh menamakan Mukhriz sama sebab beliau tahu anaknya tidak menyerlah dan tiada jalan untuk beliau sekarang menjadi Perdana Menteri, atau malahan Timbalan Perdana Menteri. Oleh itu Mahathir perlu jadi Perdana Menteri di mana beliau boleh melantik anaknya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Itu sahaja satu jalan yang membolehkan Mukhriz menjadi Perdana Menteri dengan syarat PPBM memperolehi kerusi majoriti dalam Pakatan Harapan pada PRU ke-14 akan datang. Jika tidak nae(6) tolak nae(6) licing (0).


Skandal sex Muhyiddin dengan Nika Gee sedang mengakhiri kerjaya politik beliau.
Kerjaya politik Muhyiddin dan Mukhriz sedang menuju ke peringkat akhir. Skandal sex Muhyiddin terlalu panas untuk disapu di bawah permaidani sementara Mukhriz akan menjadi tolol kampung (village idiot).
Mukhriz sepatutnya memulakan kerjaya politiknya setelah Mahathir bersara pada 2003 dengan pertama peningkatan melalui jawatan Pergerakan Pemuda UMNO dan selepas itu menjadi salah seorang Naib Presiden UMNO diikuti Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri dan akhir sekali Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia.
Walau pun semua perancangan dan wang yang  Mahathir belanja, satu dan setiap masa Mukhriz masih gagal. Enggan untuk menerima hakikat bahawa anaknya yang jelas tidak cekap atau incompetent, Mahathir menyalahkan Perdana Menteri ketika itu  Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan sekarang Perdana Menteri Najib, terhadap kegagalan anaknya. Dengan ringkas, Mahathir menyalahkan Abdullah and Najib kerana tidak menolong anaknya memenanagi semua jawatan yang beliau bertanding, di mana akan meletakkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri akan datang.
Oleh itu semua cakap-cakap tentang Abdullah sebagai korup dan dengan itu beliau perlu disingkirkan (dan, sekarang, Najib korup dan beliau juga perlu disingkirkan)adalah jelas merupakan masalah ketamakan Mahathir. Sekiranya itu benar Mahathir tidak mencadangkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri akan datang sebab Muhyiddin mempunyai banyak kase korup dalan fail beliau, di mana Mahathir tidak akan membenarkan Agensi Pencegah Rasuah (sekarang dikenali SPRM) untuk mengambil tindakan terhadap perlakuan korup Muhyiddin yang terkenal oleh setiap orang dan anjingnya di Johor boleh menceritakan cerita ngeri tentang perkara ini.

Mahathir membuat gerakanya terhadap Najib pada 2014 dengan menjangkakan  hingga July 2015 Mukhriz akan menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru tetapi Najib membuktikan bahawa ianya salah dan sekarang Mahathir sedang menjilat lukanya.
Mahathir tahu bahawa beliau perlu bermula daripada asal sekiranya Mukhriz ingin dijadikan Perdana Menteri. Beliau tahu beliau tidak lagi boleh bergantung ke atas Muhyiddin untuk perkara ini.  Muhyiddin tidak akan jadi Perdana Menteri, di mana ini bermakna Mukhriz juga tidak akan jadi Timbalan Perdana Menteri. Hanya satu jalan yang Mukhriz boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri apabila sekiranya Mahathir sendiri menjadi Perdana Menteri sekali lagi. Itulah sebabnya beliau sendiri menawarkan dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan sekiranya memenagi pilihan raya umum akan datang. Itu pun juga tertakluk sekiranya PPBM memperolehi kerusi terbanayak dalam Pakatan Harapan. Jika tidak, harapan Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi akan tinggal harapan.
Bagaimanapun, setelah Mahathir membuat tawaran, tiada siapa dari Pakatan Harapan telah membuka mulut mereka. Semua pihak sunyi sepi melainkan Mukhriz menyatakan beliau tidak pasti sama ada bapanya benar-benar menyatakannya atau beliau disalah petik oleh media atau beliau hanya berseloroh. Mengapa tiada respon dari  DAP, PKR dan PAN ke atas tawaran Mahathir? Dan mengapa hanya Mukhriz dari PPBM atau Pribumi membuka mulut — dan malahan itu pun dalam nada mengawal kerosakan atau damage control?
Tiada siapa mahu respon sebab mereka tahu apa pun respon mereka beri akan menyakiti Pakatan Harapan. Jika mereka bersetuju Mahathir menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan akan juga menyakiti mereka. Juga jika mereka tidak setuju akan menyakiti mereka. Oleh itu adalah lebih baik mereka mendiam diri dan tidak berkata apa-apa. Dan jika mereka benar-benar perlu menyatakan sesuatu mereka hanya mungkin menyatakan ‘tidak mendengar apa yang Mahathir kata’ atau ‘kemungkinan Mahathir berseloroh’ — seperti apa yang Mukhriz kata.


DAP dan bukan Mahathir akan memutuskan siapa  yang menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang.
Tidak kira siapa yang menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Pakatan Harapan akan tertakluk kepada parti yang memenangi kerusi yang terbanyak di Parlimen untuk membuat keputusan. Dan dengan lebih kurang 55 kerusi  DAP merupakan parti yang mempunyai kerusi terbanyak dalam Pakatan Harapan. Parti Mahathir dengan hanya satu atau dua kerusi tidak ada suara dalam hal ini. Malahan PKR, yang berusaha untuk memenangi 30 kerusi, atau PAN, di mana akan bernasib baik sekira boleh memenangi malahan sepuluh kerusi.
Bagaimanapun, langkah permulaan, Pakatan Harapan harus menang lebih kurang 115 kerusi sebelum mereka boleh bercakap tentang siapa yang harus menjadi Perdana Menteri.Dan, untuk memenangi 115 kerusi, DAP bukan sahaja menang 55 kerusi tetapi  PKR, PAN and Pribumi harus menang baki jumlah 60 kerusi. Dan, untuk menanag baki jumlah 60 kerusi, PKR harus menanag tidak kurang daripada  30 kerusi sementara PAN dan Pribumi harus menang lagi jumlah 30 kerusi.
Itu merupakan tugas yang teramat susah. Sebagaiman keadaan sekarang, Pakatan Harapan sedang bertungkus lumus untuk menang 80 kerusi. Sekiranya mereka terus tidak bersatu padu dan bertindak bersama dalam Pakatan Harapan, mereka akan  hanya dapat 65-70 kerusi sahaja. Itu merupakan realiti keadaan setakat hari ini. Dan lebih lama lagi Najib mengheret kakinya untuk mengadakan pilihan raya umum, lebih banyak lagi kerosakan terhadap Pakatan Harapan, ini disebabakan masalah dalaman diri mereka sendiri. Masa ialah sahabat karib Najib.  Dan Najib masih ada setahun lagi sebelum perlu mengadakan pilihan raya umum. Dan antara setahun akan datang  Pakatan Harapan akan mengelunsur ke bawah bukit , malahan akan berada lebih jauh lagi di bawah bukit.

Mungkin ada orang mempersoalkan kesiuman atau kewarasan Mahathir menawarkan dirinya sebagai Perdana Menteri apabila Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang. Mahathir mungkin kelihatan semacam haiwan yang kompleks tetapi beliau tidak. Jawapan kepada mengapa Mahathir melakukan harakiri atau bunuh diri amat mudah. Semasa di konvensyen parti PKR yang lepas mereka telah menghina beliau, oleh itu inilah cara orang tua itu membalas tembakan daripada mereka.
PKR mencadangkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri semasa laungan ‘reformasi’. Itu bermakna sebagai satu penghinaan kepada Mahathir dan Mahathir menerimanya sebagai satu penghinaan. Laungan perang ‘reformasi’ pada asasnya merupakan satu laungan perang anti-Mahathir Dalam tiada terma yang tidak pasti Mahathir menerima tamparan semasa konvensyen PKR baru-baru ini dan tiada penghinaan yang lebih tinggi daripada satu yang diberi PKR kepada Mahathir bulan lepas.
Hakikatnya Mahathir kata yang beliau tidak mahu bertanding pada pilihan raya umum akan datang dan namun beliau menawarkan dirinya sebagai Perdana Menteri, ini kelihatan anih atau ganjil. Anda perlu menjadi seorang Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri. Oleh itu, sekiranya anda tidak akan bertanding pilihan raya umum akan datang, macam mana anada boleh dilantik sebagai Perdana Menteri? Adakah Mahathir sudah kehilangan akal?

Penggantian kepada seorang pengantin perempuan.
Sekira nya semua Pakatan Harapan boleh bersetuju untuk Mahathir sebagai Perdana Menteri akan datang ia serupa dengan mengikis di dasar tong. Ini serupa juga dengan cerita pengantin perempuan menghadapi kemalangan dalam perjalanan ke majlis perkahwinan dan nenek pengantin pengantin perempuan menawarkan dirinya sebagai pengganti kepada pengantin perempuan dengan menjangkakan pengantin lelaki menerima tawaran ini. Ia membuat seorang berfikir sama ada Mahathir bermain dengan kad dek yang penuh atau hanya tiga suku kad dek (apa yang orang Melayu kata sebagai tiga suku).

No comments:

Post a Comment