Monday, 26 June 2017

APAKAH NEGERI PULAU PINANG SEDANG MENUJU ‘FAILED STATE’?

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Sr. Muhamad Farid Saad menimbulkan persoalan apakah Pulau Pinang yang diterajui Dap sedang menuju menjadi sebuah ‘failed state’.“Data Jabatan Perangkaan telah menunjukkan bahawa purata kenaikan pendapatan pada tahun 2016 berbanding dengan 2010 adalah 39% bagi keseluruhan Malaysia.Ini kerana katanya melihatkan kepada perangkaan terkini Purata Gaji & Pendapatan Bulanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan yang di keluarkan pada 8 hb Mei 2017.
“Jika dilihat kepada jadual di sini, kedudukan Pulau Pinang kini adalah ditangga ketujuh daripada 16 buah Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia. Pada tahun 2012, purata pendapatan rakyat Negeri Johor telah mengatasi Pulau Pinang dan pada tahun 2013 Negeri Sembilan mengatasi Pulau Pinang. Negeri-negeri seperti Terenganu, Kelantan dan Perak telah menunjukkan pengukuhan yang jauh lebih baik dari Pulau Pinang.
Akan tetapi bagi Pulau Pinang, peratus kenaikan hanyalah 35.81%, iaitu dibawah purata negara. Dengan lain perkataan negeri di bawah purata (below average state).
“Purata Kadar pengangguran negara adalah pada kadar 3.4% pada tahun 2016. Jika dirujuk kepada ucapan bajet YAB Ketua Menteri tahun lepas, sidang DUN telah dimaklumkan bahawa kadar pengangguran negeri Pulau Pinang adalah di paras terendah iaitu 1.6% dan terdapat kekurangan pekerja seramai 20,000 orang,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Kata beliau lagi jika dilihat daripada perangkaan terkini di atas, adakah ini menunjukkan bahawa gambaran yang diberikan oleh YAB Ketua Menteri adalah gambaran palsu yang menunjukkan seolah-olah negeri Pulau Pinang terlalu maju sehinggakan ada kerja tanpa pekerja.
“Adakah negeri yang tidak cukup pekerja, memberikan implikasi kepada purata gaji yang rendah. Adakah pengangguran sebenar di Pulau Pinang adalah tinggi kerana penutupan kilang-kilang besar dan sederhana di negeri ini?
“Adakah kadar tangga gaji atau pendapatan rakyat negeri Pulau Pinang adalah rendah berbanding dengan negeri-negeri lain. Hanya yang makan dapat merasakan sedap atau tidaknya makanan itu. Kebenaran itu milik rakyat Pulau Pinang.
“Adakah Pulau Pinang di bawah Dap sedang menuju menjadi sebuah Failed State?,” soalnya. 


No comments:

Post a Comment