Friday, 16 June 2017

TUN M, MUHYIDDIN PERLU JAWAB DAKWAAN


Dua pimpinan tertinggi Bersatu didesak tampil secara terbuka beri penjelasan kepada rakyat berhubung isu yang mengaitkan diri mereka.
Exco Armada Pusatnya, Abd Wahazir Abd Wahabi berkata, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjawab dakwaan itu supaya tidak menimbulkan kekeliruan.
“Saya bermula di peringkat bawah, di sekeliling saya pengundi atas pagar, macam mana saya nak yakinkan mereka kalau pemimpin sendiri tidak beri  keyakinan.
“Mereka perlu jawab balik tuduhan tersebut sebagaimana kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu. Angkat sumpah dan kalau rasa Muhyiddin berani sila buatlah,” katanya  semalam.
Abd Wahazir, individu kedua  tampil secara terbuka membuat desakan terhadap dua pimpinan tertinggi itu memberi penjelasan, selepas tindakan sama disuarakan Muhammad Hafiz Azhar, baru-baru ini.
“Kami rasa tak salah bagi Muhammad Hafiz minta Muhyiddin bersihkan nama daripada dakwaan skandal tersebut. Rakyat menunggu penafian,” katanya.
Justeru katanya, kepimpinan parti tidak perlu mendesak Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil tindakan terhadap Muhammad Hafiz.
Melihat kepada tindakan yang bakal diambil atas tindakannya, dia bersedia menerima sebarang keputusan.
Kedua-dua Exco terbabit mendesak Mahathir menjawab dakwaan tuduhan kekayaan dimiliki anaknya dalam masa singkat, manakala Muhyiddin pula, tuduhan skandal dengan seorang wanita.

 Pada mereka  Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak jadi perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan diberi mandat memerintah negara.
Exco Armada Pusat itu berpedapat, dalam Pakatan Harapan ramai yang ‘tidak waras’ dan dalam masa sama, banyak nama pemimpin dicalonkan bagi jawatan itu.
“Ada calonkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga mentor saya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, selain Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Saya rasa itu tidak betul, sepatutnya ada orang lain yang lebih layak jadi perdana menteri,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.


No comments:

Post a Comment