Sunday, 25 June 2017

RCI FOREX : MASA BERCAKAP AKAN KECURIAN WANG RAKYAT YANG SEBENAR SUDAH TIBA.

1MDB tidak pernah kehilangan wang.  Wang Syarikat itu juga tidak pernah dicuri, tiada ada bukti langsung untuk menyokong pembohongan yang dipopularkan Mahathir itu.  Hari ini Mahathir cuba mengatakan bahawa wang yang masuk dalam akaun Perdana Menteri pada tahun 2013 adalah wang 1MDB yang dicuri, hakikatnya itu adalah derma dari Arab Saudi dan SPRM, Bank Negara dan sebagainya ada bukti mengenai perkara tersebut.
Dua dakwaan DoJ yang karut ini juga patut ditolak siang-siang sebab ia merujuk kepada wang 1MDB yang dicuri sedangkan kecurian itu tidak pernah berlaku.
Jho Low adalah ahli perniagaan dan dia kaya dengan perniagaannya itu, bukan guna duit 1MDB seperti yang Mahathir cuba katakan.  Tak hairan, dakwaan pertama 20 Julai tahun lepas tak tahu hujung pangkal, dakwaan baru pulak masuk.
Semalam, kabinet memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal perjudian Forex yang menyebabkan rakyat kehilangan wang begitu besar jumlahnya (lebih RM 30 billion) sehingga menjadi punca kepada kejatuhan ekonomi 1997 – dimana lebih banyak wang rakyat hilang, literal dan fizikal.
Ini kecurian wang rakyat yang sebenar, bukan 1MDB.
Berbanding dengan 1MDB, skandal Forex ini menyebabkan rakyat betul-betul sengsara bila ekonomi runtuh tahun 1997, bukan acah-acah sengsara macam yang banyak berlaku sekarang. Dekat media sosial cerita rakyat sengsara, depan mata, rakyat berbelanja macam duit tidak akan pernah habis, pukul 11 malam pun masih ramai beratur nak membayar di kaunter.  Seawal pukul 4, majoriti restoran sudah tutup tempahan untuk berbuka puasa, apa najis sengsara macam itu?
Masa krisis ekonomi 1997 yang berlangsung sehingga 2001, yang kaya jatuh miskin, yang miskin bertambah miskin bila hilang kerja, saham jatuh, wang jatuh (lebih teruk dari sekarang sehingga terpaksa di’pegging’), perniagaan lingkup, kereta ditarik, kehilangan rumah akibat faedah pinjaman meningkat – semua ini berlaku dalam skala yang besar.
Penulis adalah antara bukti hidup yang bukan saja melihat semua ini berlaku malah menerima kesan darinya, boleh mengesahkan bahawa tak satu pun dari semua di atas berlaku hari, ini dek kerana kononnya wang 1MDB dicuri.
Justeru, keputusan menubuhkan RCI untuk menyiasat skandal Forex ini adalah keputusan yang tepat kerana bencana yang menyebabkan kesusahan kepada sebahagian besar rakyat itu perlu diketahui siapa yang bertanggungjawabnya.
Mahathir sudah tentulah bertanggungjawab sebab dia Perdana Menteri, mana boleh lari.  Sekalipun Menteri Kewangan orang lain, tapi dia yang lantik dan Perdana Menteri bodoh macam mana Mahathir ni sehingga tak sedar berpuluh billion wang rakyat hilang?

No comments:

Post a Comment