Banyak pihak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan anggota dan penyokong pembangkang yang sanggup mengenepikan kedaulatan negara apabila menggunakan kuasa asing untuk mencampuri urusan politik negara.
Mereka yang tidak bertanggungjawab ini sanggup memanapulasi saman sivil terbaru yang dikemukakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) sebagai satu senjata politik semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin negara dan menjayakan matlamat peribadi masing-masing.
Mereka lakukan perkara sedemikian pada Julai tahun lalu tetapi gagal dan mereka mencuba lagi pada tahun ini.
Banyak pihak yakin sungguh mereka akan menggunakan perkara yang sama pada pilihan raya umum akan datang iaitu mereka membuat manipulasi menggunakan isu ini untuk mencemarkan imej negara dan merosakkan nama baik Perdana Menteri.
Sedia maklum, bahawa Peguam Negara telah berkali-kali sebelum ini menegaskan bahawa siasatan yang dibuat menunjukkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam dakwaan aktiviti pengubahan wang haram seperti yang terkandung dalam saman sivil DOJ itu dan malahan tidak wujud apa-apa tindakan mahkamah.
Masyarakat negara ini harus faham bahawa siasatan oleh DOJ merupakan satu proses biasa di Amerika Syarikat dan ia tidak membuktikan kesahihan sesuatu dakwaan selagi perkara itu tidak diputuskan oleh mahkamah.
Tetapi ada rakyat Malaysia berasa teruja serta mengambil kesempatan atas laporan DOJ. Sudah tentu ia ( tuduhan) tidak disiasat jika tidak dilaporakan oleh rakyat Malaysia sendiri.
Terbukti ada pengkhianat dari Malaysia telah pergi ke Amerika Syarikat membuat laporan di negara itu, sedangkan negara ini mempunyai undang-undang yang sama. Matlamatnya hanyalah untuk mencemarkan nama baik negara ini kononnya undang-undang di negara ini tidak mampu memberi keadilan sepertimana yang mereka mahu, walaupun pada akhirnya ia tidak akan dibicarakan oleh mahkamah di Amerika Syarikat kerana ketiadaan bukti sahih.
Usaha ini merupakan satu usaha untuk mengalih perhatian atau red herring kerana pihak pembangkang sekarang dalam keadaan tenat serta terdesak dan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kelangsungan politik walaupun perbuatan ini diketahui sebagai keji dan kotor. Inilah hakikatnya politik pembangkang yang diamalkan sejak dahulu, iaitu matlamat menghalalkan cara !!!!
No comments:
Post a Comment