Monday 5 June 2017

JAWAPAN KEPADA TONY PUA TENTANG USAHASAMA PROTON-GEELY



Soalan1 TP: Mengapa PM masih beri Proton grant penyelidikan RM1.1 bilion? Wang percuma ini pada asasnya Geely bayar kurang daripada RM 200juta untuk 49.9% dari pelaburan Proton.
  Soalan 2 TP: Proton akan masih berhutang dengan Kerajaan RM1.5 bilion pinjaman. Sekiranya berlaku kemungkiran, Kerajaan akan ambil alih Proton dengan 65% dari pelaburan. Hey … urusan yang hebat untuk DRB dan Geely, kemungkiran perjanjian juga boleh mendapat hutang percuma. Adakah rakyat bodoh?
Jawapan Soalan 1TP & 2TP: Sekiranya mereka mungkir. Itu sebahagian daripada perniagaan betul tidak? Kedua-dua Geely dan DRB-Hicom telah bayar atau akan bayar ratusan juta atau bilion ke dalam Proton. Sekiranya syarikat terus mengalami kerugian dan kemungkiran, mereka akan hilang semua pelaburan ini yang telah dan akan dibayar.
Kerajaan telah menyokong Proton sebab untuk menyelamatkan peluang pekerjaan dan menarik urusan pelaburan untuk Geely melabur.
Ingat bahawa Proton telah mengalami kerugian berbilion di tahun-tahun yang lalu dan masih mempunyai sehingga RM3.2 bilion dalam bentuk pinjaman mudah kerajaan yang perlu dibayar balik.
Oleh itu apabila Geely melabur dalam Proton, mereka juga akan berkongsi setengah daripada kerugian ditahun mendatang dan bersama menghadapi beban pinjaman.
Sokongan kerajaan dalam industri pembuat automobil tidak unik.
Ingat Kerajaan Amerika Syarikat membantu kedua-dua GM dan Chrysler berjumlah AS$17.4 bilion pada 2008 apabila keduanya menghadapi masalah kewangan?
Angka yang disiarkan oleh Holden juga menunjukkan telah menerima AUS$2.17 bilion sebagai bantuan daripada kerajaan negeri dan kerajaan federal Australia pada tempoh 12 tahun yang lepas, berbanding kepada AUS$1.1 bilion untuk Ford dan AUS$1.2 bilion untuk Toyota.
Satu alternatif ialah untuk Proton ditutup dan membuang 60,000 tenaga kerja dalam Proton dan sambungan rangkaian-pembekalan.
Tidak ada salah dengan kerajaan memberi grant atau pinjaman mudah untuk membantu syarikat dan pekerjanya.
Membantu rakyat adalah salah satu tanggungjawab apa yang kerajaan harus lakukan. Bagi DAP membantu rakayat merupakan satu perkataan retorik untuk kempen pilihan raya sahaja dan tidak pernah diamalkan sejak ditubuhkan pada 11 Oktober 1965. Sehingga menjadi kerajaan Pulau Pinang mulai 2008 tidak pernah membantu rakyat malahan menindas rakyat Pulau Pinang.
Mungkin DAP ingin menjelaskan kepada 60,000 orang yang hilang pekerjaan dan keluarga mereka mengapa mereka (DAP) mahu mereka untuk hilang pekerjaan?
Soalan 3 TP: Mengapa semua tanah Proton dipindah ke DRB?
Jawapan kepada Soalan 3 TP: Inilah satu soalan yang bodoh. DRB-Hicom memiliki 100% dalam Proton. Sebelum urusan dengan Geely, DRB Hicom mempunyai hak untuk mengalih tanah itu untuk pembangunan masa hadapan.
Sekiranya tanah itu tidak dialihkan maka Geely juga akan milik 49.9%daripada tanah itu. Di sini, siapa bodoh Tony Pua atau DRB-Hicom? DRB-Hicom hanya jual ekuiti dalam Proton dan bukan jual tanah.  
Soalan 4 TP: Oleh itu, setelah urusan ini, Proton hilang Lotus, hilang bank tanah,hutang dengan kerajaan RM1.5bilion, 49.9% ekuiti dimiliki oleh Geely??? Dan rakyat masih beri RM1.1bilion wang percuma kepada syarikat Cina itu??? Balik semula kepada keadaan tidak dijangka sekiranya Geely jual ekuitinya sekarang, wow mereka masih untung lah. Apakah nama urusan … untuk syarikat Cina itu lah.
Jawapan kepada Soalan 4 TP: Geely tidak boleh menjual ekuitinya dengan sewenangnya secara ini. Dalam hal ini DRB-Hicom merupakan tuan punya majoriti. Juga, perlu diingat bahawa syarikat usahasama ini mempunyai tanggungan (liabiliti) dan pinjaman daripada kerajaan?
Dalam undang-undang perniagan anda tidak boleh sewenangnya mengeluarkan semua wang tunai syarikat dan hanya meningalkan tanggungan (liabiliti). Itu akan merupakan satu jenayah penipuan yang banyak diamalkan oleh pemimpin-pemimpin DAP. Sebagai contoh penipuan pemilihan CEC DAP 2012 yang sehingga kini masih belum dapat diselesaikan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Sebagai pemikiran terlalu mudah(simplistic) sesungguhnya dari DAP!  Dari manakah Tony Pua belajar bagaimana menjalankan perniagaan?


No comments:

Post a Comment