Monday, 26 June 2017

SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA DAN TERBONGKARNYA SKANDAL FOREX BANK NEGARA MALAYSIA (BNM).

Ringkasan artikel:

Abdul Murad Khalid
Setelah lebih dua dekad skandal tersebut berstatus fail X dan seakan bakal berkubur bersama segala misterinya, ia kini aktif menanti terbongkarnya kebenaran.

Akhirnya kerajaan mengambil keputusan yang telah lama dinantikan iaitu penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal kerugian urusniaga mata wang asing oleh BNM pada sekitar 1980an dan awal 1990an.

Setelah lebih dua dekad skandal tersebut berstatus fail X dan seakan bakal berkubur bersama segala misterinya, ia menanti terbongkarnya kebenaran.

Anwar Ibrahim
Siapa sebenarnya bertanggungjawab kepada kerugian sebanyak dikatakan AS$10 bilion (RM43.9 bilion) iaitu terbesar dalam sejarah spekulasi mata wang dunia.

Siapa pula yang bersubahat dan siapa yang mahu menutup kes itu daripada disiasat dan anehnya kenapa tiada tindakan diambil.

Pelbagai persoalan tercetus yang akan terjawab dalam RCI itu, selepas ia disyorkan oleh Pasukan Petugas Khas diketuai Sidek Hassan.

Lim Kit Siang
Pasukan Petugas Khas mendapati wujudnya kes prima facie bagi kerugian tersebut maka RCI akan menjalankan siasatan terperinci dan menyeluruh berdasarkan lunas perundangan di bawah Akta 119. Beberapa individu antaranya bekas Penolong Gabenor BNM, Abdul Murad Khalid; bekas Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim; pemimpin DAP Lim Kit Siang dan bekas Penolong Gabenor BNM, Nor Mohamed Yakcop telah dipanggil memberi keterangan kepada pasukan tersebut.

Isu kerugian luar biasa ini mendapat perhatian semula selepas Murad pada Januari lepas mendedahkan kerugian sebenar melebihi apa yang dilaporkan oleh BNM iaitu AS$9 bilion dan mahu siasatan dijalankan.

Ketika itu Dr. Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri manakala Daim Zainuddin dan diikuti Anwar adalah Menteri Kewangan.

Nor Mohamed Yakcop
Ekoran skandal tersebut, banyak pihak termasuk pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Anwar (selepas dipecat) mendesak kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat dan mengheret sesiapa yang berkenaan ke muka pengadilan. Namun tuntutan itu tidak dilayan oleh pentadbiran Dr. Mahathir ketika itu.

Akhirnya kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak atas rasa tanggungjawab dan mahu mencari kebenaran, bersetuju menubuhkan RCI. Tahniah kepada beliau. Banyak pihak berpendapat, ia satu keberanian demi integriti meskipun isu tersebut diperjuangkan asalnya oleh pembangkang. Skandal kerugian wang terlalu besar yang tidak boleh dibiarkan dan dilupakan biarpun agak terlewat hampir 25 tahun. Nantikanlah, kebenaran dan kejutan bakal terungkai.

No comments:

Post a Comment