Sunday 22 April 2018

ADAKAH MOHD HANIFF KHATRI ABDULLA BETUL SEORANG PEGUAM?

Macam Peguam Mabuk toddy sahaja
Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad’s, Mohd Haniff Khatri Abdulla, menyatakan  Perdana Menteri Najib Tun Razak tidak boleh menandatangani Surat Watikah memandangkan 16 orang ahli Umno telah memfailkan kes di mahkamah dengan cubaan mengisytiharkan UMNO sebagai parti haram.
Sebagai seorang peguam, Haniff  harus tahu bahawa dengan hanya memfailkan kes di mahkamah belum lagi merupakan sebagai satu pengadilan. Hakikatnya, hakim belum lagi membuat arahan sama ada kes mempunyai merit untuk didengar atau perkara remeh dan ditolak. Dan malah kita belum lagi tahu sama ada 16 orang itu adalah benar-benar merupakan ahli UMNO yang mempunyai locus standi untuk memfailkan kes.
Malah sekiranya hakim membuat arahan mengisytiharkan UMNO sebagai entiti tidak sah, masih lagi boleh merayu di mahkamah yang lebih tinggi. Sehingga semua cara sudah tiada lagi UMNO masih lagi parti sebuah parti yang sah. Semua peguam sepatut tahu ini. Malah mereka yang tidak belajar undang-undang pun tahu perkara ini.
Sekiranya dengan hanya memfailkan kes di mahkamah sudah dikatakan keputusan dibuat, lepas itu macam mana pula pemimpin pembangkang yang menghadapi kes rasuah di mahkamah, bermakna mereka tidak bolehlah bertanding PRU 14.

No comments:

Post a Comment