Kepimpinan DAP yang dikuasai Dinasti Lim iaitu Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng kini panas dengan gelombang kritikan yang dihadapi. Keputusan DAP atas pengaruh dua beranak itu untuk tidak menggunakan lambang DAP pada PRU-14 terus dipersoalkan akar umbi.
Berbanding PRU-13, DAP melangkah ke PRU-14 pada 9 Mei ini dengan imej yang meredum. Daripada kes rasuah Guan Eng, pelbagai kepincangan termasuk projek-projek mega bermasalah dan isu banjir hinggalah kepada bersekongkol dengan Dr. Mahathir, kekuatan DAP tidak seperti ketika PRU-13.
Sudah ada suara akar umbi DAP mahu ‘mengajar’ Kit Siang dan Guan Eng pada penentuan di peti undi nanti bagi mengurangkan keangkuhan mereka.
Kami boleh baca bahasa badan (body language) dan air muka dua beranak itu yang mencerminkan keresahan dengan gelombang penolakan. (Apatah lagi segala propaganda untuk berlakunya tsunami Melayu tidak mendapat sambutan). Antara yang menarik perhatian kami adalah kenyataan tokoh DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hua yang mahu pemimpin rasuah dalam DAP meninggalkan parti.
Walaupun tidak menamakan sesiapa, semua tahu ia ditujukan kepada Guan Eng yang enggan bercuti dan melepaskan jawatan setelah didakwa di mahkamah. Keputusan Dinasti Lim mengugurkan seorang lagi tokoh DAP, Dr. Tan Seng Giaw atas prinsipnya (menyatakan kebenaran bahawa tiada bukti membabitkan Perdana Menteri, Mohd Najib Tun Razak dengan isu 1MDB), turut mengundang simpati ramai.
Seng Giaw yang mempunyai pengaruh tersendiri membidas keputusan DAP mengorbankan lambang roket, yang selama ini menjadi kebangaan ahli dan para penyokong? Manifestasi kekecewaan terhadap DAP juga terzahir dengan kepitusan empat bekas wakil rakyatnya, Lim Jack Wong, Goh Leong San, Sim Tong Him dan Chin Choong Seong untuk bertanding bebas di Melaka. Lebih mengejutkan adalah suara kritikan dan sinikal daripada Zaid Ibrahim terhadap DAP menerusi dua kenyataan dalam tempoh empat hari.
Antara lain beliau menyfatkan DAP hanya parti untuk kaum Cina dan keangkuhan kepimpinannya tidak akan dapat menarik sokongan Melayu. Kami sudah lama menjangkakan bahawa Zaid yang menyertai DAP pada Februarai tahun lepas akan akhirnya menjadi mangsa sebuah parti yang rasis. Sebab beliau seorang Melayu, beliau tidak dicalonkan mewakili DAP pada PRU-14.
Eloklah beliau tersedar lebih awal sebelum makin hanyut dalam parti itu. Sebelum ini puluhan pemimpin Melayu meninggalakan DAP yang strateginya hanya mempergunakan pemimpin dan orang Melayu untuk mengelirukan dan menarik sokongan Melayu. Apabila parti itu sudah kuat dan mencapai objektif serta agendanya, pemimpin dan ahli Melayu tiada lagi nilai dan harga diri - sekadar alat dan pencacai.
Dinasti Lim sanggup lakukan apa sahaja untuk terus memerangkap sokongan Melayu termasuk merelakan penggunaan lambang PKR. Maka berwaspadalah dengan logo PKR, satu lagi jerat untuk pengundi Melayu. Undi lambang PKR berarti mengundi DAP. Oleh Pak Cik, Pak Cik dan Mak Cik, Mak Cik di seluruh negara berhati-hati agar tidak tersalah pangkah lambang PKR.
No comments:
Post a Comment