Friday 13 April 2018

MELAYU YANG MENGUNDI LOGO PKR SAMA DENGAN MENGKHIANATI HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN ISLAM.


Setiap undi yang diberikan kepada gabungan pembangkang yang dikuasai DAP  menggunakan logo PKR diibaratkan seperti memberi kuasa kepada DAP untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan Islam seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Sehubungan itu, orang Melayu diseru supaya tidak mudah tertipu dengan muslihat DAP meraih undi termasuk dengan menampilkan calon-calon Melayu.

Calon Melayu (DAP dan juga gabungan pembangkang lain) ini hanya diperalatkan kerana yang masih lagi menguasai gabungan pembangkang ialah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, bukannya Mahathir, Wan Azizah dan Mat Sabu. Ketiga-tiga Melayu ini hanyalah alat serta kuda tunggangan dalam strategi DAP, “Use Malay to screw Malay”, seperti mana yang mereka telah dedahkan sebelum ini.

Konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang ingin menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera serta membuang keistimewaan Islam diteruskan DAP walaupun orang Melayu dan orang Islam bertanding mewakili mereka.

Tindakan DAP meletakkan calon-calon Melayu di kawasan majoriti Cina dan Melayu adalah tidak ikhlas. Ia merupakan strategi parti berkenaan untuk mendapatkan undi-undi Melayu. Ini memandangkan walaupun seratus peratus kaum Cina mengundi mereka, masih lagi tidak dapat menguasai negara ini. Oleh itu undi Melayu bagi mereka adalah penting sebab kaum Melayu adalah kaum majoriti negara ini. Selain sokongan majoriti kaum Cina, DAP memerlukan hanya sepuluh ke lima belas peratus sokongan orang Melayu untuk menguasai negara ini.

Calon-calon Melayu, sama ada dari DAP atau gabungan pembangkang lain yang bertanding hanyalah menjadi alat untuk DAP meraih undi kaum berkenaan bagi mendapatkan sokongan dan kuasa dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Strategi meletakkan calon Melayu dan juga menggunakan logo PKR tidak lain dan tidak bukan hanyalah bagi mengelirukan, menipu dan memancing orang Melayu supaya memberikan undi kepada DAP.

Sebenarnya mereka gabungan pembangkang di bawah kuasa DAP ini adalah alat dan kuda tunggangan DAP untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan keistimewaan agama Islam dengan menulis semula Perlembagaan Persekutuan Malaysia apabila diberi kuasa kelak.




No comments:

Post a Comment