Wednesday, 25 April 2018

SELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA SIAPA?

Setiap kali menjelang pilihan raya umum, slogan Selamatkan Malaysia daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dijaja. Lalu kami tertanya-tanya selamatkan Malaysia daripada siapa sebenarnya? Bukankah slogan tersebut lebih tepat ditujukan kepada kerajaan PKR Selangor pimpinan Azmin Ali dan kerajaan DAP Pulau Pinang diterajui Lim Guan Eng?

Kedua-dua kerajaan negeri yang gagal itu berdepan dengan pelbagai skandal, kepincangan dan banyak janji manifesto PRU-13 yang gagal dilaksanakan. Seorang lagi yang ghairah bercakap kononnya mahu menyelamatkan Malaysia adalah Dr. Mahathir Mohamad.

Persoalannya, layakkah bekas Perdana Menteri berusia 93 tahun itu menjadi penyelamat atau pemusnah? Sedangkan realitinya banyak kemelut hari ini adalah legasi daripada era kepimpinan beliau selama 22 tahun.

Dr. Mahathir dilingkari isu kronisme, pelbagai skandal kewangan, kekayaan luar biasa anak-anaknya, pemerintahan diktator dan kini dengan isu pencabulan prinsip yang serius. Kami sedih melihat seorang negarawan Islam tunduk kepada agenda parti paling rasis iaitu DAP dan mengundang campur tangan asing, mengulangi kisah pengkhianatan si Kitul.

Reputasi Mahathir juga lebur. Banyak tomahannya ternyata tidak benar antaranya Malaysia bakal bankrap sejak dua tahun lalu. Mesejnya, makin banyak mudarat yang beliau bawa kepada rakyat dan negara. Mengapa harus berundur ke belakang?

Jadi mahu selamatkan Malaysia daripada siapa, sudah tentu jawapannya - Mahathir, DAP dan PKR. Bagai ayam berkokok berderai-derai ekor bergelumang najis.

No comments:

Post a Comment