Monday 2 April 2018

PENYEBAR BERITA TIDAK BENAR LIM GUAN ENG KELUAR DEWAN SEBELUM PERBAHASAN RUU ANTI BERITA TIDAK BENAR (VIDEO).


Ahli Parlimen DAP Bagan, Lim Guan Eng diselar apabila bertindak keluar Dewan sebaik sahaja Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Azeez Abdul Rahim memulakan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar.
Ini kerana Azeez dalam perbahasannya menyentuh tentang berita palsu yang mendakwanya menerima RM3 juta daripada Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd berhubung kerja-kerja rundingan berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Azeez membangkitkan perkara itu kerana Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sebanyak tiga kali dalam kenyataannya sebelum ini menyebut perkara itu.
“Awal-awal dah lari, orang yang cakap berita palsu inilah (Guan Eng) bapa kepada penyebar berita palsu sebab kalau Yang Berhormat tengok betapa mudahnya melemparkan tuduhan tidak benar, maka lari keluar Dewanlah dia,” katanya kesal.
Menurut Azeez lagi, pembangkang seharusnya menyokong RUU tersebut bagi mempertahankan hak mereka yang sering difitnah seperti yang berlaku kepada Guan Eng dan Ahli Parlimen PPBM Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikaitkan skandal dengan isteri orang.
Bagaimanapun, tindakan Guan Eng keluar Dewan dipertahan Ahli Parlimen PAN Shah Alam, Khalid Abdul Samad menyebabkan Dewan kecoh.
Ikuti perbahasan Azeez yang menyelar Guan Eng kerana pengecut.

No comments:

Post a Comment