Sunday 1 April 2018

HANIPA MAIDIN TIDAK INSAF SETELAH DIUJI ALLAH


Ahli Parlimen Sepang (PAN), Mohamed Hanipa Maidin terlupa bahawa beliau pernah pengsan akibat pendarahan dalam otak di Dewan Rakyat April tahun lalu. Kejadian itu dikatakan berlaku sejurus beliau bercakap berapi-api ketika sesi perbahasan.

Setelah menjalani pembedahan dan hampir pulih sepenuhnya, Hanipa sewajarnya mengambil iktibar. Beliau perlu lebih rasional dan tenang ketika berada di Dewan Rakyat.

Rupa-rupanya tidak, Hanipa mengulangi gaya lamanya yang penuh emosi, celupar dan angkuh. Lebih buruk lagi ungkapannya ‘kalau saya Tuhan, sudah lama saya hapuskan kamu’ yang ditujukan kepada Ahli Parlimen Baling (BN) Abdul Azeez Rahim ketika pertelingkahan lidah.

Apakah beliau sama hebat atau lebih hebat daripada Tuhan bagi kepercayaan umat Islam iaitu Allah SWT, Hanipa sepatutnya sedar bahawa orang Islam tidak boleh membayangkan dirinya Tuhan.

Apatah lagi Tuhan dengan niat dan pengucapan mahu menghapuskan insan lain hanya kerana perbezaan politik. Itu sudah melampau, kami sangat berharap Hanipa segera menarik balik dan memohon maaf selain bertaubat.

Ini bukan lagi soal ego tetapi soal akidah. Jika perlu dapatkan khidmat rawatan kaunseling untuk membimbing beliau. Usah malu.

No comments:

Post a Comment