Wednesday 4 April 2018

DUN SELANGOR TERGANTUNG SELEPAS PRU-14?


Melihat daripada luar, Kedah dilihat sebagai pohon kelapa yang akan tumbang disebabkan oleh angin.
Dan sekiranya anda jenis yang suka lekat di kerusi dan ketagihkan kepada Twitter dan Facebook, mungkin anda yakin sekarang yang Kedah akan jatuh dalam pilihan raya akan datang.
Apa tah lagi, dengan kehadiran personaliti terkenal Tun Dr Mahathir Mohamad mengancam di latar belakang dan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengimbangi untuk menuntut kembali jawatan Mentri Besar.
Sepanduk gergasi Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terpamir dari pusat kempen Pakatan Harapan di pinggir Alor Setar.
Sayap Muslimat PAS dan Wanita serta Putri Umno memberi kepercayaan yang mengatakan bahawa wanita memegang separuh daripada langit. Tiada parti di sebelah sana mempunyai jentera pilihan raya setanding atau kuasa wanita kedua-dua parti ini.
Tambahan kepada jentera parti ialah tabung pilihan raya Umno dan sebab itulah ia menjelaskan mengapa Mentri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah amat yakin tentang prospek gabungan parti pemerintah dalam pilihan raya, sehingga ke tahap meramalkan bahawa Barisan akan mempetahankan Langkawi.
Ahmad Bashah: Yakin tentang Barisan mempertahankan Kedah.
Semua faktor ini membuat cerita terhadap negeri Kedah lebih kompleks daripada cerita pohon kelapa berbuai semasa angin bertiup.
Namun begitu, semua orang akan melihat Kedah dalam pilihan raya sebab di mana dan bagaimana angin bertiup akan menentukan masa depan politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan dua nama besar mereka.
Pemikiran oleh Pribumi yang mereka memenangi Kedah akan membuktikan cara mana Mukhriz telah dipecat sebagai Mentri Besar dan akan menjadi balas dendam yang manis walaupun gagal menguasai Putrajaya. Pasangan ayah-dan-anak itu mempunyai banyak keuntungan sekiranya mereka dapat menawan Kedah. Pada masa  sama, permainan mereka akan berakhir sekiranya parti mereka tidak memenangi sebarang kerusi.
Pohon kelapa kelihatan lampai serta langsing dan tidak kukuh tetapi hanya puting beliung boleh mencabutnya dan, kini, tiada tanda puting beliung atau berlakunya tsunami Melayu.
Hakikatnya, perhimpunan raksasa setakat ini diadakan menyebelahi PAS. Mereka kelihatan mampu menghimpunkan jumlah penyokong yang ramai, malah di Selangor di mana perhimpunan baru-baru ini di stadium Shah Alam memenuhi seluruh stadium. Mereka telah menganjurkan sedemikian di setiap negeri untuk menunjukkan mereka tidak seharusnya diambil ringan.
Selain itu bahawa faktor umur Dr Mahathir dianggap satu penghalang. Pihak yang menamakan beliau sebagai Perdana Menteri Pakatan masih cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau masih mampu melaksanakan tugasnya.
Salah seorang pembantunya membuat posting gambar Dr Mahathir memandu dalam hujan lebat yang menghadkan pemandangan sebagai bukti yang beliau masih mampu melakukannya.
Tetapi faktanya bahawa mencapai umur 93 tahun ruang pergerakkan adalah terhad, tidak kira berapa banyak hujan lebat anda telah memandu atau berapa banyak kuda anda sudah tunggang atau berapa lama anda boleh berdiri memberi ucapan.
Dr Mahathir harus berhenti dalam respon terhadap umurnya dan harus tumpukan meyakijnkan Melayu untuk menyertai beliau sebab itulah mengapa beliau direkrut ke dalam Pakatan – untuk menarik undi Melayu.
Terlalu banyak perhatian ditumpukan ke atas Johor, negeri barisan hadapan Pakatan. DAP telah melancarkan satu kempen strtegik dan hebat untuk menguasai lebih banyak kerusi dan menumbangkan kepimpinan tertinggi MCA di Johor.
Sasaran utama terhadap MCA ialah timbalan presiden Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di Parlimen Ayer Hitam.
Media berbahasa Cina telah menghebahkan di bandar  – bukan hanya sebab ia tentang politik kaum Cina tetapi juga implikasinya terhadap komuniti tersebut. Sekiranya DAP berjaya, ia akan menamatkan riwayat MCA, meninggalkan sebuah parti mewakili kaum Cina.
Ia satu idea yang menarik untuk siapa yang menyokong DAP tetapi membimbangkan mereka siapa yang mempercayai politik semak dan imbang.
Ahmad: Seorang yang sopan tetapi tidak sepadan dengan Nik Aziz.
Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong juga menghadapi pertandingan yang membimbangkan di Teluk Intan terhadap bintang superstar DAP Perak Nga Kor Ming.
Katakanlah bahawa Barisan dijangkakan akan memegang kuasa kerajaan pusat, ia juga bermakna tidak akan ada lagi kaum Cina diwakili di dalam kerajaan.
Orang merasa seperti mereka menonton wayang, pembunuh dihantar untuk menghabiskan musuh,” kata seorang peguam Cina.
Analisis telah menghuraikan pilihan raya umum akan datang sebagai perlawanan untuk undi Melayu tetapi di Johor ia akan merupakan perlawanan sengit untuk kekuasaan kaum Cina.
Untuk Johor dijatuhkan, kerusi Melayu harus dijatuhkan terlebih dahulu. Adalah jelas setakat ini bahawa Pribumi dan Amanah boleh memusnahkan Umno tetapi tidak mampu merobohkan kubu Umno.
Kelantan adalah lebih goyang daripada Johor. Pertanding di Kelantan dan Terengganu akan berlaku antara parti hijau dan biru.
Dr Mahathir telah gagal untuk mewujudkan sebarang gelombang di dua negeri Melayu ini yang mempunyai sejumlah 22 kerusi parlimen tetapi Amanah mempunyai kehadiran di Kelantan dan mungkin boleh menimbulkan masalah untuk PAS dalam matlamatnya untuk mempertahankannya untuk enam penggal.
Lagipun, ini akan menjadi pilihan raya pertama bagi PAS tanpa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penggantinya Datuk Ahmad Yaakob dilaporkan mahu bersara.
Perak, di mana Barisan telah mempunyai lebih tiga-kerusi majoriti, tidak mampu untuk bersikap berpuas hati seperti yang telah berlaku apabila Dr Mahathir telah berjaya menarik jumlah besar Melayu dalam majlis ini.
Pemimpin Barisan telah cuba mengenepikan perkara itu , dengan menyatakan bahawa himpunan itu tidak semestinya diterjemahkan kepada undi. Tetapi ada kemungkinan mereka yang hadir untuk mendengar dan kembali ke rumah terpengaruh.
Barisan di Johor telah mula menunjukkan kekuatan mereka dan kelihatan sebagai satu ancaman kepada lawan mereka.
Wanita telah melancarkan jentera pilihan raya mereka hujung minggu yang lepas dengan Ketua Wanita Barisan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan yang  Mentri Besar Datuk Seri Khaled Nordin telah membayangkan bahawa 30% daripada calon adalah daripada kalangan wanita. Itu telah membuatkan wanita rioh rendah dan  lebih tepat tak serupa wanita dengan menyorak dan menjerit.
Hujung minggu ini giliran Barisan negeri dan malah ia lebih besar. Realiti tentang  Pakatan menggantikan Barisan di Johor mungkin telah tenggelam sehingga kini.
Menurut punca dalaman Pakatan menyatakan strategi DAP di Johor mungkin akan gagal mengambil kira jiwa Melayu dan budaya pemikiran di negeri itu.
Sentimen Bangsa Johor akan menjadi kuat dan strategi DAP membawa pemimpin kanan mereka daripada luar mungkin tidak selesa dengan landskap politik di Johor.
DAP, menurut punca dalaman Pakatan, menyatakan mereka terperangkap dalam serangan hebat ke atas Johor bahawa malangnya mereka telah mengabaikan perhatian yang cukup untuk mempertahankan  Selangor.
“Selangor adalah negeri permata, ia adalah lebih berbahaya daripada Johor,” kata daripada punca dalaman.
Ini adalah negeri di mana Barisan lapar untuk menawan semula.
Sokongan kaum Cina terhadap Pakatan masih kukuh, tetapi untuk Pakatan mempertahankan Selangor, mereka perlu memenangi kerusi Melayu yang dimenangi  PAS pada 2013.
Bagaimanapun, Pribumi dan Amanah kelihatan tidak mampu mengisi lompang yang ditinggalkan oleh PAS.
Pribumi telah tidak mampu untuk mewujudkan kehadirannya di Selangor; mereka tidak ada nama besar dan kredible di negeri itu. Pribumi telah juga diberi kerusi Melayu dalam kubu kuat Umno di mana mereka mempunyai peluang yang tipis untuk memenanginya.
Azmin: Bolehkah pentadbirannya dipertahankan tanpa PAS?
Selangor mempunyai 56 kerusi DUN dan salah satu pihak memerlukan minima 29 kerusi untuk membentuk kerajaan majoriti mudah.
Pakatan menjamin 27 kerusi sementara Barisan dikatakan yakin terhadap 22 kerusi DUN.
Sekiranya angin gagal untuk menyebelahi Pakatan, Selangor mungkin akan menghadapi prospek dewan tergantung, dengan PAS memainkan peranan sebagai  kingmaker.
Kekuatan Pakatan bergantung kepada kerusi bandar sementara Barisan dan PAS banyak bergantung kerusi separuh bandar (semi-urban)..
Barisan mempunyai keadaan yang baik kali ini. Terdapat pergeseran dalaman kali ini berbanding Pakatan di mana terdapat perang dingin antara ketua DAP Selangor  Tony Pua dan Datuk Seri Azmin Ali dan perpecahan antara dua puak dalam PKR.
Cubaan DAP untuk bertanding dua lagi kerusi di kawasan campuran dilihat dengan jelas sebagai satu perancangan untuk meletak muka Melayu yang kemudian akan diketengahkan sebagai calon jawatan Menteri Besar Selangor

Bagaimanapun, Azmin Ali ialah seorang haiwan politik. Beliau sedang melakukan gerakan untuk memperolehi lebih banyak kerusi boleh menang untuk partinya supaya PKR mempunyai jumlah kerusi yang cukup untuk memimpin Pakatan bagi membentuk kerajaan majoriti mudah dan hadiah cepu mas yang datang bersamanya ialah jawatan Menteri Besar.

Tetapi angin harus memihak kepada Pakatan jikalau tidak ia akan berlaku drama politik di hadapan pintu masuk istana di Selangor di malam selepas pengiraan undi.

No comments:

Post a Comment